Tuesday, May 19, 2009

Selamat Hari Guru, cikgu!

Sempena hari guru nie, aku nk cerita tentang guru-guru yang meninggalkan impak maksima masa sekolah dulu.

Sekolah Rendah, (yang ni masa aku bersekolah di SRK Tunku Abdul Rahman Gemas. Darjah 5& 6 jek kat sini).

Cikgu Aminah: Cikgu bahasa melayu yang garang. Tapi Cikgu Aminah punya tulisan kaligrafi dia sangat cantik! Masa darjah lima dapat hadiah buku cerita dari dia sebab aku lah yang paling banyak membaca dalm kelas tue.haha

Cikgu Esah: Cikgu matematik. Sanggup jalan kaki pergi rumah cikgu nie sebab nak tuisyen Maths dengan dia! Cuma 5 orang jek murid tuisyen dia masa tue.

Cikgu Hashim: Tak mengajar aku pon tapi dialah coach untuk volleyball team sekolah aku. Dialah yang membuatkan aku berjaya wakil Negeri Sembilan masa tue. Happy siot.... padahal baru darjah enam masa tue! Dapat pergi MSSM rasa macam dapat pergi London (London?haha)
Fakta yang aku sorok selama ni: Aku merupakan tunas jaya negeri sembilan pada tahun 1996. Masa tue dah masuk STF. Pengetua siap panggil suruh bagi speech masa perhimpunan. Malu sungguh masa tue!hhuhuhu



Sekolah Menengah:
Oh, sekolah tercinta adalah Sekolah Tun Fatimah, Jobor Bahru.......



Form One:


Cikgu Faridah (Cikgu Maths) - Cikgu Kelas untuk 1 Setia. Cikgu ni baik, lemah lembut. Tapi setahun lepas tue dia pindah.

Cikgu Jasmy (Cikgu Sejarah) - Ye. Cikgu ni paling aku ingat sebab sape yang dapat markah teruk dalam subjek sejarah, kena denda sama ada kene berdiri sepanjang masa dia ngajar/berdiri atas kerusi/ diri depan kelas/ berdiri luar kelas. Scary! Aku pernah kena denda tapi tak ingat denda yang mana satu.

Form Two:


Pn.Bijan - Sebab dia cikgu kelas kiteorang.hehe


Form Three:
Ustazah Zarinah - Nie lah ustazah yang paling aku ingat dan paling aku sayanggggggggggg sangat. Kalo exam Sains & Agama jatuh pada hari yang sama, aku rela hafal nota agama dari baca nota sains. Kalo result ujian, sape-sape yang dapat C, kena pilih sama ada join detention class or lari satu tenis court.huhu

Cikgu Jasmy lagi - Sebab dia jugak yang jadik coach untuk volleyball team. Masa nie, for the 1st time ever, STF won the 1st place! Before this semuanya sekolah Cina. huhu. I was chosen to represent JB untuk MSSN tapi cikgu tak bagi sebab nk PMR...huhu.sedey.


Form Four:


Form Four adalah nightmare! For the first time kiteorang tak dipecahkan mengikut set untuk subject english & maths. Menjadikan subject add maths adalah subject yang paling menakutkan. Aku tak pernah lulus subject nie. Kalo lulus pon cukup-cukup makan jek. huhu So aku tak ingat sangat nama-nama cikgu masa nie. Honeymoon year lah konon.haha. Kiteorang pernah kena denda satu sekolah sebab buat dorm party. Denda dia ape tau, berdiri sebelah kaki kat tenis court dari pagi sampai tengah hari kalo tak salah aku. Naseb skolah semua pompuan, so no harm lah. haha



Form Five:

Aku & Pak Yem masa Form Five dinner

Pak Yem! - Pak yem adalah cikgu maths & add maths bagi set 6. Masa form 4, add maths tak pernah lulus kan, haruslah masuk set lasttttt sekali mase naik form five. Tapi aku bersyukur sangat-sangat sebab dapat Pak Yem. Dari markah zero masa form 4, aku boleh score utk SPM lepas dibasuh oleh pak yem. Teaching method dia adalah latih tubi. Waktu prep takde keje laen dah, buat add maths jek. Sampaikan cikgu biologi kiteorg pengsan sebab dalam kelas dia, kiteorang dok buat add maths. So sorry Mrs.Chong! Pak yem punye denda kalo tak siap homework dia adelah berdiri di luar kelas. Malu sey sebab nanti junior nampak.huhu

Pn.Lim - Cikgu Kimia yang jarang marah. Err, sebab class kimia adalah sebelom masa rehat maka classmate aku suke cepatkan jam kat dalam kelas tue. Maka selalulah kiteorg kuar rehat awal.hehe

Pn. Chong - Cikgu Biologi yang pengsan dalam kelas kiteorang sbb stress tgk kiteorg asek buat add maths jek!

Pn. Nik - Cikgu BM yang baek hati.

Ustazah Kamisah - Ustazah yang ajar Pendidikan Islam.

Pn. Nakimah - Cikgu sejarah yang garang.Tapi sebab kegaranagan dialah aku dapat A2 dalam subjek sejarah.

En.Zul - Cikgu Fizik. After add maths, aku suke fizik. Tapi sedey fizik tak score sangat.huhu


Lain-lain cikgu:
Pn. Syarifah Asmak - Cikgu HEM kiteorang. Garang yang tak boleh celen tapi hati baik maaa.



Sir Azharuddin - Sir untuk school's band kiteorang. Kerana dialah yang berjaya menaikkan nama band STF. Sampai ke Indonedia, Australia, Bangkok Sir azhar bawak nama STF band. Sangat rindu band! huhu

Emm rasenye tuelah antara nama-nama cikgu yang mampu aku ingat. Maaflah, mungkin ada nama yang tak tersenarai tapi percayalah bahawa setiap jasa cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku hanya ALLAH yang dapat membalasnya.

Aku hanya mampu berdoa agar mereka ini diberi keberkatan dan kesenangan hidup di dunia dan di akhirat.

Terima kasih cikgu!

2 comments:

Sabrina said...

kalau cikgu2 tu baca blog ni, they would be proud of you today. and diorang akan terharu sbb you still remember their names. =)

hasANah haLim said...

Sabrina,
Hye there.. yups..memang i akan ingat sampai bila-bila... and kadang2 terharu gak coz some of them still remember my name!

thanks for reading my blog ya... =)