Thursday, August 28, 2008

Dua hari sebelum MERDEKA

Lagi dua hari sahaja lagi kita akan menyambut kemerdekaan yang ke 51. Tapi suasana masih tak berubah. Tak banyak bendera yang dikibarkan. Tiada Tak banyak papan tanda menyambut kemerdekaan. Tiada apa-apa. Bosan. Hambar. Sangat asing rasanya bulan Ogos tahun ini. Seperti ada yang tidak kena. Kenapa ye?

Adakah sebab isu kerajaan yang tidak habis-habis?
Olimpik?
Kecoh dengan kisah 'pemuda' dan 'belia' itu?
Pilihanraya di Permatang Pauh?
Kemenangan DSAI yang telah dijangkakan?

Biarlah apa pon sebabnya tapi kenapa mesti diabaikan kemerdekaan yang ke-51 ini? Jika dulu,masuk sahaja bulan Ogos, maka bermulalah Kempen Bulan Kemerdekaan. Jalur Gemilang megah berkibar di mana-mana. Di rumah-rumah. Di kedai-kedai. Tapi hari ini, berapa kerat sahaja Jalur Gemilang yang berkibar. Rasanya kalau di bandingkan di Permatang Pauh hari itu, kalah Jalur Gemilang.

Tema tahun ini rasanya amat bersesuaian dengan situasi negara kita: Perpaduan Teras Kejayaan. Tanpa perpaduan yang kukuh, bagaiman sesebuah negara dapat berjaya. Logo tahun ini? Oh. Kenapalah begitu bentuknya. Itukah logo yang bernilai RM10000?Bagi saya, tiada keistimewaan. Maaf. Itu cuma pandangan peribadi. Mungkin saya tidak pandai menilai. Mungkin saya juga bukan jauhari yang mengenal manikam. Lagu tema?Belum lagi melekat di hati saya....

Hmm.Tidak semangatnya nak menyambut kemerdekaan.Sungguh!

2 comments:

Adillah A Nordin said...

Mengapa kurang bendera tahun ni ya?
Rasa macam bukan bulan Merdeka.

hasANah haLim said...

Puan,
Itulah...sy pon perasan tak byk bendera...tgk bunga api jelah nnati kat TV. itu jek yg memeriahkan suasana.hehe