Friday, September 4, 2009

Hari bertopeng..

Hari ni pergi keja kena pakai mask. Langkah berjaga-jaga perlu di ambil sebab malam tadi batuk + sakit tekak yang amat. Mungkin berjangkit dari Ma. Dua tiga hari ni Ma memang tak beberapa sihat. Muntah-muntah dan tak ada selera makan. Kesian Ma. Dah suruh rehat dulu kat rumah tapi Ma tetap nk pergi tadarus. Tapi semalam, alhamdulillah Ma nampak sihat sikit dan yang best Ma dapat khatam dua kali. [Jangan tanya anak dia khatam bape kali.huhu]



So, masa rehat tadi pergi Mydin untuk beli bahan-bahan nak buat kueh kapit. Esok aktiviti utama adalah membuat kueh kapit. Cara buat kueh ni paling mencabar fizikal dan mental.

Dulu-dulu, zaman masa muda remaja, tahan jugak nak buat kueh ni. Siap boleh jual depan rumah lagi. Tapi sejak-sejak dah nak transform ke remaja dewasa, rasa cam malas-malas gitu nk buat kueh ni. Korang gugel lah ek nk tgk cara-cara buat. Rasanya tahun lepas dah ada entry ni.

Tahun ni butter cookies kena buat extra sebab ada orang tu awal-awal dah tempah. hehe

Korang dah start buat kueh raya?

1 comment:

Nadiela said...

nad udah stat beli kuih raye tok mkn time berbuke. heheh ;P