Friday, May 8, 2009

Kisah Jumaat

Hari ini hari Jumaat. Sungguh lah cepat masa berlalu. Sebab masa hari Jumaat minggu lepas, aku tengah sibuk ke sana ke mari.

Papgi-pagi lagi dah kena pergi amik cupcakes dekat Padang Temu. (Thanks to Thatcupcakething!)

Fakta pertama: Ini adalah pertama kali aku ke Padang Temu dan tak sesat ye.

Dah dapat cupcakes comey, terus ke Jalan Taming Sari untuk mencari Lorong Kucing 5.

Fakta kedua: Ok, kat sini aku sesat. Tapi sekejap cuma. Berjaya jumpa rumah mum in law K.Linda. Kak, thanks for the baju. Sgt cinta bju itu! :pandacloud_27: Guys, serbu butik kasih! hehe

Semua dapat di setelkan dalam masa 2 jam. 2 jam sahaja ye. Memandangkan jarak dari Jasin-Padang Temu-Jalan Taming Sari bukanlah dekat....


Tiba di rumah, makcik-makcik tengah bertungkus lumus buat itu ini. Aku punye part belom sampai lagi so aku kena kemas bilik depan. Salin cadar, sapu itu, lap sini dan di akhiri dengan mewangikan bilik dengan pewangi dari Lovely Lace yang sangat wangi tapi cepat habes. :pandacloud_20:

Lepas zuhur, maka bermulalah part aku iaitu menyalai ikan sembilang. :pandacloud_21:

Faktor yang penting disini adalah bara api. Sila pastikan bara sentiasa wujud. Tak mahu yang keluar-keluar api tue. Biar ada yang warna merah and asap-asapnya sahaja. Ha..pepandailah nk maintain cam mane kan. Janji ikan siap disalai.

Fakta ketiga: 20kg ikan sembilang ye yang telah selamat di salai dan selamat di jadikan menu utama iaitu: Ikan sembilang masak lemak cili padi campur rebung. lapar

Petang sikit, warga muda-mudi makcik-makcik sebok siapkan hidangan dinner sebab nk sambut orang jauh. :pandacloud_19:. So malam tue menu utama adalah ikan tenggiri masak asam pedas + seput sedut lemak + sayur campur + tak ingat ape lagi.

Fakta ke empat dan terakhir : Nervous yang amat. Naseb baek bleh control. :pandacloud_32:

No comments: