Go For It! Friday, November 06, 2009

Hari tu sudah menanam tekad untuk meng-update blog hari-hari. Tapi hari tu. Bila dah terlupa, vitamin M terus berfungsi sepenuhnya.

Tapi sebab hari ni waktu rehat yang panjang tetapi tak keluar ke mana-mana, [Minggu lepas telah keluar dan duet pon melayang-layang dengan jayanya.huhu] vitamin R pula mengambil alih vitamin M.

Minggu ini adalah minggu bersenam. Hari Selasa, Rabu & Khamis telag berjogging selepas waktu kerja.

Pancittttttttttttt! Sangat lah tidak fit. Baru satu round dah macam tak cukup oksigen untuk paru-paru pam.

Tapi usaha harus di gigihkan bagi memastikan matlamat tercapai.

You want it, go for it![Ok, ni lah motto kehidupan aku. ^^ ]

Ichi juga telah turut serta dalam aktiviti berlari-lari anak ini.

Matlamat untuk jangka pendek pula iaitu hari ini adalah untuk menyiapkan kerja berikut:

Buat kerja ni rasa seperti main game tetris. Ok tak tau kenapa pilih game tetris. Rasa gerammmmmmm kalau dah cuba 18 kali tapi tak dapat juga apa yang di ingin kan. Gerammm...grrrrrrrr.

Esok sudah hari minggu!

Vitamin R, silalahhhhh berfungsi dengan baik pada hujung minggu ini ya...

Selamat berhujung minggu semua!

[+/-] Show Full Post...

Hujung Minggu yang Gembira Monday, November 02, 2009

Maaflah. Terlalu lama tak menulis rasanya. Niat tu ada tapi entahlah bila jari mula menaip, baru dua tiga ayat terus klik pada tanda X di penjuru kanan. Sebab kadang-kadang nak meluahkan rasa marah, rasa tak puas hati, rasa benci dalam blog ni.[Ya Allah, banyaknya rasa yang tak baik itu! Shuh shuh!]. Tapi bila memikirkan mungkin ada hati yang berasa kecil hati jika membacanya maka sebab itulah rasanya tak perlu. Biarlah life in mono ini di hiasai dengan cerita-cerita gembira sahaja hendaknya!

Hari kegembiraan bermula pada hari Jumaat apabila bungkusan yang di tunggu-tunggu selamat sampai akhirnya. Alhamdulillah. Rasa gembira sampai tersenyum sampai telinga. [Ok.Tipu.Mulut saya tak boleh sampai telinga pon.Menakutkan lah kalau boleh sampai ke telinga!]

Inilah kotak bungkusan yang di tunggu-tunggu


Malamnya, kami sekeluarga bergerak ke rumah Ateh untuk menghabiskan cuti hujung minggu. Kali ini Abang yang bawa kami semua. Itu pun kena tunggu hujan teduh dahulu baru kami memulakan perjalanan. Tak apelah. Bergerak lambat pon tak apa. Janji dapat tengok Nur Kasih.hehe

Konon mahu berjogging membakar lemak pada hari Sabtu tapi hujan turun tanpa henti pula. Maka aktiviti diteruskan di atas katil sahaja. haha. Malam seblomnya telah stay up sampai pukul 4.00 pagi. Seronok pula tidur lambat ni. Dah lama tak buat.hehe

Petang, kami sekeluarga ke Plaza GM untuk jalan-jalan cuci mata. Tak menariklah tempat nie. Eh tapi ada satu benda yang menarik. Kereta kena naik lif untuk ke parking. Menarik! Betul tak tipu. Tapi tak menarik sebab tersangkut lama semasa menunggu giliran.huhu

Makan malam di telah di taja oleh Abang Ipar saya yang murah rezeki. Semoga Allah muraaaahhhhkan lagi rezeki kepada abang ipar saya ni. Bayangkan, seekor ikan siakap masak stim ini hanya di makan oleh saya dan kakak ipar saya sahaja! Entah mimpi apa lah abang ipar saya ni sampai order 3 ekor ikan ini untuk kami yang hanya 8 orang. Semuaaaa licin. Lapar dan ikan ini sangat yummy!

Ikan siakap masak stim yang sangatlah sedap!!


Tomyam yang kurang mendapat sambutan.hehe

Hari Ahad, saya telah membawa kakak ipar saya dan the three warriors ke Taman Tasik Titiwangsa. Wah ada senam robik yang menarik! Teringin mahu turut serta tapi malulah. Akhirnya cuma melakukan aktiviti mengukur jalan sementara tunggu the warriors puas bermain di taman.

Mereka menari sambil bersenamrobik!


Sampai di rumah, terus bersiap untuk keluar berama-ramai sekali lagi. Kali ini ke Jalan TAR. Konon mahu cari keperluan apa yang patut tapi tiada yang menarik hati lagi kecuali sehelai tshirt yang cantik yang berharga RM8! Rugi pulak rasa hanya beli sehelai sahaja. Tapi dah pesan kepada Ateh untuk beli lagi kalau dia ke situ.hehe

Itu abang saya yang sedang mendukung anaknya yang sedang tidur. Bapa mithali kan?hehe


Petang selepas asar, kami ke Pesta Go Mobile. Cemburu lah dengan abang saya yang beli iPhone 3gs tu. Cemburu sungguh!huh

Malamnya, kami semua berangkat pulang.

Seronok lah cuti hujung minggu kali ni. Sebab dapat keluar bersama keluarga dan dia pon turut sama ada.hehe

Oh, pesanan penaja: Selamat Berjaya ditemuduga oleh Fujitsu. Manalah tahu kalau ada rezeki, boleh lah dapat satu laptop Fujitsu kan kan kan? hehe

[+/-] Show Full Post...

Grey's Anatomy Lagi Wednesday, October 21, 2009


Grey's Anatomy Season 5 telah selamat di khatamakan pada minggu lepas.

Sangatlah best sampai boleh terfikir kenapa dulu tak mahu belaja rajin-rajin kalo tak sure dapat rasa macam nk bedah orang. :pge14::pge14::pge14:

Padan lah muka kan..

Season 6 dah keluar!!!!. Baru dapat tengok episod 1 & 2.

Previous season Izzie kena cancer dan hampirrrrrr mati, George O'Malley accident and tak pasti dia survive ke tak.

So, first two episode ni, sangat sedey sebab George O'Malley tue mati. ... :pge35::pge35::pge35:

Izzie is getting better sebab sel kanser tak membesar lagi dah.

Meredith masih dgn McDreamy.

Cristina Yang join the therapy session dengan Dr.Hunt.

Dr.Bailey sedang dalam keadaan stressed sebab she's a single mother now.

Lexie dah moved in ke rumah Dr.Sloan.

Callie dah pindah masuk Mercy West sebab merajuk dgn Chief.

Oklah. Nanti update lagi!

[+/-] Show Full Post...

Congratulations! Monday, October 19, 2009


CONGRATULATIONS!!

to

Aida & Shafiq

May the marriage last forever!



:pge39::pge39::pge39::pge39::pge39:

[+/-] Show Full Post...

Simfoni Johor 2000 Monday, October 12, 2009

Just can't help to post this one:

video


Siapa terer, sila lah carik where's yours truly dalam video ni. [[Hint: Saya maen trombone.hehe]]

Sangat rindu!

Sprit, Solid, Smart!

[+/-] Show Full Post...