Tuesday, July 21, 2009

Rasa Marah. Rasa Geram.

Semalam petang selamat sampai dari KL. Alhamdulillah, kondisi Abah semakin ok dan check up seterusnya adalah 9 bulan dari sekarang. Malamnya, Abah , Ma,Jazmi(my anak sedara) ke masjid untuk Majlis Iskraj Mikraj. Kepenatan atau lebih tepat kemalasan menjadikan diri hanya mahu bermalas-malas di rumah.

Pukul 9.30 malam, telefon berbunyi.

"Assalammualaikum, Muhammad Jazmi ada?" tanya si pemanggil.
"Maaf. Jazmi ke masjid dengan datuknya. Siapa ni?"
"Saya dari SMKA As-Syakirin. Ni siapa ya yang bercakap?"



Haih.

Sori. Macam-macam yang nak di luah dalam ni tapi otak tak mampu nk berfikir secara rasional.

Jujur, perasaan emosional lebih menguasai diri.

My dear nephew, yang baru Form One, telah di denda ketuk ketampi sebanyak 400 kali. Di ulangi, 400 KALI oleh seorang senior Form Five kerana tidak berpuasa sunat pada hari Khamis.

Sangat marah sampai mengigil.

Menangis.

Kasihan Along...

Subahanallah. 400 kali memang sesuatu yang tidak boleh diterima akal. Apatah lagi untuk Jazmi yang bertubuh kecil itu.

Jangan terkejut kerana kejadian berlaku di sekolah yang dikenali sebagai sebuah SEKOLAH AGAMA.

Rasa mahu terus berjumpa dengan pelajar itu. Mahu dia merasakan apa yang pelajar yang di denda itu rasa.

Baru jadi Ketua Murid sudah bertindak sewenang-wenangnya.

Seorang daripada mangsa terpaksa ke hospital kerana mengalami kecederaan di kaki.

Mujur Along mampu bertahan. Cuma sengal-sengal kaki adunya.

Sedikit pon dia tidak mengadu kepada kami tentang peristiwa itu.

Kami dapat tahu dari guru sekolah yang risau dia tidak pulang-pulang lagi.

Haih...

What should I do??

6 comments:

Adillah A Nordin said...

Ramai betul bullies in schools la.. You should meet the boy & tell him off!!

derqdnl said...

mcm siyal je la budak tuh. gila. marahnya

aNoi said...

Puan,

He is in Form Five. If I meet him sure kena gulai dengan I....
My sister wants to report the case to the Jabatan but tgk dulu what is the punishment the school give to the boy...kalo tak berbaloi, mmg buat agaknya..

Ederq,
Sangka bagus kan budak tue. huhu

dakfeez said...

patut la ms blk tgk muka jazmi letih je..org pon mrh.puasa sunat tglkan x dosa. manusia plak pandai2 hukum.tak munasabah denda die .kang report kat berita harian,harian metro x pon TV3. br tau.

Anonymous said...

sis..akak bengangler dgr kisah2 mcm ni.baru form5 ngalahkan senior U.pe ke hal pulak xpose sunat khamis kene ketuk ketampi sampai 400x??kalau 10x tu kire ok ler..ni pose sunat,bkn wajib.mcm bagus jek bdk ni!sis,bende ni kene bgtau jabatan.bgtau sek bkn denda ape sgt pun.i tau coz i keje kat tmpt bdk belajar.diaorg lg mau sorokkan benda2 mcm ni.

hasANah haLim said...

Dak Feez,

Itulah pasal..nama pon puasa sunat, bukan puasa masa bulan Ramadhan.. btw, sekolah dah kenakan tindakan...tapi macam tak berbaloi jek...ada one of the parents dah buat police report coz anak dia injured teruk..


Anonymous,
My anak sedara jek yang kena 400 kali. Ada students mintak kurang 200 kali tapi diaorang siap kena buat pusing helicopter + pusing yang tangan cecah lantai berapa ratus kali entah. Kesian betul dengar. Sampai diaorang pening nak muntah-muntah buat benda tue. Ikut hati memang nak bagi tahu jabatan tapi tue lah kesiankan dekat cikgu2. Kejadian berlaku masa warden asrama tengah sebok uruskan student perempuan yang kena histeria. Yang si senior ni apa lagi. Amik kesempatan lah. Tapi yang tak puas hatinya, student ni dah kena sebab ada kes pasal video lucah. Tak tau lah kenapa diaorang tak nak buang student ni. Kesian kot sebab dah nk SPM..huhu

btw,
Thanks Anon for reading my blog..tinggalkan lah your blog address ya..