Tuesday, March 31, 2009

K.A.Y.D.O.T.T.E


Ini kawan saya. Nama dia Zarina. Tapi saya panggil dia kaydotte. Saya sudah lama berkawan dengan dia. Perkenalan kami bermula apabila saya dan dia di tempatkan bersama-sama dengan kakak senior semasa trip ke Australia. Oh. Tuhan jek yang tahu perasaan saya masa itu. Sudahlah baru tingkatan 1. Nasib baik saya ada dia, Kaydotte.

Sejak hari itu kami menjadi rapat. Kaydotte bijak, saya kurang bijak. Kaydotte pandai English & Maths. Selalu dapat masuk set depan. Tapi saya selalu kena masuk set belakang sebab tak pandai English & Maths. Sedih. Tapi tak mengapa sebab dia selalu tolong saya. Tingkatan 5, katil kami sebelah-menyebelah. Secara tak langsung, selama satu tahun dia menjadi teman tidur saya (Walaupun bukan setiap hari). Kehidupan di dorm D1-8 memang sangat seronok sebab ada rakan-rakan yang sekepala tapi saya lagi seronok sebab saya ada dia. Partner in crime saya ketika di sekolah. Partner outing saya. Partner shopping saya serta bermacam lagi lah perkara yang kami lakukan bersama.

Habis SPM, kami berpisah dengan hari akhir yang agak melukakan hati kecil saya. Tapi saya tak kisah sangat sebab saya ada kenangan 5 tahun bersama dia. Dalam buku alamat, tertera ayat terakhir dari dia "Aku sayang ko". Ye. Saya pun sayang dia juga.

TakdirNYA. Kami di tempatkan sekali lagi di Kolej Matrikulasi yang sama. Nun jauh di Pulau Mutiara. Bersama Kaydotte, terciptanya 'Amandari. 8 kami. Setiap waktu keluar hujung minggu, seboleh mungkin kami akan keluar bersama. Naik Feri. Ke setiap shopping mall yang ada. Menonton wayang dengan berbaju kurung. Macam budak sekolah yang ponteng tuisyen saja gayanya. Tapi kami tetap gembira sebab kami sentiasa bersama.



Tahun ini, genap 13 tahun persahabatan ini terbina. Dia masih lagi ada. Saat saya menangis sedih, saat saya ketawa gembira. Kaydotte sentiasa ada di sebelah saya.

Babe, thanks for the wonderful friendship that we had together and still have it....


Aku sayang kau.

Kawan sampai mati ye.

4 comments:

D said...

k. ina dormmate saye kat a1-13 tahun 1999 dulu! :)
die kat mane skrg ni eh?

Ina Khairuddin said...

Babe, terharu aku. huhuhuhu...
Thanks for the kind words & for everything lah. For the things we've been through and those that are yet to come. Kawan sampai mati, ye~

anoninimous said...

Wow girls really can befriended like that aaah? Kalau lelaki boleh meluahkan kata2 tu kepada kawan macam gay sajee

aNoi said...

D,
Dia kat TNB KL... D bg email, nanti akk suruh K.Ina ctct. ok? =)

Babe,
=)

Anoninimouse opss anoninimoius,
Why not? Lelaki wont say that kind of words coz they will think that diaorang akan hilang macho or in other words, ego sebenanrnye. = )