Tuesday, July 28, 2009

A (H1N1): Malaysia reports third death ....

Full story: Click here.



Aku berlindung padaMu Ya Allah...

Tuesday, July 21, 2009

Rasa Marah. Rasa Geram.

Semalam petang selamat sampai dari KL. Alhamdulillah, kondisi Abah semakin ok dan check up seterusnya adalah 9 bulan dari sekarang. Malamnya, Abah , Ma,Jazmi(my anak sedara) ke masjid untuk Majlis Iskraj Mikraj. Kepenatan atau lebih tepat kemalasan menjadikan diri hanya mahu bermalas-malas di rumah.

Pukul 9.30 malam, telefon berbunyi.

"Assalammualaikum, Muhammad Jazmi ada?" tanya si pemanggil.
"Maaf. Jazmi ke masjid dengan datuknya. Siapa ni?"
"Saya dari SMKA As-Syakirin. Ni siapa ya yang bercakap?"



Haih.

Sori. Macam-macam yang nak di luah dalam ni tapi otak tak mampu nk berfikir secara rasional.

Jujur, perasaan emosional lebih menguasai diri.

My dear nephew, yang baru Form One, telah di denda ketuk ketampi sebanyak 400 kali. Di ulangi, 400 KALI oleh seorang senior Form Five kerana tidak berpuasa sunat pada hari Khamis.

Sangat marah sampai mengigil.

Menangis.

Kasihan Along...

Subahanallah. 400 kali memang sesuatu yang tidak boleh diterima akal. Apatah lagi untuk Jazmi yang bertubuh kecil itu.

Jangan terkejut kerana kejadian berlaku di sekolah yang dikenali sebagai sebuah SEKOLAH AGAMA.

Rasa mahu terus berjumpa dengan pelajar itu. Mahu dia merasakan apa yang pelajar yang di denda itu rasa.

Baru jadi Ketua Murid sudah bertindak sewenang-wenangnya.

Seorang daripada mangsa terpaksa ke hospital kerana mengalami kecederaan di kaki.

Mujur Along mampu bertahan. Cuma sengal-sengal kaki adunya.

Sedikit pon dia tidak mengadu kepada kami tentang peristiwa itu.

Kami dapat tahu dari guru sekolah yang risau dia tidak pulang-pulang lagi.

Haih...

What should I do??

Thursday, July 16, 2009

Update yang tak terkini sangat.

Lama jugak tak update blog. Malas pon ada. Takde idea pon ada. Tapi aku rasa yang malas tu sumber utama.
Minggu ni pergi KL lagi. Selaen nk bawak kan segala jenis buah untuk Angah, hari Isnin nak bawak Abah pergi checkup dekat HUKM.

Hari Sabtu yang lepas telah berkampung di PSN siapkan kerja. Magic Planet telah hilang magicnya sebab tak bertukar mengikut arahan. Sebab perasaan tak puas hati menguasai diri, maka telah mengangkut PC ke sana. Alhamdulillah, settle jugak akhirnya. Oh. Paginya telah berjogging di Taman Tasik Utama Titiwangsa. Pancittttttttttttt...

Hari Ahad telah ke Bangunan Tabung Haji utk wedding Sha & Irfan. Congratulations to both of u!. Kemudian culik Meklah untuk ke Times Square menonton Transformers. Tak best lah Transformers yang nie. Toooooo long! Meleret-leret. Meklah sampai migrain lah dibuatnya. Sian dia. After movie terus hantar Meklah and terus balik..

Hari Isnin terusssss drive masuk opissss...

Gambar laen hari lah baru update eh.

Wednesday, July 8, 2009

Pelupa

Lately ni aku rasa aku jadi pelupa yang amat. Kelmarin aku lupa kat mana aku letak kunci kereta. Dekat 18 kali aku keluar masuk bilik nak carik kunci tu. Last-last jumpa kat atas kerusi. huhu.

Semalam aku lupa kat mana aku letak spec aku. Kekadang time tgk tv aku dah terlelap. Patu cabut spec terus menonong masuk bilik. Pagi-pagi bangun dah tercari-cari kat mana spec aku. Kalo spec tue macam henpon, dah lama aku buat missed call.

Pagi tadi, aku lupa kat mana aku letak jam aku. Last aku ingat aku bukak jam tu kat opis. Pastu aku lupa aku bawak balik ke tidak jam tu. Carik dah kat rumah tak jumpa. Pergi opis dengan harapan jam tu ada atas meja. Tapi takde pon. Huwaaaaaaaaa. Entah-entah jam tu merajuk ngan aku sebab aku dh plan nk beli jam baru. Cheh. Macam Rizalman plak, dia baru ingat nk beli kamera baru,kamera dia terus ilang. Tapi takpelah sebab ada org dh presentkan dia dgn kamera idaman dia. (Hye Rizalman senyum ) Aku? Anyone nk presentkan dgn jam baru? hehe

Takpelah. Balik nanti aku carik lagi.

Fuh Fuh. Mintak-mintaklah jumpa.

Thursday, July 2, 2009

Ke Negara Singa....grrrr

1. Telah berkunjung ke sana pada hari Jumaat minggu lepas untuk melawat Abang Musa di Singapore General Hospital.

2. Alhamdulillah, the operation went well tapi cuma 8 orang sahaja yang dibenarkan melawat. Ma & kazen yang lain sahaja yang dapat masuk. Me not included in the list. sedih



3. Sebab tak boleh nk melawat, Kak Ton telah membawa kami ke expo...ROBINSONS!*Tak boleh nak sorak suka hati sangat. Slow-slow jek...yay.* Malam dinner makan sup tulang yang tak macam sup tapi sedap...



4. Hari Sabtu, pergi Expo lagi dan Geylang. Kemudian bersama Ummul Azki ke Sim Lim Square mencari high volatge insulation tester. Naseb baek jumpa sebab kedai yang nk di tuju tu dah tutup! Apelah.Adeke tutup kedai pukul 1.30 ptg. (Padehal kedai dia, sukahati dialah nk tutup pukul bapekan...)

5. Dapat tester tue, terus bergegas ke Orchard Road. Kak Ton dan Kak Diba sudah berjanji mahu membawa kami ke Takshimaya.

6. Oh. Orchard Road adalah tempat kenangan! Pernah ke sini bersama Danau Family tahun lepas. (Juga semasa Singapore Sales.)

7. Abg Musa dah boleh makan bubur + minum sikit-sikit. Kak Diba kata Doc removed half of his lung. Agak ngeri mendengarnya.

8. Ahad, bersiap untuk balik. Singgah di Pasir Gudang dan terus ke rumah. Alhamdulillah selamat sampai.

Maaf lah, lama tak update blog ni...

Tak shopping sakan pon....betul.. percayalah! senyumkenyit