Friday, October 31, 2008

DEMI MASA


Renung-renungkan...dan...Selamat beramal!

:Onion54::Onion54::Onion54::Onion54::Onion54:

Wednesday, October 29, 2008

Ayat-ayat Cinta


Cuti hari raya yang lepas ada satu cerita yang menarik hati aku. Oklah, aku ngaku memula rasa 'Apsal tajuk nie cam ni.Mcm pelik jek..' Tapi bile dah asek dok preview kat TV jek plus dengan lagu yang Rossa nyanyi, mulalh rasa tue rasa excited nk tgk.

And yes. Cerita ni best. Lain dari yang lain. Cerita ni di adaptasi dari novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy. Kisah Fahril, penuntut Al-Azhar yang naif, hensem *ahem*, tetapi keliru tentang jodohnya. Tanpa sedar, Fahril di minati oleh jirannya yang cantik manis, Maria. Tapi Maria adalah pengganut Kristian. Istimewanya Maria dalam cerita ini diterjemahkan apabila dia mampu menghafal surah Al-Maidah dan surah Maryam.

Then satu hari, masa Fahril on the way balik ke rumah, dia bertemu dengan si gadis cantik manis bermata cantik *description tak agak2.hehe.tapi dat girl mmg cantik pon..macam mana diaorng bleh terjumpa, korang kena tgk/baca sendri novel nie...lalala*. Aisha, seorang yang berasal dari German tetapi menuntut di Mesir akhirnya berkahwin dengan Fahril.

Nurul, teman sekelas Fahril yang memang cinta banget same Fahril of coz frust.
Maria, yang pada mulanya ok, jatuh sakit yang teruk akibat perkahwinan Fahril.*but she's married jugak dengan Fahril!"
Noura, jiran Fahril yang diselamatkan oleh Fahril daripada keganasan bapanya, memfitnah Fahril telah memperkosanya. Akibatnya Fahril di tahan di penjara.

Apa yang terjadi akhirnya?

Cepat-cepat carik novel Ayat-ayat Cinta..... =)

Tuesday, October 28, 2008

Cerita Futsal

Hari Jumaat yang lepas, buat pertama kalinya dalam sejarah aku g maen futsal. Sebelum ni bukan tak berminat nak main tapi takde geng bas skolah . So bile incik bos ajak satu opis g men futsal maka peluang ini jangan dilepaskan.hehe

Dalam 5.30 kiteorg gerak dari opis. Sampai kat court warming up supaya tak cramp, test dulu tendang-tendang bola and the let's play!

The result 10-9. Not so bad eh?Well, dapat lah merasa menyumbatkan 3 gol. Best jugak ek rase bile dpt score goal tue.hehe

Tapi memang pancit lah. Memula jek rajin lari ke sana-sini, dah nak last-last, dok tunggu depan pintu goal jek.haha.

-Team A bertshirt ijau vs Team B bertshirt Oren dibantu Team C bertshit kaler suke hati-

The next day, bangun jek tdo memang terasalah kesengalan satu badan. Sana sakit, sini sakit. Jalan pon lambat-lambat. Nampak sangat dah lame tak exercise.huhu.

Hari Sabtu kiteorg g open house kat rumah Tan Sri. Thanks Puan sebab ajak kiteorg.hehe. Makan mee kari ngan nasi ayam.nyum nyum

Along ngan Ateh balik sebab diaorng cuti lame sempena Deepavali. Kalo dah ade Ateh dirumah maka haruslah Ateh masak special. So hari Ahad tue, Ateh buat mee kari. Dah argue suruh buat soto tapi Ateh nk jugak buat mee kari. Emm..belasah jek lah.


-hanya gamabr kuah mee kari jek yang sempat di ambil-

Dua hari berturut-turut makan mee kari. Berat badan pon tak segan silu naik semula. Oh!

Friday, October 24, 2008

fuTsal


Today, Danau will have a futsal game!
Yeah...
Team A versus Team B
Let's kick the ball y'all!



postScript: Yes, I'm excited coz it's my first time....weeeeeeeeeeeeee

Thursday, October 23, 2008

Gajah Merah

Hujan turun dengan amat lebat masa nak balik ke rumah semalam.
Tapi bila dah sampai rumah, Ma kate kat sini tak ujan pon.
Oh.Takpelah tue.
Kalo hujan memang sejuk beku jadiknye.
Sementara nak tunggu waktu berbuka.
Ada sesuatu yang menggamit mata.
Ah.
'Gajah Merah' itu telah lama terdampar tak berusik.
Bukan tak mo naik.
Tapi tah kenapa tiap kali nak naik jek tak bersemangat rasenye.
Tapiiiiiiiii
Smalam tah kenapa tetiba rasa naik.
Ma pon naik pelik.
'Puasa-puasa pon naik naik ke?'
'Takpelah. Nak bakar lemak raya neh'.
Baru 1km dah penat.
Oh.
Ini tidak boleh jadik.
Memang tak fit langsung dah ni.
Maka, hari ini haruslah....
Naik 'Gajah Merah' lagi....

-gambar taun lepas-

Wednesday, October 22, 2008

Kisah.Sedih.

Semalam. Semasa sedang sebok di pejabat, telefon berdering. Tertera nama KakN di screen. Hati berdebar. Pasti berita itu. Berita yang tak mahu di dengar. Tapi bukankah itu hukum ALLAH. Yang hidup pasti akan mati. Demikianlah juga semalam. Pak Lang telah sampai hukumNYA pada pukul 3.50 petang.

Tergamam. Kelu. Sejuk.

Menjadi orang pertama yang dihubungi oleh KakN (anak allahyarham). Berita sedih itu dikhabarkan kepada Abah. Inalillah...itulah yang mampu terucap di bibir Abah. Bila? Tanye Abah. Baru jek sekejap tadi, KakN telefon. Abah tolong uruskan orang gali kubur ye. Nanti jenazah akan dimandi dan dikafankan di hospital. Dalam suara yang tenggelam timbul aku menjawap.

Kepada adik-beradik yang lain juga aku khabarkan berita sedih itu.

Selesai kerja, aku meminta kebenaran kepada Bos untuk pulang awal. Tak keruan rasanya membawa kereta. Baru hari Isnin kami melawat Pak Lang di hospital. Tetapi masa tue Pak Lang sudah tidak lagi sedarkan diri. Penyakit jantung + diabetis dan kegagalan buah pinggang telah menyebabkan Pak Lang koma semasa dialisis di jalankan.

Sebenarnya, ada rasa kesal di hati ini. Pak Lang ditempatkan di CCU. Hanya dua pelawat sahaja yang dibenarkan masuk dalam satu-satu masa. Mulanya biarlah Ma ngan Abah sahaja yang masuk. Tetapi akibat kesuntukan masa, maka aku tak berpeluang masuk ke CCU. Takpelah, mudah-mudahan bila Pak Lang dah sedar nanti, bolehlah kami datang melawat lagi.

Tetapi itulah. Ajal maut di tangan ALLAH. Memang aku berpeluang menatap wajahnya. Wajah yang terbujur kaku di ruang tamu. Wajah yang tenang. Yang telah dimandi dan dikafankan. Yang akan meninggalkan dunia ini untuk selamanya...

Semoga dirimu ditempatkan di kalangan orang yang beriman Pak Lang.

Alfatihah untuk Hj. Mazlan.


postScript: Masa kita akan tiba jua...

Tuesday, October 21, 2008

A poem about responsibility


There was a most important job that needed to be done,
And no reason not to do it, there was absolutely none.
But in vital matters such as this, the thing you have to ask
Is who exactly will it be who’ll carry out the task?

Anybody could have told you that everybody knew
That this was something somebody would surely have to do.
Nobody was unwilling; anybody had the ability.
But nobody believed that it was their responsibility.

It seemed to be a job that anybody could have done,
If anybody thought he was supposed to be the one.
But since everybody recognised that anybody could,
Everybody took for granted that somebody would.

But nobody told anybody that we are aware of,
That he would be in charge of seeing it was taken care of.
And nobody took it on himself to follow through,
And do what everybody thought that somebody would do.

When what everybody needed so did not get done at all,
Everybody was complaining that somebody dropped the ball.
Anybody then could see it was an awful crying shame,
And everybody looked around for somebody to blame.

Somebody should have done the job
And Everybody should have,
But in the end Nobody did
What Anybody could have.

Attributed to Charles Osgood

Friday, October 17, 2008

Hari Terakhir@PSN

Hari ni last day Program Anak Angkat kat Pusat Sains nie. Actually dah takde ape-ape lagi program yang melibatkan kiteroang (except incik bos). Tapi kiteorg ade lagi satu task iaitu nk menyiapkan montaj untuk majlis penutup esok. Memandangkan hari ni diaorang still ade aktiviti so incik bos mengarahkan supaya kiteorg ikut skali ke PSN. Sebab dah plan nk bawak ma ngan abah ke rumah Ateh, smalam mintak kat incik bos utk pergi ke PSN dari Ampang nie. Thanks to incik bos sebab bagi.

After office hour -> balik rumah -> packing baju -> tggu maghrib -> buka puasa(minum jek dulu) -> gerak-gerak khas ke KL -> singah sebentar di McD -> eat and drive -> sampai!

Dalam pukul 10 malam jugaklah baru sampai KL. Haa..nak dijadikan cerita t-shirt program tak berbasuh lagi.*haha*. So bibik telah menjadi mangsa tolong basuhkan, spin guna washing machine and gantung bawah kipas. Nasib baek pagi tadi dah kering.hehe

CH tolong hantarkan ke PSN. Balik pon CH amik. Bestnye rase pergi keje ade orang hantar and jemput...ngeeee.

-team hari pertama-

Tuesday, October 14, 2008

2nd Day@Pusat Sains Negara.

Yesterday we arrived around 10.45 pm and today I left the home at 6.00 am.*gambate*
6.30 am, Dr. drove to Pusat Sains Negara.
Safely arrived at 8.00 am.
We stopped by at Kopitiam for breakfast and shoot to PSN.
The programme started at 9.00am with the 1st lecture about innovation from Dr. Zaharim.
Then, it's game time!
1st we had Drag and Drop.
Group number two won this round.*clap.clap*
2nd game we had 'Who came first'.
This time, a few groups had a tied score so we need to wait for tonite quiz to find the winner.
Nad, Nadiah and Fieza had working so hard to complete these three games.
Well done guys!
Will update later with more pictures...
=)

Monday, October 13, 2008

Updating From Pusat Sains Negara

We (Danau Team) are at Pusat Sains Negara for the 'Program Anak Angkat'.
Everything is ready.
Our 1st programme today is Google Earth-Internet Tressure Hunt.
Fun.Fun.Fun.
More updates later.
Have a nice day!

Friday, October 10, 2008

SYAWAL 1429H - Last Part

Raya Kedua
Rumah kembali sebok menyediakan bahan-bahan untuk kenduri di raya ketiga. Ateh ngan Ma jadik chef kat dapor while me ditugaskan menjadi pelayan tetamu yang datang beraya ke rumah. Boleh tahan jugak tetamu yang datang raya ke dua nie. Meriah suasana. Time takde tetamu, pergi plak kat dapor tolong Ma ngan Ateh. Aktiviti utama di dapor adelah menyalai ikan sembilang. Sape-sape yang nk membakar lemak, aktiviti ini amatlah digalakkan.hehe

Malam tue, ada open house kat rumah pakcik. So after maghrib kiteorg pon bergegas lah bersiap. Then terus shoot ke rumah pakcik. Makan-makan dan makan lagi. Then diakhiri dengan aktiviti bergambar *as usual lh kn.hehe*. Balik tue ekceli kene kacau custard pulak sebab nk ubat puding cocktail. Naseb baek laha de assistant yang tolong kaco kan coz 5 minit pas tue dah ngantuk giller, terus ZzZZzZz...




Raya Ketiga
Big day! Kecoh giller kat dapur belakang. Yang buat sambal udang, yang buat masak lemak cili padi, yang buat pajeri terung. Dah aktiviti berjemaah kan, mau tak kecoh jadiknye. Gotong royong nie seronok. Memacam kejadian/cerita bleh terjadik masa nie.hehe. Jemputan mula datang selepas Solat Jumaat dan berterusan sehinggalah ke malam. Ramai yang datang. Alhamdulillah. Semoga keluarga kami dilimpahi rezeki lagi. Akibat kepenatan, lepas jek Maghrib terus tdo. Tapi kejap jelah coz banyak benda yang kena dikemaskan.


-menu di hari kenduri: ikan sembilang salai lemak cili padi+sambal udang+pajeri terung+ sayur kacang goreng berlada + telur goreng kicap -


-cuba teka kenapa saya menangis?hahaha-


Raya Keempat
Kami beramai-ramai ke open house YB Hidir. Cik Yan (wife YB) agak baik jugak with our big family. So tetiap tahun dah jadik acara wajib ke open house diaorang. Balik dari sana just lepas-lepak jek kat umah. Oh. Guess what. Kueh raya yang dibuat oleh yours truly telah selamat di belasah oleh kanak-kanak ribena. Baek kueh kapit or biskut telus rebus. Dua bekas jek yang dapat dihidangkan kat tetamu. The rest dah di ngappppppp awal-awal lagi. Tue maknanya, taun depan kene buat lebeh lagi.hehe. Malam tue ade open house kat rumah my kazen. Tapi tak pegi sebab teman Angah yang saket. Pitty her. Tak tau lah sebab apa sampai tak bermaya cenggitu. Luckily the next day dia dah ok.


Raya Kelima
Keberangkatan pulang Mem-mem dan Tuan Besar ke rumah masing-masing.Start dari Ateh yg balik ke KL. Abang balik Johor and Along yg balik Mersing. Angah and me sambung cuti lagi satu hari. So hari Isnin, Angah plak balik Penang and hari Selasa dah mula kerja.


Tamat dah cerita beraya di rumah.


postSricpt:Sepanjang lima hari raye, aseklah pergi kedai RM2 sebab kekanak ribena nak beli toys. Kang kalo tak bawak, muncung panjang sedepa and bersiap sedialah dengan rengekan manja oleh mereka.Naseb baek lah auntie diaoeng nie baek hati nk melayan....lallalallala..

Thursday, October 9, 2008

SYAWAL 1429H - Part 1

Hari ni dah masuk 9 Syawal. Sangat sekejap kan masa berlalu. Kalo boleh nk setiap hari mcm 1st Syawal.hehe. As promised, terimalh cerita Syawal Ku, Syawal Mu jua. Tak agak-agak punye tajuk.

1st Syawal
Bangun pagi.Gosok gigi. Cuci muka. Terus mandi..*lagu mase skolah tadika.lalallala*. Mandi sunat aidilfitri tau. Jangan jadik cam anak murid Along. Bile tanye mandi ape pada 1 Syawal, budak laki tue bleh jawap: 'Mandi sunat wajib, cikgu'. Oh. Yang mendengar nie pon rase cam nk gelak guling-guling 18 kali jek rase.hehe.

Tahun ni tak berpeluang menunaikan solat sunat aidilfitri. Maka haruslah menjadi kewajipan men'touch up' kan rumah dan menyediakan ape yang patut. Potong ketupat, masukkan kueh dalam balang, bersiap. Eh. Tue tak masok list. Tahun nie Along, Angah and Abang beraya di rumah mertua. Tinggal lah aku ngan Ateh jek beraya ngan ibubapa.:pge35:. Tapi raya kedua, diaorang dh balik dh.hehe

Dalam pukul 11 pagi, tetamu dah mula datang. Pak-Mak sedara. Sepupu-sepapat. Tapi time nie geng jalan raye belom tiba lagi. So dok jelh rumah dulu melayan tetamu.

After asar,geng bas skolah jalan raye pon sampai. Ape lagi kan. My turn plak lah berjalan raye. Pergi rumah stakat 3 buah tapi nak sampai ke tiap rumah tue punye lah lame. Kenapa? Sebab masing-masing gile bergambar. Sesikit posing. Jalan 5-6 langkah posing. Sampai masok kebun sebab nak bergambar. Pondok buruk pon leh jadik tempat bergambar.haha. But it was fun! Sampai my anak sedara kate 'Jangan Kak Na kawen cecepat, nanti kiteorg dh tak leh nk bergambar cam nie lagi'. Gambar yang mcm manekh? Gambar kami melompat! HaR haR HAR. Anak sapolah nie. Ala setaun sekali jek. Kasik can lah kan...hehe

Oh. Kutipan duet raye di hari pertama adelah sebanyak RM51 ringgit. Sape kate kalo dh keje tak leh dapat duet raye? Boleh jek.hehehe. Malam tue terus tdo awal sebab keletihan yang amat. So here are the picts! Cerita raya kedua akan di sambung nanti ye....








-pose tak agak-agak dari yours truly.hehe-

Tuesday, October 7, 2008

Akhir Ramadhan

Maaflah. Memang tiada kesempatan untuk berblogging langsung dirumah. Busyyyy memanjang.hehe. SO, sebelom cerita raye, nk cerita dulu cerita di akhir ramadhan....

26 Ramadhan
Alhamdulillah, parents dah selamat sampai di rumah. Abah kelihatan sedkit kurus. Ma pulak kurang sihat. Diserang batuk yang agak teruk. Sampai malam tetamu datang sebab nk jumpa dengan Ma ngan Abah. Memandangkan Ateh bawak balik maid maka secara tak langsung kebanyakan kerja akan di ambil alih oleh beliau.heheh

27 Ramadhan
Buat kueh raye. Kiteorang panggil biskut telur rebus. Tapi ade yang panggil butter cookies. Along and family selamat sampai. Rumah bertambah meriah dengan jerit pekik kanak-kanak...Hoi ni sape yg tak posa ni???!! *contoh*

28 Ramadhan
Hari nie pulak, aktiviti membuat kueh wajib iaitu kueh sepit/kapit/rokok. Ikut lah nama kueh mane yg korang rase sesuai. Buat straight 2 adunan. Memang sakit pinggang dibuatnye. Kueh nie feveret semua orang dalam rumah nie.Read the word SEMUA? Sebab itulah WAJIB buat. Luckily Along tolong. Dapatlah 5 bekas gula-gula tinggi tue. Tapi 1 bekas awal-awal lagi dah selamat dikorbankan. Kan dah kate kueh feveret. Kalo rajin, sila search semula kat ruang atas tue cara-cara nk buat kueh kapit.

29 Ramadhan
Si Along dan Ateh keluar bershopping bersama Ma. Bukan shopping ape, cuma beli keperluan nk kenduri nanti. Oh. Sebab ade permintaan, maka lagi sekali buat biskut telur rebus. Naseb baek senang jek. Kalo soh buat kueh kapit tue lagi memang kene pikir 6, tujuh belas kali.huhu

30 Ramadhan
Berdendang-berendang! Ketupat yang dah siap di anyam, di isikan beras. Kalo raya, memang WAJIB ketupat daun. Tak mo ketupat segera. Dulu lagi best sbb rebus guna dapur kayu. Tapi skang dah tak de sape yg larat nk jaga api. Maka gunalah jelah dapor gas.huhu. Ayam di dijadikan rendang. Daging dijadikan sambal. Pukul 4 ptg, siap semua! Elok jek siap masak, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Rahmat di akhir Ramadhan...

Cerita raya, next entry lah ye..:pge34: