Wednesday, August 13, 2008

:: CUTI-CUTI SABAH-PART 2::

Tuan-tuan dan Puan-puan, sebentar lagi kita akan mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Wah! Selepas 2 jam setengah jadik burung hantu yang sedang tidur, sampai juga akhirnya. Lepas amik beg, pengantin baru yang jemput kiteorg. Like in my previous posting, tujuan utama datang ke sini adalah untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Azurt & Sharul. But since the wedding ceremony akan berlangsung pada hari Ahad maka kononnya hari Sabtu tue kami nk buat explore race di Bandaraya KK. Lepas check in hotel, Shahrul blanja minum-minum kat kedai sebelahnye. Mata masa ni memang ngantuk yang amat dah tapi still dok tahan sbb nk discuss aktiviti utama. Kiteorg plan nk g pulau-pulau tapi Azurt kate tak sempat. At least kene spend the whole one day kat situ. So masa untuk shopping akan jadik pendek. Bile dengar jek camtue agak frustlh jugak. Takkan sehari suntuk nk g shopping kan kan kan? hehe. Dalam pukul 12.30 tgh malam, mesyuarat ditangguhkan dan kami naik hotel tido.

Usually, alarm kat handphone nie akan bunyi pada pukul 6.00 pagi. Bile dh bunyi tue maknanye its time to get up lah kan. So bangun-bangun jek, dengan konfiden nak masuk bilik air nak angkat air semayang, sekali tgk luar tingkap, matahari dah terang benderang. Ya ampun. Kami boleh terlupa waktu di Sabah nie lebih cepat dari Semenanjung. Still solat jugaklah. Tapi tak taulah dah consider as subuh gajah or subuh dinasour.huhu. After solat terus sambung tido.

Kol 8 bangun balik. Sambung balik diskas ngan Meklah. Diskas punye diskas, kiteorg decide nk redah jek g pulau tue. Takkan datang Sabah nk g shopping jek kan. Tak berbaloi u!hehe. Kejut kan si Qawi kat bilik sebelah then terus kiteorg pon bersiap-siap. Dalam pukul 10 pagi, kiteorg gerak ke Jesselton Point. Tempat nie kira cam jeti lah. Nak g mana-mana yang menggunakan pengankutan air, kena ikut sini. Beli tiket speed bod (RM31 untuk pergi&balik) and pukul 11.00 pagi kiteorg dah sampai di Pulau Manukan. Sangattttttttt cantik ye laut dia. Tue baru kat area KK, blom g Pulau Sipadan ke Pulau Layang-layang ke. Dekat jeti Pulau Manukan tue jek dah nampak ikan yang berwarna-warni. Rasa cam nk terjun terus masa tue gak.hehe

Kiteorg pon sewa lah alat-alat nk snorkeling. (RM 20 for life jacket + snorkeling gears) dan tanpa membuang masa terus gedebush masok laut. Actually, kat gigi-gigi air tue jek dah banyak ikan kecit conet. Tapi cam tak mencabar lh kan stakat snorkeling ngan ikan kecit-kecit nie so kiteorg pon gerak ke tengah sket. Walopon baru 1 meter dari gigi air tue tapi dah agak dalam ye tuan puan. Maka penggunaan life jacket amatlah penting skali untuk orang yang tak reti berenang sperti aku.hehehhe

Memang cantik kejadian ALLAH. Macam-macam jenis ikan yang aku jumpe. Sebab aku bawakkan kat ikan-ikan tue roti berkrim kan, maunya ikan-ikan tue tak kerumun aku.Sampi digigit nye jari2 aku nie.hehe. Ade yang warna macam pelangi. Ade yang macam kuda belang. Macam-macam lagi lah yang ada. Paling best, aku akan letak roti-roti tue betul2 depan goggle aku. Then berebut-rebutlah ikan nie datang sampai dok langgar-langgar goggle aku tue.hehe. Bestttttt amat...

Lepas dan mandi-manda sesambil hitamkan badan, kiteorg jalan-kalan pusing Pulau Manukan nie. Kat sini ada banyak pulau kecik-kecik. Dari Pulau Manukan ni dah nampak Pulau Mamutik ngan Pulau Sapi ngan macam-macam pulau lagi lah yang ada. Dah pusing-pusing and amik gambar gedik-gedik, kiteorg pon decide nak balik awal. Supposedly kene balik kol 4 ptg tapi kiteorg blah pukul 3 ptg. Tak tahan dah panas panahan matahari.

Sampai dekat hotel dalam pukul 4 ptg. Mandi-manda (kat Pulau tue ade sediakan tempat mandi tapi crowded yg amat.huhu) dan around 4.30ptg kiteorg ke Pasar Filipina. Carik dulu tempat makan sebab perut dah berdondang sayang. Dah kenyang perut, suka hati lah kan. Maka kami pon memulakan aktiviti bershopping. Pusing-pusing dalam Pasar Filipina tue. Sangat rambang mata sebab banyak sangat barang-barang yg unik & cantik-cantik. Well, its time utk mencari barang-barang yang dipesan which is anything yang berasaskan mutiara. Kalo dah ke Sabah memang tak sahlah kan kalo tak membeli mutiaranya. Dah ronda-ronda, singgah satu kedai nie. Lepas bargain, Qawi dok borong gelang mutiara kat situ. Aku tak beli lagi sbb still nak cari dgn harga yg lagi murah. Luckily, jumpa satu kedai nie. Harga yang diberikan mmg sgt best. So tanpa berlengah lagi terus beli ape yang patut kat kedai tue... =)

Bersambung lagi...harap bersabar ye.. =)

No comments: