Wednesday, April 29, 2009

Menjawap Tag Kakak Kotak Hujan

Saya telah ditag oleh kakak kotak hujan. Maka dengan paksa rela, saya pon menjawapnya.

Hoh. Mana ada paksa rela. Tag ini dijawap dengan penuh rasa keikhlasan dri lubok hati.

1.Nyatakan usia blog kamu.
4 tahun 7 bulan.hehe

2.Terangkan kenapa kamu berblogging.
Sebab suka! Awal-awal join blogsphere ni sebab Kaydotte yang invite. Kiteorg share satu blog. Pastu konon-konon macam dah terer *haha* bukak blog sendiri dengan tajuk blog: "A day in the Life".

Pastu dulu-dulu bile rase mcm dah tak best nk berblog. Dok tutup blog lama and buat blog baru.hehe

3.Nyatakan blog pertama yang kamu baca
Blog kaydotte.

4.Letakkan entry pertama blog kamu
::at last i have my own blog..yey!::

yeye...hmm...after tgk2 kwn2 nyer blog..kaydotte,kum,diba, and ramai lagi (tak larat nk list kan sumer..sowee)..ako pon raser teringin gak nak ader satu blog even dah 'tumpang' kt kaydotte nyer..hehe..so maser tgh pening2 buat a'ment nie..ako pon create la satu..and lastly..tada...terhasilnya A DaY iN da LIFE...tak terpikir pon nak desingkan camne nanti..maybe after last projek ako dh slamat dipresentkan baru arr leh godek2 blog nie..so hopefully u ppl enjoy my blog yg tak seberaper nie...bye for now...

5.Huraikan entry tersebut
Ala...nk hurai ape lagi. Buat huraian sendiri tak bleh? OK ok. Entry di atas di buat atas rasa keterujaan sebab dah ada blog sendri. Tak yah dah nak menumpang kasih blog kaydotte.hehe

6.Letakkan satu pic yang baby paling suka dalam blog nih!
Baru jek letak.. posting yang before nie.hehe

7.Harapan kamu
Supaya nuffnang bg duet lagi.

8.Pas tag nih kepada sesapa yang kamu nak.
Aa.... takde sesape...


Ok.Dah selesaI. Mintak sorry. Tak sempat dah posting cite pepanjang. Later eh.

Friday, April 24, 2009

Happy Birthday Isya!


H A P P Y 6th B I R T H D A Y

to my everdearest

NUR ISYA INSYIRAH HJ MD DAUD

Be a good daughter
Be a good grandchildren
Be a good niece
Be a good person
And all the happiness in the world will be yours =)


hugs and kisses,
makNa

Thursday, April 23, 2009

O_o

Wednesday, April 22, 2009

Time oh Time

Sometimes I'm satisfied sometimes I'm not

Sometimes my face is cold sometimes it's hot

At sunset I laugh at sunrise I cry at midnight I'm in between and wondering why

Time oh time where did you go


p/s: The so gorgeous watch that I aim for.. but it's already sold out... T__T

picture from: http://sapphireministore.blogspot.com

Tuesday, April 21, 2009

Permudahkanlah Ya ALLAH...

Kami bertolak ke Pasir Gudang lebih kurang pada pukul 3 petang dengan menaiki dua kereta, kereta aku dan kereta Kak Imah. Cuaca sangat redup sepanjang perjalanan. Pada pukul 6 petang, kami selamat sampai di rumah Kak Ijah.

Abang Musa sendiri yang menyambut kami. Dari luaran nampak Abang Musa sihat. Tiada tanda-tanda pun yang menunjukkan dia menghidapi kanser. Bentuk fizikal masih lagi sama.

Selepas makan malam, Kak Ijah mengeluarkan fail laporan penyakit yang di hadapi Abang Musa. Minggu lepas mereka telah ke Paragon Medical di Singapore untuk menjalani PET Scan. Fail laporan Abang Musa ini boleh aku umpamakan seperti Folio Sejarah aku masa di Tingakatan Tiga. Lengkap gambar beserta penerangan dari bahagian otak hingga ke kaki.

Ukuran sel kanser di paru-paru jelas kelihatan. Melalui PET Scan ini juga yang dapat menunjukkan yang sel itu mula membiak. Kata Kak Ijah, MRI Scan tak dapat nak kesan yang sel ni dah membiak.

Kanser Abang Musa telah berada di Tahap 3A. Menurut doktor, sepatutnya Abg Musa telah mengalami simptom seperti batuk berdarah, susah untuk bernafas, batuk berpanjangan tapi Abang Musa langsung tak menghidapi tanda-tanda macam tu. Dia masih lagi mampu untuk bawa kereta ke sana ke mari. Pelik kan?

Hari Ahad, tetamu tak putus-putus datang melawat Abang Musa. Memberi kata semangat, memanjatkan doa dan menghulurkan bantuan mana yang termampu. Petangnya, kami mengundurkan diri. Sebak rasa di dada. Betullah kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Abang Musa telah menjalani kimoterapinya yang pertama semalam.

Hanya doa yang mampu di lakukan sekarang.

Semoga semuanya baik-baik sahaja Ya Allah...

Monday, April 20, 2009

Dugaan ini...

Takut tak bila dengar perkataan kanser? Bagi aku, memang takut tapi sejak Abang Musa di sahkan menghidapi kanser paru-paru tahap 3, ketakutan itu berganda.

Jumaat lepas, pulang dari tempat kerja aku lihat Ma sedang duduk-duduk di bangku bersama Kak Imah, sepupuku. Keruh muka Kak Imah. Aku menuju ke arah mereka. Ma lantas bertanya 'Esok kita ke Pasir Gudang, nak?'. Aku mengerutkan dahi. 'Melawat Abg Musa?' aku menjawap soalan Ma dengan soalan yang lain. 'Ha ah. Abang Musa nak mula kimoterapi hari Isnin ni dekat Singapore. Nanti kita tak boleh nk melawat dah.' Panjang lebar jawapan Ma. 'Ok. Pukul berapa kita nk gerak?'. Aku terus menyatakan persetujuan.

Hati mula tak keruan. Menurut Kak Imah, sel kanser telah mula untuk merebak. Dari paru-paru, telah mula turun ke bahagian bawah. Ya Allah..hebat sungguh dugaan Mu.

Abang Musa merupakan suami kepada sepupuku yang aku panggil Kak Ijah. Hubungan kami bukan setakat sepupu tetapi sudah umpama adik-beradik. Keluarga aku dengan keluarga Mok Da memang amat akrab. Memandangkan keadaan Mok Da yang kurang sihat, kepada Ma lah tempat Kak Imah bercerita tentang perkara ini. Kami mendapat tahu tentang perkara ini sejak minggu lepas lagi. Mok Da hanya mengetahui yang ia adalah ketumbuhan, bukan barah. Kami sendiri yang telah bersepakat untuk tidak menceritakan hal yang sebenar. Takut kesihatannya terganggu. Biarlah Mok Da dengar dari mulut Kak Ijah sendiri nanti.

Mulanya Abang Musa menghidapi demam dan dan cuma di bawa ke klinik biasa. Tetapi apabila Abg Musa mengadu yang badannya mengalami bisa-bisa, mereka terus ke hospital. Darah dan tisu badan di ambil untuk di buat ujian. Kami di kampung hanya mampu berdoa supaya biarlah keputusan ujian itu baik-baik sahaja.

Tetapi sesungguhnya hanya insan-insan terpilih sahaja yang akan di uji Allah. Abang Musa di sahkan menghidapi kanser. Kami terkejut. Abang Musa telah lama berhenti merokok. Terlalu lama. Menurut doktor, mungkin juga udara di tempat kerja turut menyumbang kepada kelahiran sel kanser ini. Aduhai....kasihan Abang Musa & Kak Ijah...

Hmm...nantilah sambung cerita ni lagi....

Friday, April 17, 2009

Amandari : The Weddings

Kinda old story but since Kaydotte already sent me the picts so that's why I want to post it in my blog.

Kurin & Musfirah decided to have their wedding ceremony in a same month. Ok they didn't decided but it just coincidence.hehe. Luckily Kurin's was on Saturday and Mus was on Sunday. My cousin's wedding also on the Saturday which makes me stayed only one hour and then challo to Kurin's wed.

Amazingly (chewah..) I didn't get lost ok. Safely arrived at the Kem Wardieburn ...errrr... but with a huge printed google maps on my hand. haha. How I wish my car has a GPS. ;p

Met others amadarian over there. Kaydotte + Ledd and Huda. Kurin was so gorgeous in a white dress. A few hours later, Kaydotte, Leed and me decided to hang out at The Curve. A lot of things we talked about. How I missed my day with the girls at KMPP!




On Sunday, we made a 'Girl's road trip' from KL Sentral to Sabak Bernam. Kaydotte as a driver, Leed as a co-pilot, Huda and Me as the entertainer.hehe. We enjoyed the trip very much! It tooks about 2 hours to reach Musfirah's house. It was a very simple but yet so sweet ceremony.



To Kurin & Mus, congatulations on your wedding.

Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Akhirnya....korang yang kena 'pangkah' dulu ye... hehe

Tuesday, April 14, 2009

Shop till u drop!

The latest shopping mall at Melaka is now open. Kalo korang perasan bagunan paling besar kat MITC CITY nih. Ha 10hb hari tue adelah grand opening nya. Aku taklah keen sgt nk pergi walopon jarak hanyalah sepelaung jek. Tapi hari Sabtu haritue, Ma pon berkata 'Jom pergi MYDIN, beli hadiah utk mesyuarat agung WI'. So aku pon 'Jom!' sbb mmg tak buat ape pon hari tue. Dari tidooo baek exercise.Yelah. Jalan kaki dlm shopping mall. Exercise lah tue. JALAN KAKI ye.

Dalam pukul 3 ptg bersama dengan 2 orang lagi kawan Ma kiteorg pon gerak-gerak khas ke Mydin. Subahanallah. Dekat traffic light lagi dah nampak kereta berederet2. Ah sudah. Sure susah nk carik parking ni. So aku turunkn dulu passenger betul2 kat depan pintu masuk and pusing2 carik parking. Alhamdulillah, senang jek dapat. Bertambah best sbb MYDIN sediakan 30 beca free utk bwk customer dri tempat parking ke MYDIN. Oh. Untuk makluman, inilah kali pertama aku naik beca kat negeri aku sendiri. :pge18::pge18::pge18:

Kat dalam MYDIN toksah cakaplah. Congested kat mana2 jek. Tapi paling ramai kat tempat barang2 basah. Diaorang dok beratur panjang sebab nk beli ayam yg harganya seekor RM2. Tidaklah teman nk berasak-asak nk dptkn ayam tue. Baik shoping barang laen...muahhehehe :pge05::pge05::pge05:

Tujuan utama adalah nk beli hadiah-hadiah tapi Ma rasa incomplete sbb tak beli barang-barang untuk diri sendiri. Maka untuk sekali lagi, kiteorg gerak2 khas semula ke Mydin pada hari Ahad. Kali ni ngan Abg plak. Naseb pegi pagi,tak ramai sgt org. Tapi barisan org yg nk beli ayam masih lagi same mcam hari Sabtu.huhu. Dah abes memborong, kiteorng pon menuju ke rumah org kawen. Ye. Aku g shopping kat Mydin pakai bju kurung haritue.hehe. Malam tu ememang pengsan lah sebab dua hari berturut exercise kan. Harap2 kurussss sikit badan aku neh.

Abg beca & penumpangnya. Wafi excited.


Ma aku tengah pikir ape lagi lah barang yang tak beli lagi nie.hehe


Tapi betullh penangan Mydin nie. Semalam dh nk dekat lunch hour, Ma pon tepon. 'Ma ngan Abah kat Mydin ni. Datanglah'.haha. Ade lagi tue yang tak abes beli. Tapi tak kesalah. Asalkan ibubapa happy.

Nak kata murah sgt tue takdelah. Ada barang memang murah, ada yang sama harga, ada yang mahal. So pepandai korang lah comparekn harga. Berbelanjalah dengan jimat ye! :pge34::pge34::pge34:






Friday, April 10, 2009

Updating from DANAU's New Office!




DANAU is moving to a new building. Cantik tempat dia I tell u. :pge05::pge05::pge05:

So the picture above is my new workplace.

Will story later eh.

Thursday, April 9, 2009

Najib's New Cabinet

Here we go....

The members of his cabinet are:

Muhyiddin Yassin - Deputy PM

Ministers in PMs Department

Koh Tsu Koon - Unity and Performance

Nor Mohamed Yakcob - Economy Planning Unit

Nazri Abdul Aziz - Parliament

Jamil Khir Baharom - Religious Affairs

Finance Ministry

Najib Abdul Razak (1)

Ahmad Husni (2)

Education Ministry

Muhyiddin Yassin

Transport Ministry

Ong Tee Keat

Home Affairs Ministry

Hishammuddin Hussein

Information, Culture, Arts and Communications

Rais Yatim

Energy, Green Technology and Water

Peter Chin

Rural Development

Shafie Apdal

Higher Education

Khaled Nordin

International Trade and Industry

Mustapa Mohamed

Deputy: Mukhriz Mahathir

Tourism

Ng Yen Yen

Agriculture

Noh Omar

Defence

Ahmad Zahid Hamidi

Works

Shaziman Mansur

Health

Liow Tiong Lai

Sports and Youth

Ahmad Shabery Cheek

Human Resources

S Subramaniam

Housing and Local Goverment

Kong Cho Ha

Women, Family and Community Development

Shahrizat Abdul Jalil

Foreign Ministry

Anifah Aman

FT Minister

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Consumer Affairs and Domestic Trade

Ismail Sabri Yaakob


Not appointed:

Azalina Othman (Tourism), Syed Hamid Albar (Home), Muhammad Muhd Taib (Rural Development), Amirsham A Aziz (PM's Department) and Ong Ka Chuan (Housing).

and...........................

KHAIRY JAMALUDDIN. hahahah.... i likeeeeeeeeeeeeee it!


source from:malaysiakini

Wednesday, April 8, 2009

Hik Hok (err..Hip Hop sebenarnye)

Hari tue mase jln2 kat jusco, aku terjumpa cd dance hip hop aerobic. Ok, aku bukan TER jumpa tapi mmg tgh nk carik cd aerobic sbb aku rase lately nie bdn aku mcam dh di pam pam.Aku tak suka aerobic yg count 1.2.3 smpai lapan... lapan lagi tue so dh jumpa cd nie..sampai 2 set aku rembat.muahahah.

Balik rumah,lepas maghrib aku pon ape lagi, dok lah memulakan aerobic hip hop aku tue. Lepas satu jam, berpeluh sey satu badan. Pergh. Nampak sangat dah lame tak bersenam. Semput di buatnye.

2nd day, Ma pon teruja nk join. Hello. Bukanlah join buat hip hop tue tapi ma aku naik treadmill yang dh lame tersadai. hehe. Kiteorg lumba sape yg berpeluh dulu dalam masa setengah jam.Takde keje btul.haha

Hari ke tiga lepas magrib ade cite best, layan punye layan tetiba terigt 'Alamak Ma, hari ni kita belum exercise!' 'Ha ah la. Tapi dah lambat nie. Esok jelah'-jawapan Ma aku. The next morning aku tgk Ma aku yg dh naik treadmill dah. Semangat sungguh Ma aku neh. hehe

So, skang dh jadik rutin. Kalo Ma tak g masjid, Ma join aku bersenam.

Tapikan, semalam, lepas maghrib aku terus tertido sampai pukul 1 pg. Naseb baek tersedar dengar bunyi telefon. Kalo tak sure sampai subuh aku pengsan tido.

Anyone nk join aku nye kelas aerobic?

Thursday, April 2, 2009

Danny Gokey

Semalam menonton American Idol.

Cuma ingin menonton seorang sahaja perserta iaitu......................


Encik Danny Gokey si duda hot.haha.!!!!

Sejak dari audition lagi aku telah jatuh chenta mendengar suara dia. Memula agak biased jugak sebab dia dok cerita yang wife dia baru meninggal a few months back (Nak mintak undi simpatilah tue :pge03::pge03::pge03:). Tapi....bila dia mula menyanyi, suaranya memang sangat sedap sehingga membuatkan Kak Am terngaga. hahaha. So start dari itu memang tak miss tgk AI. Peserta laen pon best jugak tapi aura si Danny mmg laen macam. (aura???!!). Biasenya lepas dia abes nyanyi and after juri komen, akan terus tukar channel laen ataupon g sambung buat keja laen nyanyian peserta laen tak best mcm Danny.hehe

So Danny, I hope u'll be the next American Idol!

Untuk mengundi, taip DANNY dan hantar ke 1-800-mane-ade-lah-ko-percaya-ke?

:pge48::pge48::pge48:

Nice day ahead ppl!


pictureCredit: dannygokeyfansite.com

2 Years and still counting....

ALHAMDULILLAH

Today is my 2nd years at Danau

.Life is wonderful.

Thank you Doc & Puan for hired me!

i.heart.danau

:Onion70::Onion70::Onion70: