Thursday, May 28, 2009

kami.KL.weddings

Seronok pulak rasenya menulis dalam bentuk point. Sangat straight to the point. (Qawi pernah cakap yang one of my favourite word adalah 'sangat'). *Hello Qawi, dimanakah gambar percutian kita ke Sabah. Kakak mu ini bagai menanti buah tak gugur nak tengok gambar-gambar itu.*

Ok.Tinggalkan cerita Qawi dan gambar bercuti di Sabah.

Minggu lepas, hari Jumaat yang penuh barakah. Abah, ma dan drivernya (aku lah tu drivernya), menuju ke KL.Oh. Sungguh lama tak buat aktiviti kunjung mengunjung KL ni. Kali terakhir pada bulan lepas rasanya. (Kami pernah tau tiap-tiap minggu tau naik KL.hehe)

Sampai dalam pukul 9 malam. Tiada langsung kesesakan lalu lintas. Suka.Sangat.

Hari Sabtu, tiada aktiviti selaen daripada makan-makan dan mengunjungi Lowyat. Kalau pergi Kl, memang menjadi kegemaran Ateh untuk suruh aku belikan barang-barang PC dia di Lowyat. Padehal Ateh dah memang duduk KL. Lagi mau tunggu aku jugak. Tapi takde hal lah sebab aku bleh pas title driver kat orang laen. Kalo tak, sorrylah. hehe....


Lepas pergi Lowyat, masuk Time Square utk survey cita dkt wayang. Sadly tak de cerita best pon. Pergi plak MBO Ampang. Tengok cerita Push. Tak menarik pon cerita ni. Dah macam cite Heroes pulak dibuatnya. Korang tak payah tengok. Pergi beli DVD lagi baik. Lepas tu terus balik rumah.




Hari Ahad adalah hari mari mengunjungi kenduri kahwin. Kenduri pertama adalah kenduri Asmah. Rakan baik yang kenal semasa di Matrikulasi Pulau Pinang. Berseri-seri muka ko, babe! Sangat gembira untuk ko. Masakan sedap, suasana nyaman sebab buat dalam dewan + kat meja bulat untuk 10 orang tue, hanya aku berdua jek yang ada.haha

Balik dari kenduri, lepak dulu kat rumah Ateh. Sesudah Asar, kembali bersiap untuk ke Shah Alam. Kali ni ke kenduri Pijad. Rakan sepermainan di Sekolah Tun Fatimah. Eh. Rakan belajar bersama lah. Rakan sepermainan pulak.


Tapi yang bestnya, its no just a wedding ceremony tapi its turned out menjadi gathering untuk batch 9600. Meriah macam cik kiah lah jugak masa tue. Excited sebab dapat jumpa ngan kengkawan sekolah. Ada tue dah 9 tahun ok tak jumpa. As usual, lepas MC berpantun-pantun menunjukkan majlis tamat, kiteorang pon ape lagi, photo shoot di atas pelamin lah kan.




"Guys buat muka kena denda sebab tak pakai pin tudung!"

or

"Guys buat muka kena denda sebab lambat pergi senaman pagi!"

We laughed out loudly malam tue. I bet sesiapa yang pernah skolah asrama penuh, boleh imagine suasana pada malam tue.. Like Puan Adillah had it too.

Around pukul 11 baru bergerak balik ke Ampang.

To Asmah & Pijad. Congratulations!May the marriage last forever!
ciumpelukciumpeluk

To incik F, thanks for the day.
senyum

1 comment:

Lily.Lulu said...

cantiknya pelamin kat gambar bawah sekali tu

lain dan meriah dan suwit juga
suka suka !!
:D