Thursday, November 27, 2008

Kursus ICT

Hari ni dah masuk 3 hari aku mengajar usahawan baru tentang ICT. Para peserta ni dipilih oleh IMM utk mengikuti kursus selama dua hari ni. Mereka terdiri daripada golongan ibu tunggal dan juga dari golongan yang kurang berkurangan.

Group A dah tamat kursus semalam. Hari ni giliran Group B pulak. Group B nie kebanyakannya dari golongan warga emas.

Ada satu pakcik ni begitu menarik perhatian aku.

Umur dia dah 70 tahun. Diulangi 70 tahun yeee. Tapi baru tadi dia berpeluang menggunakan PC. Walaupun dia hanya tahu menaip menggunakan satu jari jek tapi pakcik ni punye semangat memang tinggi. Aku yang mengajar kat depan ni pon selalu jek pergi tempat dia nk tgk dia boleh ikut ke tak ape yang aku ajar. Fasi yang laen pon tolong sama tunjukkan kat mana letaknya abjad-abjad dekat keyboard tue untuk memudahkan dia taip. Isteri pakcik nie pon ada jugak. Istimewanya, mak cik ni pulak buta huruf. Tapi macam pakcik tadi, makcik nie tetap bersemangat nk belajar tentang komputer. Salute lah kat couple nie.. :pge07::pge07::pge07:




Semalam ada dinner talk. Nanti lah aku citer ye. Mau edit gambarnya dulu.

So, tunggguuuuu :pge51::pge51::pge51:

No comments: