Wednesday, October 22, 2008

Kisah.Sedih.

Semalam. Semasa sedang sebok di pejabat, telefon berdering. Tertera nama KakN di screen. Hati berdebar. Pasti berita itu. Berita yang tak mahu di dengar. Tapi bukankah itu hukum ALLAH. Yang hidup pasti akan mati. Demikianlah juga semalam. Pak Lang telah sampai hukumNYA pada pukul 3.50 petang.

Tergamam. Kelu. Sejuk.

Menjadi orang pertama yang dihubungi oleh KakN (anak allahyarham). Berita sedih itu dikhabarkan kepada Abah. Inalillah...itulah yang mampu terucap di bibir Abah. Bila? Tanye Abah. Baru jek sekejap tadi, KakN telefon. Abah tolong uruskan orang gali kubur ye. Nanti jenazah akan dimandi dan dikafankan di hospital. Dalam suara yang tenggelam timbul aku menjawap.

Kepada adik-beradik yang lain juga aku khabarkan berita sedih itu.

Selesai kerja, aku meminta kebenaran kepada Bos untuk pulang awal. Tak keruan rasanya membawa kereta. Baru hari Isnin kami melawat Pak Lang di hospital. Tetapi masa tue Pak Lang sudah tidak lagi sedarkan diri. Penyakit jantung + diabetis dan kegagalan buah pinggang telah menyebabkan Pak Lang koma semasa dialisis di jalankan.

Sebenarnya, ada rasa kesal di hati ini. Pak Lang ditempatkan di CCU. Hanya dua pelawat sahaja yang dibenarkan masuk dalam satu-satu masa. Mulanya biarlah Ma ngan Abah sahaja yang masuk. Tetapi akibat kesuntukan masa, maka aku tak berpeluang masuk ke CCU. Takpelah, mudah-mudahan bila Pak Lang dah sedar nanti, bolehlah kami datang melawat lagi.

Tetapi itulah. Ajal maut di tangan ALLAH. Memang aku berpeluang menatap wajahnya. Wajah yang terbujur kaku di ruang tamu. Wajah yang tenang. Yang telah dimandi dan dikafankan. Yang akan meninggalkan dunia ini untuk selamanya...

Semoga dirimu ditempatkan di kalangan orang yang beriman Pak Lang.

Alfatihah untuk Hj. Mazlan.


postScript: Masa kita akan tiba jua...

2 comments:

Adillah A Nordin said...

Takziah diucapkan kepada keluarga Hasanah..

hasANah haLim said...

Thanks Puan... =)