Monday, November 30, 2009

Akhirnya....

Tadi pergi kedai sebab nak carik CD tapi telah termasuk dan terbelanja di Stygix. Kononlah terbelanja kan padehal sebelom tue dah singgah dulu kat Pak Rimau. Memang plan lama dah nak beli akhirnya dapat jugak........:pge39::pge39::pge39:



Gambar sebenar lupa nak snap sebab dah gerammmm susah sangat nk bukak kotak dia.huhu

Apa-apa pon meter kegembiraan telah meningkat ke 80% :pge60::pge60::pge60:

Thursday, November 26, 2009

Selamat Menjalani Ibadah Qurban

Buat pembaca life in mONo
(ahahah.macam ramai lah sangat yang baca blog nehhhh)

Selamat Hari Raya Aidil Adha
&
Selamat menyembelih lembu & kambing
&
Sila lah jaga kesihatan
&
Jangan belasah sup gear box banyak-banyak sangat
&
Berhati-hati semasa memandu ke kampung

xoxoxoxoxoxox

Tuesday, November 24, 2009

Hujung Minggu Yang Luar Biasa.

1. Angah & family balik dari Penang and sampai rumah around pukul 1 pagi. Tujuan utama balik ke kampung sebab Amirul lulus the wirting test and kena pergi untuk second stage di KYS. Amirul kena stay 4 hari 3 malam kat sana. Kalo dapat (Tolong doakan supaya dapat ehhh..) bulan 12 Angah akan balik lagi maka akan selaluuuulahhh angah balik ke kg. [Macam dekatlah kan Penang ngan kg tue??!]

2. Jumaat malam, Ma tanya: "Esok sarapan nak makan apa?". Aku pon jawap "Nasik lemak bukit jelah. Beli sepuloh". Ma kata orang tue tak jual sebab sekolah dah cuti. Ek?Kecewa. Makcik nasik lemak bukit ni cuti jugak kenapa?huhu. Kemudian tanpa sedar mulut ni pegi cakap " Goreng mee je lah Ma". Ma dengan muka bersinar-sinar pon kata "Ok. Esok kau masak. Nanti lepas kuliah subuh esok Ma pegi pasar beli mee". Aku dok sengih-sengih jek sambil gelak-kompem-takkan-aku-yang masak-plak..haha.

3. Tapiiiiii sesudah subuh tue, bila menuju ke dapur, dah perasan yang Ma dah tolong rendamkan daging + udang. Oh. Biar benar ibu ku ini. Aku nk buat pengakuan ye bahawa aku tak pernah masak sebarang jenis mee kecuali mee maggi. Bila memikirkan yang Ma aku serius suruh masak maka badan rasa nk demam.haha

4. Sebab tak nak jadik anak derhaka lah kan, aku prepare dulu bahan-bahan nya. Seblom ni memang tue lah tugas aku, tukang sedia bahan jek. Tukang masak pulak kalo tak Ma, ALong. Kalo tak Along, Ateh. Aku tak termasuk dalam senarai.

5. Bali dari pasar Ma dengan muka ceria passkan segala jenis barang dapur. "Kau masak sekali untuk tengah hari kang eh".Ek?

6. Ma tolong siang daging pastu aku dok lah terkedek-kedek bukak bawang sume dengan harapan Ma yang akan masak mee goreng tue. Tapiiiii toksah lah nk bermimpi. Dah siap siang daging, Ma terus pass baton kat aku. Adeh..

7. Maka dengan gaya ingat-ingat lupa macam mana Ateh masak mee goreng, aku pon belasah je lah masak...the result....SUCCCESSSSS WITH FLYING COLOURS! haha. Macam baru dapat 5A plak rase.

8.Tengah hari tue ingat nak masak padprik jek tapi tukar plak ke sambal ayam + sayur campur. Oh. Yang ni piece of cake jek...miahahhaha...

9. Along pon balik jugak sebab Nurin dapat interview utk masuk ke TKC. Hoh. Apsal skang neh maen interview jek? Seb baik time aku dulu takde.hehe

10. Syukur takde sape yang kena diarrhea!

Thursday, November 19, 2009

CONGRATULATIONS WARRIORS!

My two warriors got 5A's for their UPSR!

happy.happy.happy.




Oh. Did I promised anything to u guys?

Monday, November 16, 2009

Hujung minggu buat apa?


1. Hujung minggu aku akan bangun lambat. Ye aku admit aku akan bangun lambat kalau hari Sabtu/ Ahad/ cuti. Bukan tak pernah cuba bangun awal. Dah cuba tapi masih lagi gagal. Nampaknya memerlukan usaha yang berterusan untuk mencapai matlamat.haha.

2. Walaupun aku bangun lambat tapi aku akan pastikan kerja rumah yang sepatutnya akan aku siapakn jugak. Ala biasalah orang pompuan kan. Dari kemas rumah, mop lantai, basuh baju, sidai baju, basuh pinggan dan memasak kalau rajin. Hujung minggu biasanya parents akan keluar ke kenduri itu-ini. Kalau tak, biasa Mak lah yang masak.hehe. So ikut mood lah...kalau rajin, aku masak. Kalau malas pon, aku masak gak...masak meggi.

3. Tapi masa aku buat keja rumah, aku selalu ter-distract dengan satu benda iaitu-suratkhabar. Kalau hari Sabtu ambil masa sekejap je lah nk abeskan baca suratkhabar. Tapi kalau suratkhabar hari Ahad...haa... Abah aku sanggup tak kuarkan suratkhabar tue dari kereta sebab takut kerja aku tak siap-siap.

4. Aku telah jumpa satu kedai yang jual DVD murah. Padahal dah lama jumpa kedai tue tapi tak pernah lah pulak aku buat aktiviti membeli DVD besar-besaran. So untuk minggu lepas jek aku dah beli 5 dvd. Hari Sabtu beli lagi 3. Supaya tidak nampak aku seperti seorang yang pemalas walupun hakiktanya adalah BENAR, aku akan menggosok baju melayu abah aku sambil tengok DVD. DVD yang 2 jam, baju melayu yang tergosok cuma 5 pasang. haha.

5. Abah aku tak suka kalau dia nk pergi solat, baju melayu dia tak bergosok. So aku kena pandai-pandai budget satu hari nk gosok berapa helai supaya synchronized dengan DVD yang aku nak tengok.

6. Kat rumah dah ada seekor kucing. Aku panggil dia Ah Cheng. Nak ikutkan kucing tu betina. Tapi aku macam tak boleh blah dengan nam Snow White [Along aku yang bagi nama tu]. So aku tukar kepada Ah Cheng. Sebelum tidur, aku kena make sure Ah Cheng di masukkan ke dalam sangkar sebelum sebarang perkara tidak di ingini berlaku kembali.

7. Gambar kat atas gamba lauk masa kenduri masa raya dulu.

8. Ok entry takde kena mengena dengan tajuk.

9. Majlis bersurai

Monday, November 9, 2009

Happy Birthday Ichi!



Miss Rashidah Rashed,

Hapyy 24th birthday!

May every sunshine brings you closer to your dreams!!

XOXOXOX


Friday, November 6, 2009

Go For It!

Hari tu sudah menanam tekad untuk meng-update blog hari-hari. Tapi hari tu. Bila dah terlupa, vitamin M terus berfungsi sepenuhnya.

Tapi sebab hari ni waktu rehat yang panjang tetapi tak keluar ke mana-mana, [Minggu lepas telah keluar dan duet pon melayang-layang dengan jayanya.huhu] vitamin R pula mengambil alih vitamin M.

Minggu ini adalah minggu bersenam. Hari Selasa, Rabu & Khamis telag berjogging selepas waktu kerja.

Pancittttttttttttt! Sangat lah tidak fit. Baru satu round dah macam tak cukup oksigen untuk paru-paru pam.

Tapi usaha harus di gigihkan bagi memastikan matlamat tercapai.

You want it, go for it![Ok, ni lah motto kehidupan aku. ^^ ]

Ichi juga telah turut serta dalam aktiviti berlari-lari anak ini.

Matlamat untuk jangka pendek pula iaitu hari ini adalah untuk menyiapkan kerja berikut:

Buat kerja ni rasa seperti main game tetris. Ok tak tau kenapa pilih game tetris. Rasa gerammmmmmm kalau dah cuba 18 kali tapi tak dapat juga apa yang di ingin kan. Gerammm...grrrrrrrr.

Esok sudah hari minggu!

Vitamin R, silalahhhhh berfungsi dengan baik pada hujung minggu ini ya...

Selamat berhujung minggu semua!

Monday, November 2, 2009

Hujung Minggu yang Gembira

Maaflah. Terlalu lama tak menulis rasanya. Niat tu ada tapi entahlah bila jari mula menaip, baru dua tiga ayat terus klik pada tanda X di penjuru kanan. Sebab kadang-kadang nak meluahkan rasa marah, rasa tak puas hati, rasa benci dalam blog ni.[Ya Allah, banyaknya rasa yang tak baik itu! Shuh shuh!]. Tapi bila memikirkan mungkin ada hati yang berasa kecil hati jika membacanya maka sebab itulah rasanya tak perlu. Biarlah life in mono ini di hiasai dengan cerita-cerita gembira sahaja hendaknya!

Hari kegembiraan bermula pada hari Jumaat apabila bungkusan yang di tunggu-tunggu selamat sampai akhirnya. Alhamdulillah. Rasa gembira sampai tersenyum sampai telinga. [Ok.Tipu.Mulut saya tak boleh sampai telinga pon.Menakutkan lah kalau boleh sampai ke telinga!]

Inilah kotak bungkusan yang di tunggu-tunggu


Malamnya, kami sekeluarga bergerak ke rumah Ateh untuk menghabiskan cuti hujung minggu. Kali ini Abang yang bawa kami semua. Itu pun kena tunggu hujan teduh dahulu baru kami memulakan perjalanan. Tak apelah. Bergerak lambat pon tak apa. Janji dapat tengok Nur Kasih.hehe

Konon mahu berjogging membakar lemak pada hari Sabtu tapi hujan turun tanpa henti pula. Maka aktiviti diteruskan di atas katil sahaja. haha. Malam seblomnya telah stay up sampai pukul 4.00 pagi. Seronok pula tidur lambat ni. Dah lama tak buat.hehe

Petang, kami sekeluarga ke Plaza GM untuk jalan-jalan cuci mata. Tak menariklah tempat nie. Eh tapi ada satu benda yang menarik. Kereta kena naik lif untuk ke parking. Menarik! Betul tak tipu. Tapi tak menarik sebab tersangkut lama semasa menunggu giliran.huhu

Makan malam di telah di taja oleh Abang Ipar saya yang murah rezeki. Semoga Allah muraaaahhhhkan lagi rezeki kepada abang ipar saya ni. Bayangkan, seekor ikan siakap masak stim ini hanya di makan oleh saya dan kakak ipar saya sahaja! Entah mimpi apa lah abang ipar saya ni sampai order 3 ekor ikan ini untuk kami yang hanya 8 orang. Semuaaaa licin. Lapar dan ikan ini sangat yummy!

Ikan siakap masak stim yang sangatlah sedap!!


Tomyam yang kurang mendapat sambutan.hehe

Hari Ahad, saya telah membawa kakak ipar saya dan the three warriors ke Taman Tasik Titiwangsa. Wah ada senam robik yang menarik! Teringin mahu turut serta tapi malulah. Akhirnya cuma melakukan aktiviti mengukur jalan sementara tunggu the warriors puas bermain di taman.

Mereka menari sambil bersenamrobik!


Sampai di rumah, terus bersiap untuk keluar berama-ramai sekali lagi. Kali ini ke Jalan TAR. Konon mahu cari keperluan apa yang patut tapi tiada yang menarik hati lagi kecuali sehelai tshirt yang cantik yang berharga RM8! Rugi pulak rasa hanya beli sehelai sahaja. Tapi dah pesan kepada Ateh untuk beli lagi kalau dia ke situ.hehe

Itu abang saya yang sedang mendukung anaknya yang sedang tidur. Bapa mithali kan?hehe


Petang selepas asar, kami ke Pesta Go Mobile. Cemburu lah dengan abang saya yang beli iPhone 3gs tu. Cemburu sungguh!huh

Malamnya, kami semua berangkat pulang.

Seronok lah cuti hujung minggu kali ni. Sebab dapat keluar bersama keluarga dan dia pon turut sama ada.hehe

Oh, pesanan penaja: Selamat Berjaya ditemuduga oleh Fujitsu. Manalah tahu kalau ada rezeki, boleh lah dapat satu laptop Fujitsu kan kan kan? hehe