Monday, November 16, 2009

Hujung minggu buat apa?


1. Hujung minggu aku akan bangun lambat. Ye aku admit aku akan bangun lambat kalau hari Sabtu/ Ahad/ cuti. Bukan tak pernah cuba bangun awal. Dah cuba tapi masih lagi gagal. Nampaknya memerlukan usaha yang berterusan untuk mencapai matlamat.haha.

2. Walaupun aku bangun lambat tapi aku akan pastikan kerja rumah yang sepatutnya akan aku siapakn jugak. Ala biasalah orang pompuan kan. Dari kemas rumah, mop lantai, basuh baju, sidai baju, basuh pinggan dan memasak kalau rajin. Hujung minggu biasanya parents akan keluar ke kenduri itu-ini. Kalau tak, biasa Mak lah yang masak.hehe. So ikut mood lah...kalau rajin, aku masak. Kalau malas pon, aku masak gak...masak meggi.

3. Tapi masa aku buat keja rumah, aku selalu ter-distract dengan satu benda iaitu-suratkhabar. Kalau hari Sabtu ambil masa sekejap je lah nk abeskan baca suratkhabar. Tapi kalau suratkhabar hari Ahad...haa... Abah aku sanggup tak kuarkan suratkhabar tue dari kereta sebab takut kerja aku tak siap-siap.

4. Aku telah jumpa satu kedai yang jual DVD murah. Padahal dah lama jumpa kedai tue tapi tak pernah lah pulak aku buat aktiviti membeli DVD besar-besaran. So untuk minggu lepas jek aku dah beli 5 dvd. Hari Sabtu beli lagi 3. Supaya tidak nampak aku seperti seorang yang pemalas walupun hakiktanya adalah BENAR, aku akan menggosok baju melayu abah aku sambil tengok DVD. DVD yang 2 jam, baju melayu yang tergosok cuma 5 pasang. haha.

5. Abah aku tak suka kalau dia nk pergi solat, baju melayu dia tak bergosok. So aku kena pandai-pandai budget satu hari nk gosok berapa helai supaya synchronized dengan DVD yang aku nak tengok.

6. Kat rumah dah ada seekor kucing. Aku panggil dia Ah Cheng. Nak ikutkan kucing tu betina. Tapi aku macam tak boleh blah dengan nam Snow White [Along aku yang bagi nama tu]. So aku tukar kepada Ah Cheng. Sebelum tidur, aku kena make sure Ah Cheng di masukkan ke dalam sangkar sebelum sebarang perkara tidak di ingini berlaku kembali.

7. Gambar kat atas gamba lauk masa kenduri masa raya dulu.

8. Ok entry takde kena mengena dengan tajuk.

9. Majlis bersurai

1 comment:

Ichi said...

Haih! Masak maggi???
Bukan ke dah nak kawen? Cukup2la mencoba masakan orang2 yang mcam saya ni..hehe...

p.s: lain kali kalo nak masak sedap2, ajak saya la. nti saya tolong makankan ok! [^.^]