Monday, October 8, 2007

:: kueh raye saye ::

-sabtu-
seperti yg dijadualkan. minggu nie adelah minggu ke dapur untuk membuat 'kueh raye bersama cik anoi'.ahem ahem.selepas aktiviti mengemas umah siap, ma pon dah siapkn adunan untuk kueh kapit/sepit/rokok. kat dalam umah nie, ia lebih dikenali sebagai kueh rokok sbb kueh nie bentuk dia mcm rokok.start buat pukul 10.30 pg, pukul 2.30 petang bru siap sumenye.penat seyyyyyy.dapatlh 3 bekas gula-gula tinggi tue tapi satu botol dah jadik korban oleh kanak2 ribena tue.uhukuhuk.ateh dah start cuti. 2 minggu oo dia dapat cuti raye.sgt lh bestnye. so malam tue buat sesi 'decor bersama ateh' plak. angkat kusi, pindahkan sana sini. meja pon kene alih.adehs.mmg saket pinggang. sampai ke tengah malam pn tak sesiap lg dan 'decor bersama ateh' akan berterusan sampailah raya nanti.

-decor bersama ateh yg tak sesiap lagi-

-ahad-
hr nie nk buat kueh rokok lg. tapi kali ni aku yg kene buat sensorang. so puan-puan sekelian, slamat datang ke dapur cik anoi. resipi kueh kite hari ini ialah kueh rokok.

mula2, pecahkan enam biji telur ayam. bukan telur itik mahupon telur burung ye puan puan.sukat dua suku cawan gula castor dan pukul sehingga kembang. *abang aku nyebok kaco waktu nie.tak sempat nk amik gambo*

kemudian, masukkan sedikit demi sedikit enam cawan tepung gandum dan dua cawan tepung beras.kacau dan kacau lagi sehinggalah sebati. berhati-hati ya puan-puan kerana bila telur+gula+tepung, amatlh susash untuk menjadikannya sebati. tapi puan2 jgn risau ya, kerana apabila santan dimasukkn nanti, adunan akan menjadi lebih mudah untuk di kacau.

-gula + telur+ tepong -

agak2 dah sebati, masukkan santan kelapa yang diperah dengan sukatan 6 cawan air kedalam adunan tadi. kacau lagi sehingga lh adunan tadi menjadi cair. pastikan tiada tepung yang bergentel-gentel ya puan-puan.nanti susah untuk menggulungnya.akhir sekali, masukkan garam secukup rasa.
-adunan yg dh siap-

adunan dah pon siap ye puan-puan. panaskan pengapit didalam periuk. setelah panas, tuangkan sesudu adunan tadi ke dalam pengapit. kepit dan masukkn nya ke dalam periuk. agak2 dah masak, angkat dan toskan minyaknya kemudian gulung lh kuih itu. kalau puan-puan nk lipat pon boleh juga ya puan-puan.

-panaskan pengapit-

begitulah caranya untuk membuat kuih kapit ini.akibat kesengalan, aku terlupa nk amik gamba kuih yg dh siap. aku google tadi and jumpelh gamba nie. tapi sorrylh ye ade plak gamba oink-oink kat situ.**chinese suke makan kueh nie**




dah abes buat kuih kapit, buat almond london plak ngan ateh. malam tue sambung ngan cornflakes madu. x larat dh nk amik gambo.dh abes buat tue mmg rase mcm nk tercabut dh pinggang.raser mcm mau MC jek pg ni.hehe..tp naseb baek lh bangun pg td dah ok sikit. esok nk buat butter cookies plak.oh!

No comments: