Friday, November 28, 2008

Istimewa untuk ABAH

Dear Abah,

Walaupun kita selalu berebut remote control Astro.
Walaupun Anoi selalu kaco Abah tgh tengok Roger Federer lawan Nadal, ataupun masa Lee Chong Wei tgh smash Lin Dan ataupun masa Cristiano Ronaldo tengah nk buat sepakan penalti.
Walaupun Anoi selalu malas nk tutup pintu pagar depan rumah.
Walaupun Anoi selalu bebel dekat Abah sebab Abah suka letak kopiah Abah bersepah.
Walaupun Anoi kadang-kadang suka argue dengan Abah tentang banyak perkara.
Walaupun Anoi suka pow Abah untuk tuangkan minyak keta Anoi.
Walaupun Abah suka kenakan Anoi dengan lawak antarabangsa Abah,

:Rabbit41::Rabbit41::Rabbit41::Rabbit41:

SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE 64 ABAH!
SEMOGA ALLAH MEMANJANGKAN USIA ABAH UNTUK SERIBU TAHUN LAGI.
DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK UNTUK ABAH BERIBADAT KEPADANYA
dan
DIMURAHKAN REZEKI
(supaya nanti Abah boleh isikan minyak keta Anoi lagi
:pge05:)


ANOI SAYANG ABAH!

Rasa Ini

Hari Semalam
1. Seronok
2. Gembira
3. Ceria
4. Teruja
5. Berbunga
6. Suka
7. Suka
8. Suka
9. Suka
10.Suka

Hari Ini
1. Suram
2. Tak Suka
3. Sakit kepala
4. Sedih
5. Hampa
6. Letih
7. Sedih
8. Sedih
9. Sedih
10.Sedih


Hari Esok
Hari esok tak siapa yang tahu?



sigh

Thursday, November 27, 2008

Kursus ICT

Hari ni dah masuk 3 hari aku mengajar usahawan baru tentang ICT. Para peserta ni dipilih oleh IMM utk mengikuti kursus selama dua hari ni. Mereka terdiri daripada golongan ibu tunggal dan juga dari golongan yang kurang berkurangan.

Group A dah tamat kursus semalam. Hari ni giliran Group B pulak. Group B nie kebanyakannya dari golongan warga emas.

Ada satu pakcik ni begitu menarik perhatian aku.

Umur dia dah 70 tahun. Diulangi 70 tahun yeee. Tapi baru tadi dia berpeluang menggunakan PC. Walaupun dia hanya tahu menaip menggunakan satu jari jek tapi pakcik ni punye semangat memang tinggi. Aku yang mengajar kat depan ni pon selalu jek pergi tempat dia nk tgk dia boleh ikut ke tak ape yang aku ajar. Fasi yang laen pon tolong sama tunjukkan kat mana letaknya abjad-abjad dekat keyboard tue untuk memudahkan dia taip. Isteri pakcik nie pon ada jugak. Istimewanya, mak cik ni pulak buta huruf. Tapi macam pakcik tadi, makcik nie tetap bersemangat nk belajar tentang komputer. Salute lah kat couple nie.. :pge07::pge07::pge07:




Semalam ada dinner talk. Nanti lah aku citer ye. Mau edit gambarnya dulu.

So, tunggguuuuu :pge51::pge51::pge51:

Tuesday, November 25, 2008

hitAm.geLap. *ape punye tajuk daaaa*

Hari ahad hari tue abang bawak ma & abah ke KL. Abah ade check up kat HUKM semalam. Aku memang tak ikot. So bermalas-malasan lah dirumah sambil melipat baju. Ok aku nk buat pengakuan nie. Aku kureng suka melipat baju tapi aku suka basuh pinggan. So kalo diberi pilihan, aku lagi suka basuh pinggan dari lipat baju. Tapi time kenduri, aku suka escape sebab masa tue pinggan mangkuk banyakkkkkkkkkkkkkkk gillerrr. Aku pass kat bibik. hahhaha :pge44::pge44::pge44:

Malam tue baru habes lipat baju. Aku start melipat baju tue since petang hokeh. Tapi sebab melipat baju di depan TV. Maka kadar kelajuan tangan adalah 10km/j. Dah tue petang tue pulak hujan lebat. Dengan suke hatinye aku bleh tertido mase lipat baju tue. hahahha. Kalo ade Ma kompem kena sekeh. :pge05::pge05::pge05:

Ok ok. Dah habes lipat baju, aku layan AMNTM cycle 11. Tengak syok tengok model-model nie photoshoot tetiba gelap pandangan mata aku nie. Eh takkan lah kan aku tertido. Sebab aku masih sedar dan masih dengar kereta lalu-lalang. Aku pon buat-buat berani tinjau kat luar.Cuba bayangkan kalo masa korang tinjau tiba-tiba anda benda melekat kat cermin tue. Bayangkan.....
Dah dah. Tue imaginasi aku jek.hehe. Rupenye blackout ler. Satu daerah plak tue. Haish.

Errr...ekceli bile letrik terpadam aku straight lari masuk bilik. Panik lah jugak. Yelah aku igt kot rumah aku jek yg blackout.. Ade orang nk rampok rumah aku ke. Nak culik aku ke?*ade ke?haha.* Baik lah aku lari masuk bilik kunci pintu siap-siap. aHhh. Dalam bilik aku mane ade torchlight. Lilin pon takde. Aku tpon CH. Buat loudspeaker soh teman aku sampai aku jumpa lilin. Seram hokeh. huhu. Naseb baek lah ade dalam stock. Kalo tak lagi panik aku tak tau nk buat ape.

Dalam kol 12.30 mlm baru lah elektrik kembali semula. yey!


Moralnye, pastikan lilin dan torchlight berada di dalam bilik anda. Jika tidak, anda akan panik, seperti saya.:pge60::pge60::pge60:

Friday, November 21, 2008

YaYah dan Semalam

Along ade kat rumah. So with the kanak-kanak ribena. Yayah dah membesar bagai johan dan semakin petah bercakap. Walaupun kadang-kadang ayat yang dikeluarkan agak kurang difahami maksudnya. Tapi kena buat-buat gak faham sebab nanti dia akan ulang semula ayat tue dengan lagi kuat.

Bila sampai rumah semalam, dia lah yang dok terlompat-lompat jerit 'Yey yey Mak Na balik' sebanyak 18 kali. Haha. Percayalah sangat. Mane ade 18 kali. Tapi memang dialh yang dok jerit-jerit sambil melompat-lompat berpusing-pusing.

Malam tue dok lepak-lepak atas katil, Yayah datang terkedek-kedek bawak bedak. Ye. Bedak adelah kegemaran dia disamping lipstick. Oh ye. Aku nye lipstick dah selamat di patahkan oleh si Yayah nie.

How lah you can say no to dis cute lil girl when she start to powder your face with her lil hands? Oklah.memula igt sikit jek bedak yang ditempek kan. Sampailah Along jerit 'Hoi. Dah macam rupe hantu dah ko bedak kan Yah'. Ek? Lompat tengok cermin. Tue dia....memang macam opera cina. :pge21::pge21::pge21: Then dia dok bedak kan pulak muka dia supaya sama macam Mak Na dia dan kemudian dia menari melompat-lompat pulak. She's just 2 years old tapi dia boleh hafal chorus lagu berdua lebih baik. Oh Yayah! :pge41::pge41::pge41:



-dok khusyuk tgk smula video yang dia dok menyanyi+menari-


Since hari rabu hari tue, aku ade extra task which is menghantar Kojie pergi ke MOZAC dan menjemput dia balik. So dah 3 hari masuk opis pukul 9 pagi. Kojie ade kursus IT kat skolah dia. Yang cikgu skolah ni pon satu hal, kan dah start cuti skolah. Buat jelah cara cuti skolah. Naseb baek lah rumah dekat, kalo yang jauh-jauh tue macam manelah agaknye nk datang.Sempat snap a few picts sementara nk tunggu dia smalam. So kepada yang berkenaan,*aku tau ko baca blog aku.haha*.



Aku dedicate gamba skolah ni kat ko. :pge05::pge05::pge05:

Thursday, November 20, 2008

Katakan Tidak Pada Rokok

Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa alasan;

  1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
  2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
  3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
  4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
  5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

Sumber:http://drmaza.com/home/?p=468#more-468


KATAKAN TIDAK PADA ROKOK! kokokokokok

:Onion54::Onion54::Onion54::Onion54:

Wednesday, November 19, 2008

Geli Mat


Sure macam familiar jek geli mat nie kan. *Macam pernah ku dengar, tapi di mana ya?* Sape-sape yang tak tau ape bendenye nie, sila tanye pakcik google yeee.

1st time aku tgk video clip nie, macam nak pengsan aku gelak. Ini tak boleh jadik. Benda gembira harus di kongsi bersama. ha ha ha

Balik rumahh, aku tunjuk kat abang aku. Dia pon same gak cam aku. Gelak sampai bergegar tiang rumah. Acah jek. ha ha ha

Pastu masa bulan puasa lepas, a night seblom htr parents g umrah, kiteorg adik beradik ni berkumpul lah kat umah Ateh. Umah Ateh nie kat tingkat 9. Melepak lah kiteorang kat balkoni yang ala-ala besar tue. Abang aku pon ape lagi, tunjuk kan lah video clip ni kat diaorang. Lagi sekali, bergegar balkoni rumah tue pepagi buta. Sampai kene sound ngan Ma sebab memekak pukul 3 pagi..

Abang Ngah aku yang ala-ala serius tue pon donlod lah video clip tue masok dalam henpon dia. Pastu korang tau ape jadik, anak-anak angah dah dok hafal lagu geli mat tue. Even yang 3 years old pon dok terkumat kamit try ikot ape mamat tamil tue nyanyi. Si Along plak siap bleh tiru step geli mat. Time hari raya lepas, kejap-kejap aku terdengar diaorg bukak video clip nie. Sampai melekat dalam otak and ade satu phrase tue jadik feveret kiterog which is 'Butakah Lu'. Kalo orang laen yang jumpe barang yang ko tengah carik, memang kompem kena:'Butakah lu...mata goye'. Hoih. Apsl aku bleh ingat ayat seterusnya neh?

Sampaikan Ma crita kat aku yang dia tegur Nina asek nyanyi lagu tue jek masa gi Penang hari tue.

Ma:"Nina, nape suke sangat nyanyi lagu tamil tue?".
Nina:"Bukan lagu tamil lah mak wan. Ni geli mat"

Ha ha ha

Tuesday, November 18, 2008

ganTung

Currently listening to this song:

Ku harus menemui cintaku
Mencari tau hubungan kita
Apa masih atau tlah berakhir
Kau menggantungkan hubungan ini
Kau diamkan aku tanpa sebab
Maunya apa, kuharus bagaimana
Kasih....

Sampai kapan kau gantung cerita cintaku
Memberi harapan hingga mgkn ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Detik-detik waktu pun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Bicaralah biar semua pasti
Gantungnya hubungan cinta denganmu
Membuatku sakit, hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Gantung by Melly Goeslow

Monday, November 17, 2008

Sangat Gembira

Apakah yang telah membuatku rasa sangat gembira? Aku berasa sangat gembira kerana..... (tidak lebih dari 10 patah perkataan).

Crap.

Aku sangat gembira kerana rakan pen-pal aku masih wujud. Oppss. Bukanlah aku mengharapkan yang dia org dah tak wujud lagi di dunia ni, tetapi memandanagkan usia mereka yang dah lebih 80 tahun. Ok chop. Betul lah tue. Rakan pen-pal aku memang adalah sepasang suami isteri dari kalangan warga emas yang berusia lebih 80 tahun. 100% purely from New Zealand. Cheh. Macam iklan pulak.

Macam mana aku bleh jumpa diaorang?
Aku jumpa masa taun 1999/2000 ek. Jumpa dalam train. Masa tue on the way balik dari JB ke rumah. Cuti skolah. Biaselah, dah bapak keja KTM kan. Itu lah main transport balik ke kg time cuti skolah. So couple nie duduk seblah. Sebab boring and couple nie nampak ramah tamah, maka kiteorg pon berborak lah itu ini. Diaorg nie tourist. Masa tue diaorg daru Singapore nk ke Penang. Sebab nk rase adventure, diaorg pilih nak naik train instead of flight.

Pastu ape jadik?
Lepas tue. Ala-ala dah nk sampai ke destinasi aku, kiteorg bertukar-tukarlah alamat. Tak sangka pulak lepas tue couple nie rajin bagi surat. Biasanya bukan surat kosong jek. Macam-macam nanti yang di letak skali dlm envelope tue. Yang aku igt, dia bg gelang, stationary set, buku-buku, envelope & stamp from Lord of The Rings (LOTR buat kat New Zealand). Yang set LOTR tue mmg aku sayang giller ah. Selalu aku pening sebab tak tau nk bagi apa sebagai balasan.haha

Then, apa yang happy nya?
Happy lah sebab aku dah lame giller lost contact ngan diaorang. Sampailah last week aku terjumpa email address diaorang. Just try my luck and sent a short email. Surprisingly, diaorg reply email aku! Still alive and kicking though-nie diaorg yang taip.hehe

So Allan And Kerry, I am so glad that both of you are still in good health. Let's continue our friendship again. :pge60:

Friday, November 14, 2008

When Monday oh not so blues anymore [Delayed enTry]

Remember this entry? Well actually it's just a game between the Danau's Staff and the Danau Kaseh residents (Puan Adillah & Doc & the 3 heroes & a heroin). We played at MP. (Unfortunately, Melaka only have two bowling centers and MP is the best).

The game started around 5.30.For a 1st game, I've scored 103! but for the 2nd game, I only got 84 **duhhhh..

Next, we had dinner at Quayside Seafood Restaurant. Located exactly beside the Melaka water mill. A really nice view!The food was just average *The seafood tom yam turned out to be soOOoOOoOo sweet.huhu**.But the beverages was yummy **smoothiessssss...sllrrppp*.






Thanks to Doc & Puan for the enjoyable day!