Thursday, September 4, 2008

Cerita Hujung Minggu Lepas

Cuti hujung minggu kali ini memang panjang. Mula hari Sabtu hingga lah ke hari Selasa. 4 hari yg best!

Hari Sabtu:
Ma ajak ke kedai unuk beli manik.Ma nk tambah manik-manik kat baju dia.Ush. Sebagai anak,surelah akan berasa jeles kalo baju maknya lagi glamer kan? Maka,diri ini pon beli lah jugak manik-manik tersebut dan dengan penuh keterujaan, sampai jek umah terus start menjahit.Tapi sampai hari ni tak siap-siap lagi.huhu

-baju yang menjadi mangsa untuk di manik kan.hehe-

Hari Ahad:
Merdeka! Tgk perarakan gitu-gitu jek. Then berkerjasama ngan Ateh buat breakfast. Kiteorg plan nak breakfast kat pondok buruk. Ok. Its a pondok yang baru siap di bina di kebun tapi sebab pengaruh cerita 'Pondok Buruk', kami pon panggil pondok baru tue as Pondok Buruk.

-inside the pondok buruk-

Maka berkelah lah kami di pagi hari kat pondok tue sekali ngan ma,abah, pakcik and mokteh. Menu nya adalah mee goreng basah dan teh-o-beng.

Actually tanah nie dulu tanah sawah. Tapi sebab ada masalah pengairan zaman dolu-dolu, diaorg tak buat lagi dah sawah dan tanam mangga plak kat tanah nie. Sangat best ok bila musim mangga berbuah. Sampai tak larat nak makan buah mangga tue. Bukan buah mangga yang masam tue tau. Nie buah mangga pelam. Tapi bila dah tak larat nak maintain pokok mangga tue, orang kampung decide plak nak tanam pokok getah. Maka habislah semua pokok mangga tu ditebang dan digantikan dengan pokok getah.

-the view from the pondok buruk-

-ini pokok bendi ye murid-murid ^__^ -

Sementara nk tunggu pokok getah tue besar kan, pakcik+ma+abah decide nak tanam pokok sayur-sayuran dengan jagung. Tanah pakcik ngan ma sebelah menyebelah. Tue yang senang kalo nk buat projek apa2,sure buat sama-sama. So kat sini ada lah dua-tiga jenis sayur. Bendi, terung, keledek dan juga..jagung!

-mari-mari petik jagung-

-isi jagung-

-satu bakul jagung untuk dimakan-

Lepas breakfast tue, ikut ma untuk petik jagung. Taklah banyak mana pon tapi dapatlah satu bakul.hehe

Hari Isnin:
Ateh dah balik kl. Rumah dh sunyi semula. Sambung balik menjahit manik di baju itu.. =.='

Hari Selasa:
1 Ramadhan. Alhamdulillah, masih berpeluang lagi menyambut bulan ramadhan tahun ini. Tahun depan belum tentu dapat sambut lagi...

So itulah kisah hujung minggu lepas.Ok dah.Sambung wat keje plak...hehe

No comments: