Monday, September 15, 2008

Nyanyian Tanjung Sepi


[71] – Elegi Sepi
Kalau memerah limau kasturi,
Sebelum diperah buanglah bjinya;
Harta habis boleh dicari,
Patah hati apakah ubatnya.

[72] – Mahadewi
Padang Panjang dilingkar bukit,
Bukit dilingkar kayu jati;
Kasih sayang bukan sedikit,
Dari mulut sampai ke hati.

[73] – Keranamu Lida...
Orang Acheh pulang ke Acheh,
Mengail kurau dapat senangin;
Bakan mudah kita berkasih,
Laksana wau melawan angin.

[74] – Akulah Rusukmu Yang Hilang
Anak ruan lima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima;
Menjadi hutang beribu tahun.


Buku ini telah pon selamat dikhatamkan dua minggu lepas. Susunan pantun-pantunnya sangat menarik. Terima kasih kepada KakSu yang telah menyalin semula pantun-pantun ini di blognya. (Tak larat nak taip semula ^__^ )

No comments: