Friday, January 22, 2010

Tayar Kereta Baru

Tayar kereta aku memang dah lama menagih simpati untuk di tukar. Aku mula-mula rasa tak perlu lagi tetapi lepas dengar istighfar dari Abang Long, Abang & Ateh aku, aku rasa dah jatuh hukum wajib kena ganti.

So balik dari kerja semalam aku pun singgah satu kedai tayar ni. Agak-agak dah setuju utk tayar jenis Falken ZE912, aku pon suruh cina tue tukar. Tukar bahagian depan jek memandangkan tayar belakang masih lagi gagah perkasa.



Sambil pekerja cina tue dok tukar tayar, cina tue jadi rajin plak tolong polishkan side pintu yang bercalar. Okeh. Haritue aku langgar van. $^&$^%#%)**^&*%^&. Kereta aku dah bertambah comot. Benci.





Tunggu gaji bulan ni plak untuk hantar maintenance.

Haih..

Ni yang membuatkan aku tetiba nk pergi keja naek motor balik. Mcm dulu-dulu...

2 comments:

Ichi said...

Jom, kite xpyhla naik keta pegi keje..akak naik moto..saya ngan azi naik bas.. amacam? jimat sikit..hehe

aNoi said...

Ichi,
Okeh. mari kita berjimat cermat. hehe