Wednesday, December 31, 2008

Cerita 2008

Kalau diberi pilihan, aku memang nk pilih hari-hari tertentu dalam tahun 2008 nie supaya aku boleh alami semula hari tersebut dan perbetulkan mana hari yang aku rase tak betul.

Terlalu banyak kenangan untuk tahun 2008. Pahit. Manis. Masam. Kelat. Semuanya ada dalam tahun 2008 nie. Aku rasa, kenangan tahun 2008 yang paling akan aku kenang. Sebab tahun 2008 nie lah segalanya bermula.

Bulan Febuari, bulan kegembiraan. Bulan hati ceria.

Bulan Mac hingga Mei aku belajar banyak benda baru dengan Program ICT. Macam-macam benda gak yang berlaku sepangang perogram ni berlangsung. Tapi aku take it as a new experience. Mana yang baik, aku jadik kan teladan, yang mane buruk, aku jadikkan sempadan. As a guide untuk diri aku dalam mengharungi cabran pada masa yang akan datang. Be positive! Tue yang aku selalu tanamkan dari diri aku.

Bulan Jun, bulan kegembiraan juga kerana Program ICT team bercuti ke Singapore. Masa ni shopping tak hengat kat sana sampaikan kena tumpangkan shopping bag ke kereta incik bos! Malu jek bile ingat kan hehe.

Bulan Ogos, bulan suka-duka. Bulan jiwa kacau. Dalam suka ada juga dukanya. Duka kerana ada perkara yang buat kan aku rasa menyesal sangat. Tapi seperti yang selalu aku buat, be positive! Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah, aku get through it. Yang sukanya bila aku buat trip ke Sabah. Aku, Meklah and Qawi untuk pertama kalinya merancang trip ni and its turned out succesfully! Mungking ade lagi trip yang kami rancang utk tahun depan. Gold Coast mungkin... miahahhahaha.

Bulan September-Oktober, bulan penuh rahmat. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas pada bulan Ramadhan & Syawal yang lepas. Tahun depan, belum tentu lagi diberi kesempatan ini...


Itulah antara bulan-bulan yang paling aku ingat sepanjang tahun 2008 nie. Bukan bulan laen takde kenangan tapi mungkin tak seistimewa bulan-bulan yang aku tulis kat atas.

Untuk tahun 2009, aku mengharapkan yang terbaik untuk setiap perkara yang aku lakukan.

Aku nak jadi hambaNYA yang lebih patuh.

Aku nk menjadi anak yang lebih baik kepada Ma dan Abah.

Adik yang lebih baik kepada kakak2 dan abang aku.

Mak Cik yang lebih baik kepada 13 orang anak2 buah aku.

Pekerja yang lebih produktif, komited dan berdedikasi kepada syarikat.

Rakan yang lebih baik untuk kawan-kawan disekeliling aku.

Aku nak jadikan Hijrah 1430 lebih baik dari Hijrah 1429.

Aku nak jadikan tahun 2009 nie lebih baik dari tahun 2008.

Salam Maal Hijrah & Selamat Datang 2009.....

1 comment:

Adillah A Nordin said...

Wishing you good health, happiness & unprecedented success in the New Year 2009.