Tuesday, September 15, 2009

Kueh Raya Saye

Minggu ni terasa kemeriahannya sebab Along, Ateh & Abang ada kat rumah. Biasa aku sensorang jek ngan Ma & Abah, So this week dapatlah bermalas-malas bermanja-manja sket ngan dia orang.

Seperti yang di jadulkan, minggu ni merupakan minggu membuat kueh raya secara besar-besaran. Jumaat malam, agenda pertama adala 'menopping' almond london. Akulah tue yang kena buat. Ada assistant pon kejap jek dah cabut lari. :pge21::pge21::pge21:



Sabtu pagi, lepas jek Subuh terus pergi pasar ngan Ma sebab nak beli bahan-bahan buat Mee Hoon sup. Aku jadik addicted lah ngan mee hoon sup neh. Agaknya sebab bergedel yang aku buat tue sedap kot. Haha. [[Sila jangan muntah]]. :pge36::pge36::pge36:

Balik dari pasar aku sambung tdo kejap sebab penat topping almond london tak habes lagi. Dua balang hokeh menyiapkan so kena charge baliklah kan tenaga ni. Kang takde tenaga nk buat kueh kang sape nk jawap?lalalla :pge36::pge36::pge36:

Bangun tidur, mandi-mandi, wangi-wangi terus menuju ke medan perang dapur. Oh. Mereka sedang membuat keperek ikan bilis rupanya. Ateh tukang uli, Abang & wife nya tukang gulung. Kueh kerepek ikan bilis ni adalah sangat leceh i tell u. Nak kena uli, nak kena gulung, simpan dalam freezer bagi sejuk, di potong-potong nipis kemudia baruuuu goreng. Tapi sebab kueh nie sedap and menjadi kegemaran abang aku yang sorang ni, Ateh buatkan jugak. Aku tolong gak. Tolong tengok. muahahahah :pge44::pge44::pge44:

So tugas aku buat biskut telur rebus ataupon nama inggerisnya butter cookies. Ada ENAM adunan yang aku kena siapkan. ENAM ya. Tapi pagi tue aku buat dua adunan jek lah dulu.

Ok. Ma aku pesan suruh letak resepi dia dalam internet. So ni aku menurut perintahlah ni. Korang boleh cuba. Nak jual pon boleh..


Bahan-bahan untuk satu adunan:
6 biji telur rebus - Ambil kuningnya sahaja
1 cawan gula castor
1 tin golden butter churn
Tepung gandum secukupnya [Nak biskut best, sila jemur tepung atau goreng pon boleh jugak]


Cara-cara:


Pukul 6 biji kuning telur rebus tadi bersama 1 cawan gula custor sampai kembang. Sila gunakan sudip kayu ya. Guna sudu pon boleh jugak. [[Akulah tue yang guna sudu sebelum kena marah dengan Ma.huhu]] Jangan guna mixer! Nanti biskut tak sedap.




Agak-agak dah kembang, masukkan satu tin golden butter churn. Pukul lagi dan lagi sampai kembang gak.



Kemudian, masukkan tepun gandum secukupnya sampai lah adunan tue jadik macam doh.



Dah siap terap, sapukan kuning telur di atas kueh tersebut dan taburkan gula kasar.

Bakar!

Inilah hasilnya....

Oh. Ini adunan yang terakhir. Sebab hati berbunga riang so terap guna bentuk love love. :pge39::pge39::pge39:

Adunan yang laen terap guna yang betuk bulat macam cincin.hehe

Sekian sahaja edisi kueh raya saya bersama Chef Anoi. Bertemu lagi di tahun hadapan di laen masa. Byeeeee

5 comments:

derqdnl said...

gila rajen kau ni. hebatttt! dan byk tenaga kerja. beshnya.
and ni first time aku dengar recipe biskut guna telur rebus. hihi

omey83 said...

aku pun kompius...guna telur rebus betul2 ke..dasyat la ko ni..

aNoi said...

Derq,
Have to menjadi rajin sebab tema tahun ni sapa nk makan kueh raya kegemaran kena buat masing-masing punya.hehe. Aku buat byk2 sbb nk bg akak2 ngan abang aku.
Best lah biskut nie. Tuelah rahsia butter cookies.hehe

Omey,
La... betul-betul lah. Nanti kalo g kenduri kawen jgn buang telur tue, buat butter cookies. hehe

derqdnl said...

yeke bg adik bradik je niiii
encik abang? hihi

derqdnl said...

yeke bg adik bradik je niiii
encik abang? hihi