Wednesday, August 6, 2008

:: D.I.ET ::

Saya berdiet? Oh. Saya kurang pasti jawapannya. Mungkin ya, mungkin tidak. Atau mungkin ia berlaku secara tidak langsung.hmmm

Untuk beberapa hari yang lepas saya sudah mula mengurangkan pengambilan nasi dalam makanan. Semakin hari,semakin dikurangkan sehinggalah saya merasakan 'tidak apa' untuk tidak memakan nasi. Untuk sarapan saya akan minum secwan nesvita dan biskut. Untuk tengah hari, jika rajin saya akan ke kedai yang mejual mee hoon sup. Bila pulang ke rumah, saya akan merebus tiga sausage yang dimakan bersama lauk-pauk masakan Ma. Ataupun saya akan membuat sayur campur saya sendiri. =)

Buat masa ini saya belum lagi menimbang berat badan saya. Harap-harap diet saya ini berjaya. Maka saya boleh bergaya bila berhari raya nanti. Oh. Apa yang saya merepek ni...lallala

Ada lagi 45 minit sebelum masa rehat tamat. Hari ini adalah hari terakhir kursus ini. Esok petang saya akan ke rumah abang di Johor. Sebelum berakhir, saya terjumpa kartun dibawah ini..


kelakar kan?
=)

No comments: