Thursday, September 17, 2009

Tuesday, September 15, 2009

Kueh Raya Saye

Minggu ni terasa kemeriahannya sebab Along, Ateh & Abang ada kat rumah. Biasa aku sensorang jek ngan Ma & Abah, So this week dapatlah bermalas-malas bermanja-manja sket ngan dia orang.

Seperti yang di jadulkan, minggu ni merupakan minggu membuat kueh raya secara besar-besaran. Jumaat malam, agenda pertama adala 'menopping' almond london. Akulah tue yang kena buat. Ada assistant pon kejap jek dah cabut lari. :pge21::pge21::pge21:



Sabtu pagi, lepas jek Subuh terus pergi pasar ngan Ma sebab nak beli bahan-bahan buat Mee Hoon sup. Aku jadik addicted lah ngan mee hoon sup neh. Agaknya sebab bergedel yang aku buat tue sedap kot. Haha. [[Sila jangan muntah]]. :pge36::pge36::pge36:

Balik dari pasar aku sambung tdo kejap sebab penat topping almond london tak habes lagi. Dua balang hokeh menyiapkan so kena charge baliklah kan tenaga ni. Kang takde tenaga nk buat kueh kang sape nk jawap?lalalla :pge36::pge36::pge36:

Bangun tidur, mandi-mandi, wangi-wangi terus menuju ke medan perang dapur. Oh. Mereka sedang membuat keperek ikan bilis rupanya. Ateh tukang uli, Abang & wife nya tukang gulung. Kueh kerepek ikan bilis ni adalah sangat leceh i tell u. Nak kena uli, nak kena gulung, simpan dalam freezer bagi sejuk, di potong-potong nipis kemudia baruuuu goreng. Tapi sebab kueh nie sedap and menjadi kegemaran abang aku yang sorang ni, Ateh buatkan jugak. Aku tolong gak. Tolong tengok. muahahahah :pge44::pge44::pge44:

So tugas aku buat biskut telur rebus ataupon nama inggerisnya butter cookies. Ada ENAM adunan yang aku kena siapkan. ENAM ya. Tapi pagi tue aku buat dua adunan jek lah dulu.

Ok. Ma aku pesan suruh letak resepi dia dalam internet. So ni aku menurut perintahlah ni. Korang boleh cuba. Nak jual pon boleh..


Bahan-bahan untuk satu adunan:
6 biji telur rebus - Ambil kuningnya sahaja
1 cawan gula castor
1 tin golden butter churn
Tepung gandum secukupnya [Nak biskut best, sila jemur tepung atau goreng pon boleh jugak]


Cara-cara:


Pukul 6 biji kuning telur rebus tadi bersama 1 cawan gula custor sampai kembang. Sila gunakan sudip kayu ya. Guna sudu pon boleh jugak. [[Akulah tue yang guna sudu sebelum kena marah dengan Ma.huhu]] Jangan guna mixer! Nanti biskut tak sedap.




Agak-agak dah kembang, masukkan satu tin golden butter churn. Pukul lagi dan lagi sampai kembang gak.



Kemudian, masukkan tepun gandum secukupnya sampai lah adunan tue jadik macam doh.



Dah siap terap, sapukan kuning telur di atas kueh tersebut dan taburkan gula kasar.

Bakar!

Inilah hasilnya....

Oh. Ini adunan yang terakhir. Sebab hati berbunga riang so terap guna bentuk love love. :pge39::pge39::pge39:

Adunan yang laen terap guna yang betuk bulat macam cincin.hehe

Sekian sahaja edisi kueh raya saya bersama Chef Anoi. Bertemu lagi di tahun hadapan di laen masa. Byeeeee

Monday, September 7, 2009

Kueh Gulung & Padprik

Memandangkan tinggal dua minggu sahaja sebelum Syawal menjelma, maka hari minggu yang lepas Ma telah mengarahkan kadetnya yang tinggal seorang ni buat kueh raya.

Last posting dah bagitau kan plan nya.

So acara mengepit dan menggulung kueh bermula sesudah Zuhur. Habis lebey kurang 3 jam selepas tu. Korang kira lah sendiri pukul brapa habis nya ek. Nak patah gak rasa bahu ni.

1 adunan = 3 jam.
2 adunan? = kira lah sendiri

Setelah di kepit, masukkan dalam minyak panas membara.
Agak-agak dah kuning, angkat dan toskan minyak tue sekejap sebelum digulung.


Final product hari Sabtu = 2 botol lebey jek.
Total production hari Sabtu & Ahad = 7 botol. (Hari Ahad buat 2 adunan.huhuhu)


Dah habis buat kueh tue, teringin plak nak makan padprik. Tak penah umur pon masak padprik tapi sebab awal-awal dah carik resepi so mari mencoba. The result...... success! Liiiiiciiiinnn...... hehe



Oh. Kami ada ahli baru dalam rumah. Presenting Oven Jetpejuang cook. Maen order through phone jek and Cino tue terus hantar kat rumah. Tak rasmi pon lagi sebab Ma kata nak tunggu hari Sabtu ni baru nk buat perasmian. Baiklah Ma.....


Nampaknya lepas ni boleh lah buat perusahaan butter cookies Hj Halim.hehe.

Friday, September 4, 2009

Hari bertopeng..

Hari ni pergi keja kena pakai mask. Langkah berjaga-jaga perlu di ambil sebab malam tadi batuk + sakit tekak yang amat. Mungkin berjangkit dari Ma. Dua tiga hari ni Ma memang tak beberapa sihat. Muntah-muntah dan tak ada selera makan. Kesian Ma. Dah suruh rehat dulu kat rumah tapi Ma tetap nk pergi tadarus. Tapi semalam, alhamdulillah Ma nampak sihat sikit dan yang best Ma dapat khatam dua kali. [Jangan tanya anak dia khatam bape kali.huhu]



So, masa rehat tadi pergi Mydin untuk beli bahan-bahan nak buat kueh kapit. Esok aktiviti utama adalah membuat kueh kapit. Cara buat kueh ni paling mencabar fizikal dan mental.

Dulu-dulu, zaman masa muda remaja, tahan jugak nak buat kueh ni. Siap boleh jual depan rumah lagi. Tapi sejak-sejak dah nak transform ke remaja dewasa, rasa cam malas-malas gitu nk buat kueh ni. Korang gugel lah ek nk tgk cara-cara buat. Rasanya tahun lepas dah ada entry ni.

Tahun ni butter cookies kena buat extra sebab ada orang tu awal-awal dah tempah. hehe

Korang dah start buat kueh raya?

Wednesday, September 2, 2009

Baju Raya Yang Satu.. satu jek? ish ish ish.

Malam tadi ada sedkit hormon rajin yang melampau. Sedang khusyuk tengok CSI, tiba-tiba rasa mahu jahit manik di baju raya. The only baju raya.:pge40::pge40:

Actually, baju tu butik kaseh dah siap letak manik tapi terasa mahu menokok tambah di bahagian kaki baju.

Materials nye pula adalah pearl dari Sabah. Ha...kompius kah? Rantai mutiara kepunyaan ateh ni telah di kerjakan oleh anak-anak buahku sampai putus dibuatnya. Dah putus pun diaorang dok main lagi. So, untuk menyelamatkannya baiklah ia digunakan pada jalan yang berfaedah. [Ateh, ko jangan marah aku ek. Kalo ko nak suruh aku ganti, nanti aku pegi Sabah lagi aku belikan untuk ko!.hehe]


Bermulalah aktiviti jahit-menjahit. Ala jahit senang jek.Ek? Senang lah konon. Nak menyiapkan 4 kuntum bunga pon makan masa entah brapa jam. Sampai Ma dah bising suruh masuk tidur takut tak bangun sahur.

Oh. Lately ni saya telah menjadi Chef utama di rumah. Ahemm... untuk berbuka & bersahur, Ma & Abah hanya duduk makan jek. So far, oklah.. feedback yang diterima memberangsangkan dari pakar-pakar tersebut. :pge60::pge60: Tiada keracunan makan yang berlaku. :pge05::pge05:

Korang punye baju tahun ni berapa pasang? Selamat berbuka puasa! [hoi.lambat lagi lah!]