Friday, November 6, 2009

Go For It!

Hari tu sudah menanam tekad untuk meng-update blog hari-hari. Tapi hari tu. Bila dah terlupa, vitamin M terus berfungsi sepenuhnya.

Tapi sebab hari ni waktu rehat yang panjang tetapi tak keluar ke mana-mana, [Minggu lepas telah keluar dan duet pon melayang-layang dengan jayanya.huhu] vitamin R pula mengambil alih vitamin M.

Minggu ini adalah minggu bersenam. Hari Selasa, Rabu & Khamis telag berjogging selepas waktu kerja.

Pancittttttttttttt! Sangat lah tidak fit. Baru satu round dah macam tak cukup oksigen untuk paru-paru pam.

Tapi usaha harus di gigihkan bagi memastikan matlamat tercapai.

You want it, go for it![Ok, ni lah motto kehidupan aku. ^^ ]

Ichi juga telah turut serta dalam aktiviti berlari-lari anak ini.

Matlamat untuk jangka pendek pula iaitu hari ini adalah untuk menyiapkan kerja berikut:

Buat kerja ni rasa seperti main game tetris. Ok tak tau kenapa pilih game tetris. Rasa gerammmmmmm kalau dah cuba 18 kali tapi tak dapat juga apa yang di ingin kan. Gerammm...grrrrrrrr.

Esok sudah hari minggu!

Vitamin R, silalahhhhh berfungsi dengan baik pada hujung minggu ini ya...

Selamat berhujung minggu semua!

2 comments:

amiza said...

senah, vitamin M memang susah untuk dihapuskan..bila dah dtg susah dia nak pergi..

aNoi said...

Miza,

Itulah pasal....senang datang tapi susahhhh mau suruh pulang...hehe