Monday, September 15, 2008

Cerita Hujung Minggu-Part 1

Jumaat (12.Sept.2008)
Hari ni amik half day sebab nak hantar Ma ngan Abah ke Kl. Esok Ma ngan Abah akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah selama 2 minggu. 2 minggu=14 hari = 336 jam. Lame okeh!huhu.

Dalam pukul 2 petang, ramai saudara-mara yang datang nk ucapkan selamat jalan. Bermacam pesanan yang dikirimkan. Ada yang nk tarbus, berkirim Al-Quran untuk diwakafkan, duit riyal untuk disedekahkan dan yang wajib adalah kiriman salam kepada Rasullulah. Tepat pukul 3, Abah pon kata dh masa untuk bergerak. Tapi sebelum tue Ustaz Karim bacakan doa memohon kepada ALLAH agar perjalanan ini selamat dan dipermudahkan. Then PokDa melaungkan azan. Sedih sangat rase. Tapi still tahan hati supaya tak nangis.huhu. Teringat masa abang laungkan azan masa ma ngan abah pergi haji 2 tahun lepas. Tak cukup tisu rasenye mase tue. :pge53:




Alhamdulillah, kami selamat sampai pukul 4.45 petang. Port utama mestilah di rumah Ateh. Along and family pon dah selamat sampai lebih awal lagi kat umah Ateh. Dalam pukul 5.30ptg, Abang and family pulak sampai.

Time berbuka, semua ada except Angah coz Angah dok nun jauh di Penang. Pukul 1.30 pagi baru Angah and family sampai.

Tapiiii....masa tue, kami sudah berada di Jalan Tunku Abdul Rahman. :pge04: Wah tak agak-agak kan g merayau pepagi buta.hehe. Actually saje jek nk buat survey coz bazar kat sini bukak 24 Jam. Read the word survey? Means hari sabtu tue nanti kompem lah akan pegi lagi. Macam-macam ada kat sini. Along ngan Ateh borong tudung. Along yg baek hati telah belikan sehelai tudung for me.Yey.Mekaseh Long! :pge41:






Pukul 3.00 pagi baru sampai rumah semula. Dah kumpul adik-beradik kan, bukan reti nak tido. Kiteorg dok layan youtube plak. Huru-hara balkoni rumah ngan gelak kiteorang. Naseb Ma ngan Abah tak bising.hehe.:pge45:


Nanti sambung laei eh....

No comments: