Thursday, July 31, 2008

:: POKOK RAMBUTAN DI RUMAH SAYA ::

Rumah saya ini terletak di pinggir Bandar Melaka *ye ke?hehe* . Penghuninya di hari-hari biasa cuma 3 orang dan di hari-hari luar biasa seperti hari minngu dan hari cuti-cuti Malaysia, penghuninya akan bertambah dengan meriahnya dah rumah ini akan berubah wajah menjadi kindergarten.

-rumah kecil, tidak tahu ada berapa tiang-

Dulunya tanah rumah ini merupakan dusun buahan-buahan. Atau ayat jimat dusun buah rambutan. Masa kecik-kecik dahulu,bila tiba musim buah ni, saya paling tak suka pergi ke dusun sebab banyak semut dan kerengga.Tapi saya paling suka bila dapat panjat pokok. Perasan macam Tarzan pun ada juga masa tu.hehe. Pokok rambutan ni sedap sebabnya isinya manis. Sekali petik, biasanya dalam 3-4 guni sebab pokoknya ada banyak. Tapi bukanlah semuanya kami makan, buah-buah itu akan di agih-agihkan kepada saudara mara atau pun jiran tetangga masa balik nanti.
-pokok rambutan itu-


-buah rambutan itu -

Itu cerita dulu. Hari ini, hanya tinggal dua batang sahaja pokok rambutan tersebut. Dusun rambutan telah berubah wajah menjadi tapak rumah yang kami duduki sekarang. Ma sudah pasangkan bukan satu atau pun dua tetapi EMPAT buaian untuk anak cucunya bermain di pokok rambutan sekarang.*Tempat kegemaran saya di waktu petang* Nasib baik pokok rambutan nie tak merajuk. Buahnya masih lebat dan manis seperti dahulu. Cuma saya sahaja yang tak berpeluang untuk menjadi tarzan semula.hehe. Oh jemput datang ke rumah ye kalau mahu merasa buah rambutan saya. Kalau nk panjat sendiri pon tak ape.. =)

No comments: