Tuesday, August 25, 2009

Puasa & Gemok

Semalam, telah berkerjasama dengan Ateh membuat mee hun sup and bergedel! Yuuummmyyyyy....

Well, yours truly menjadi tukang membentuk & mengoreng bergedel tersebut di samping kerja-kerja sampingan yang laen. of course lah tak leh jadik tukang rasa air kan...

Lepas berbuka dan solat maghrib, bersiap-siap pula untuk bertarawikh. Niat di hati nk pakai telekung baru. Tapi macam ketat sikit kat bahagian muka. Teruslah mengadu manja kat Ma.

"Ma, nak telekung laen."
"Kenapa dengan telekung tu? Kan telekung baru".
"Nie ha. Bawah dagu ni ketat sikit." sambil dok tarik-tarik supaya telekung fit dengan muka. Masa ni Ma pon dok tolong betul-betulkan jugak. Masih gagal untuk berasa selesa.
"Pergilah amik dalam almari. Dah gemok la tu"

Aaaaaaa?

Adeh. Puasa tinggal lagi 26 hari. Sempat lagi kan nak kurus. kan kan?

Friday, August 21, 2009

Selamat daang Ramadhan

Selamat Menjalani Ibadah Puasa semua
semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya
semoga peroleh pahala yang berganda supaya dapat menghapus dosa
semoga kita berjaya menghadapi cabaran di bulan yang mulia ini
mohon maaf
luar dan dalam
andai ada perkara yang mengusik rasa di jiwa

Thursday, August 13, 2009

Saket Perut

Semalam telah dinner dengan super banyak cili padi yang telah mendatangkan efek pada hari ini.

Saket woOOooOoo perut ni..

Tapi masa makan tak ingat lah kan.

Ni resepi ulik.

Tumbuk cilipadi ngan garam sikit then makan dgn nasi panas-panas.

Pastu malam tak leh tidur sebab perut tak selesa. Rasa dalam perut tengah berpusing-pusing.

Padan muka dekat diri sendiri. huhu

Appendiks dah kena buang pon still tak sedar-sedar diri lagi.

^___^

Monday, August 10, 2009

A gift from Akak Manis

Semalam setelah selesai menjadi bibik selama setengah hari, maka ma telah memberi keizinan untuk keluar merambu-ramba. Makasih ya buk..

Dari minggu lepas lagi dah plan dgn akak manis ni nk jumpa sebab dia plan nk bercuti kat sini. So after solat asar, terus pantas ke Mahkota Century Hotel.

Sampi kat hotel dalam pukul 5.45 pm. Tak lama lepas tue, akak manis pon turun bersama familynya. Ni kali pertama kiteorang berjumpa tapi dok layan borak macam dah kenal bertahun-tahun. Dah nak balik, akak manis bgi present! Haihs. Malu jek sebab datang dgn tangan kosong.huhu

Seblom pulang, singgah dulu solat dekat MP and layan air gemok. Nak tau ape air gemok, tanye shiedah_ichi.hehe

Oh. Inilah hadiah dari akak manis....mmg sgt manissssssss......

Thanks a lot kak! Nanti kita jumpa lagi ye......~~

Tuesday, August 4, 2009

Ahem

Oklah. Mari terus menuju ke perpuluahan:as described by Shidah (Sebenarnya: Straight to the point.hehe)

1. Jari hantu terbakar. Kejadian berlaku semasa sedang enak masak-memasak di dapur. Masak kari daging gitu. Ahem. Sekali masa nk transfer daging yang direbus ke dalam periuk, mari asap keluar berkepul-kepul melintasi jari hantu. Oh. Apa lagi. Mengelembung jadinya. Tapi sekarang gelembung tu dah pecah dan dalam fasa pemulihan kulit baru nak kuar.huhu

2. Hari Jumaat telah membuat terapi yang BERJAYA! Jangan tanya saya beli apa.Ahem...

3. Hari Ahad telah ke Seremban menghadiri kenduri kahwin membawa ibubapa.

4. Baju raya saya dah siap. As usual lah kan, kalo dari Butik Kaseh, memang kebabomm de vass gitu. Ahem...

5. Dah. Nanti saya update lagi.