Wednesday, January 14, 2009

SURAT KEPADA TUAN TANAH

Kepada Tuan Tanah temapat di mana ofis kami berada.

Tuan Tanah,
Sudah beberapa hari kami mengalami masalah gangguan air. Kami ingatkan cuti hujung minggu hari tue syarikat berkenaan telah ambil tindakan. Malangnya, keadaan masih lagi sama.

Tuan Tanah,
Sesungguhnya keadaan tanpa air ini amatlah menyusahkan kami. Kami nak basuh cawan minum kami pon susah. Kami nak buang bahan buangan dari badan kami pon lagiiiiiii lah susah. Tetapi yang teramat susahnya adalah ketiadaan air di surau untuk berwuduk.

Tuan Tanah,
Saya tak nak cakap banyak lagi dah. Cuma nak bagitahu yang keadaan tandas sekarang amatlah tak-tahu-nak-cakap-macam mana-lagi dah-.


Diharapkan Tuan Tanah dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini.

Kerjasama dari pihak Tuan Tanah kami dahulukan dengan ucapan terima kaseyyyyyyy!

Sekian,
Kami yang menunggu bekalan air pulih.

No comments: