Wednesday, March 31, 2010

Entry secara pukal: oh.Bali! [Hari ke 2, 3 & Hari Terakhir]

Hari ke 2:
1. Tourist Guide kami bernama Himat(ke Hikmah?) Pertemuan. Unik bukan?

2. Destinasi utama adelah Gunung Berapi di Kintamani. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam.
3. Berhenti di beberapa tempat sebelum berjaya menuju ke puncak gunung!


4. Cuaca nyaman sejuk & mendamaikan.

5. Makan secara buffet di Restoran Kintamani. Selepas makan dan sedang menuju ke surau sudah terdengar jeritan "Ibu,beli bu.. murah2 ni bu." .. "Ibu mari pilih bu". Oh. Mamarazi sudah bersiap sedia untuk menyerang kami!

6. Betul pun! Dah macam artis diserbu oleh penjual-penjual kat situ. Dan berjln kepit-kepit ngan Omot sbb takut. hehe. Dah masuk dalam van pon dia himpit jugak.. last-last belilah segugus keychain & pensel yang berapa belas batang tue = 50k rupiah. Adelah dalam RM18. Murah!

7. Destinasi seterusnya adalah di kawasan tanaman padi yang cantik di Ubud. Wah masa ni Cik Puan kami telah menggunakan skill nya memborong barang-barang ukiran kayu yg cantik! Go!Go! Go! Buy! Buy! Buy!


8. Singgah sebentar di tempat masyrakat Bali beribadat. Kawasan di jaga bersih & cantik.

9. Pasar Ubud! Oh. Kenapalah penjual di sini garang-garang? Huhu. Garang dan kasar. Kalau tak nak beli, korang jangan lah cuba-cuba pegang2, belek-belek dan tanya harga berapa satu. Kalau tak beli memang penjual yg bermulut manis akan tiba-tiba bertukar menjadi raksasa biru. OK.tipu.ngehehe


10. Aktiviti terakhir adalah menonton Tarian Kechak! Sgt cool lah persembahan mereka.

Hari ke 3:
1. Aktivi bershopping di Pasar Denpasar. Korang boleh membeli kat sini.

2. Go go go ! Buy buy buy! Memang kami bershopping secara gigih lah! Banyak sungguh yang dapat di beli.
3. Sangat berbaloi berbanding Pasar Ubud.


4. Petang kami mandi laut lagi.


5. Malamnya telah ke spa. Bali massage + lulur + manicure selama dua jam setengah: 320k rupiah. Berbaloi!

Hari ke 4:
1. Bersiap untuk pulang!
2. Berkesempatan menghabiskan sisa-sia rupiah terakhir di kedai-kedai tepi jalan.hehe


3. Selamat mendarat di KLIA pada pukul 3.45ptg.


4. Malaysia tetap di hati!

TERIMA KASIH
yang sangat banyak untuk:

Doc Zaharim & Puan Adilah & their fantastic four!
&
Shidah,Hajar, Azi, Azim & Tony

Semoga tahun hadapan kita berpeluang untuk bercuti bersama lagi.. ^____^

Monday, March 29, 2010

The Preparations

73 days to go. My oh my.. how time flies..

Here are my preparations so far..

The Nikah form: NOT DONE YET!huhu

Nikah outfit: Sent to the tailor.

Mak Andam - Done! Hope the dress maker will not go wrong with my theme colour. It's ROYAL-YELLOW. Not soft-yellow, gold-yellow or whatever yellow. I want a ROYAL YELLOW. Yes dear reader, my wedding theme is ROYAL YELLOW.

Photographer- Done! Do visit http://www.samrais.fotopages.com. Hope the outcome is superb!

Goody bag:
For VIP & Groom side - 50% Done. Bought the bags, flowers + cute hand fan but still can't decide one more item to add on.
For the guest - 50% Done.

The bedroom set: Still survey.

The house decor: 50% Done! Curtain by my mum. Thank you mum! love u very the much! hehe

The Hantaran : DONE!

The Hantaran Decor: Not yet.

Gamelan & Caklempong group: Booked!

Canopy: Booked!

The Chef: Booked!I didnt use a catering service. Everything will be cooked at my home..yummy yummy..

Well.. hope the plan will run smoothly~~~



Thursday, March 25, 2010

oh.Bali![Hari Pertama]

Tahun ni rezeki Danau ke BALI! Alhamdulillah.. ^^

Pukul 5 pagi kami telah berkumpul di Danau Kaseh. Ahli rombongan adalah seramai 12 orang dan telah selamat tiba di KLIA lebih kurang pukul 6.30 pagi. Selesai check in dan uruskan semua perkara, pesawah MH 751 telah membawa terbang ke angkasa. ewah.

Perjalanan mengambil masa selama 2 jam setengah. Dalam flight memang sangat ramai tourist yang bermata biru. Kalau yang warna lain tak berapa pasti pulak ramai ke tak. Aktiviti utama semasa di dalam penerbangan dalah tidur... tidur dan tidur lagi. Bangun bila dikejutkan untuk makan.


Hampir pukul 12tgh, kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Denpasar Bali.Shuttle telah bersiap sedia membaw ake ke Winna Holiday Villa Kuta. Hotel ni hotel halal. So tak perlu risau tentang makanannya. Sodap pon sodap. Siapa yang ada J CARD, ada special rate lagi kalau nk stay dkt hotel ni.


Selesai dapat kunci dan kemas apa yang patut ahli rombongan bergegas membuat lawatan muhibah ke sekitar Bandar Kuta. Cuaca adalah sangat panassssssss. Sila lah bawa sun block + topi yang besar kalau mahu berjalan-jalan ye. Kedai pertama yang kami singgah adalah kedai DVD. Sekeping DVD=10K(RM3.70). Beli 10 keping percuma 4 keping. TV series lah yang paling banyak. Glee, Ugly Betty, Desperate Housewives, Gossip Girl semua ada. You name you'll get it. Ok tipu. Cite Lie to me takde.huhu


Kemudian kami berjalan lagi ke pasar-pasar di Kuta. Mood untuk membeli belum ada lagi tapi dapat jugaklah kami si gadis ber empat merembat topi pelangi yang cantik berwarna-warni. Si manis Adlina turut dipengaruhi membeli. Maka jadilah kami The Rainbow Girl. Awesome bukan?



Pulang dari cubaan membakar lemak, Tony memberi idea untuk melihat sunset. Wah. Sunset di Bali kedengaran menarik. Tetapi ape yang berlaku : aktiviti melihat sunset telah bertukar menjadi aktiviti bermandi-manda bersuka-ria. Nasib baik ombak ini bukan 'ombak jahat'. Seronok!


Malamnya menikmati makan malam di cafe, berjalan-jalan di Legian Street dan kembali ke hotel menyambung mimpi.

Tunggu cerita hari kedua ye!

Tuesday, March 23, 2010

Tag from Cik Belle




1. Thank & link the person that gave you the award.
Thank you Cik Belle for this lovely award. Walopon kite tak pernah bersua muka tapi ape ade hal kan kalo kite kawan?



2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
1. My kawan-sampai-mati: Ina
2. Her writings that always inspired me!: Puan Adillah
3. Same goes to her! Love to read her blog : Sist Marliza Radzi
4. Si cantik Ederq
5. Omey yg cute
6. Cik Ichi dengan simfoninya!hehe
7. oMOt yg comel (ala...blog telah di privasi kan)
9. Afzan yang akan bersalin tak lame lagi.Semoga di permudahkan..
10. Nazifah. My partner to celebrate Hari Raya at Ipoh next year!hehe
11. Hot mama Aida..
12. Hot mama Wani
14. Lea!
15. Tim!


3. State 7 things about yourself.
1. Love to travel (Wish to do it more and more and more soon! huhu)
2. Youngest in the family
3. Fat and so lazy to exercise
4. Addicted to TV series (Heroes especially)
5. Her room is her most favourite place
6. Getting married in 79 days
7. ....and the preparation is still not so much done yet. haha


Ok. Done.. do yours now.. =)

Monday, March 22, 2010

Back from hiatus ..

Anybody miss me?
*wink*

I owe u guys a posting about:


1. Beautiful Blogger Award & Tag from Cik Belle






2. Program Alami @ Planetarium Negara






and......






3. An awesomeeeee trip@ B A L I!


Stay tune! Miss u guys!

xoxoxo

Wednesday, March 10, 2010

oh.Jakarta: Hari Ketiga.Last day. T___T

Sorrylah sebab tertangguh lama cerita Jakarta ni. ^^

So hari terakhir kami bermula agak lambat sikit sebab malam tue dah keletihan packing barang. Gilllller berat hokehhhhhhhh beg tu. Risau kot-kot berg terlebih berat.huhu

semalam order

hari ni collect.hehe


Lepas mandi + makan, jalan kaki lagi pergi Tanah Abang. Kali ni jumpa makcik yang jual bunga chatek. Sehari sebelum tue dah order siap-siap nak bunga ape, warna ape kat mak cik tue. Sampai jek, kira balik cukup ke tak, bayar duet dan challo. Last round kat Tanah Abang, menghabiskan sisa-sisa rupiah yang ada.
Pukul 12 dah checkout. Naik cab terus ke airport. Flight kiteorg pukul 6 (pukul 7 waktu Malaysia) tapi kol 3 dah ade kat situ.huhu Sampai terus check in. Hati berdebar. Takut dengan berat beg. Tapi..ting..49kg! Alhamdulillah sebab kiteorg beli luggage utk 50kg. Soooo selamatttttttttt.....


Lepak dan lepak dan lepak sampai bosan,akhirnya pukul 5.20 boarding. Tapi sebab hujan yang tiba-tiba turun dengan lebatnya, pukul 7 mlm baru lah flight terbang.


Dalam flight memang lapar sungguh! Memula makan nasik ayam. Pastu order lagi spaghetti meat ball. Maybe sebab sejuk kot. Sebab tue perut lapar. Kesian perut. Err.. sejuk lah pulak yang di persalahkan.hehe
Alhamdulillah. Pukul 10 lebih kami selamat mendarat. Kiteorg jalan dengan laju tak pandang kastam sebab takut kena tahan.haha.

Tiba-tiba, Meklah kata dia nak ngidam ice blended coffe bean maka kiteorg pon menuju lah ke coffe bean.

Sedang dok sebok pilih-pilih nak minum apa, tiba-tiba ada orang menyapa dari belakang.


"HAPPY BIRTHDAY!"

Ek? Kek dan.....dia?
Ohoo...rupernya cinta hati gue telah berkomplot sama Meklah ye. Pandai korang plan eh. Konon jauh lagi lah. Blom sampai lagi lah. Ropanya sudah siap dengan kek.hehe
Flattered.ngehh

Lepak2 lagi sambil makan kek kemudian hantar Meklah pulang dan terus pulang ke rumah Ateh.

Maka berakhirlah percutian bajet kami. =). Total tiket flight + hotel + cab + makan minum = RM300 lebey shj. Bajet kan? Ni tak termasuk shopping. So kalau pergi nak jalan-jalan pon best jugak...

As for myself, this trip means a lot to me...but the best part was when I can celebrate my birtday with my dear friend & fiance. Last birthday celebration as a single. ahem

Thank you so much. Korang memang sweet. Tahun depan buat lagi eh! haha

Friday, March 5, 2010

Oh.Jakarta: Hari Kedua

Sesudah subuh & sesudah mengenyangkan perut. Kiteorg jalan kaki ke Tanah Abang. Kedai-kedai tepi jalan jek dah membuatkan hati berdegup kencang. Semua murah-murah! Tanah Abang ade dua block ye. Block lama, Block F. Block baru ada aircond yang lagi selesa is Block A. Belum sempat sampai Block A, kiri-kanan tangan dah penuh dengan beg plastik..hehe




Belikan jubah untuk bondaku. Sungguh lah murah sebab dekat Jln TAR jubah yang sama ni harganya RM110. Kat sini baru RM40.*nanges!* . Meklah beli dress putih yang chantek juga.


Pastu kiteorg fokus terus masuk Block A. Misi utama adalah membeli kain telekung. Meklah nak jadik saudagar kain telekung maka dia berkampung dekat kedai Gunung Sago neh. Sesambil Meklah dok beli aku jejalan sorang-sorang dulu kat Tanah Abang. Belikan telekung yang kakak2 aku kirim dekat kedai suci murni. Kedai ni putih cantik jek. Maybe sebab lighting dia kot. Mahal gak telekung sulam camni. 275k rupiah = RM100+




Since Meklah lom abes pilih lagi, so sambung jenjalan carik kain untuk buat seluar abah plak. Jumpa yang berkenan + cantik + harga best. Beli lah sepasang. Patu pergi plak survey harga kain batik. Ma sebenarnya kirim kain batik berpuluh-puluh helai. Jumpa satu kedai ni yang elok kain batiknya dalam RM9 lah sehelai. SMS kat ateh tanya Ma nk beli ke tak. Tak lama lepas tue Ateh reply kata tak payah beli. Maka sebab tak payah beli duet tue telah membeli telekung2 laen + baju2 yang laen.

Tapii............

Lepas kiteorg lunch, ateh SMS soh beli kain batik tue dua dozen. Ah sudah. Rupiah memang tak cukop. huhu. G mana ni?

Siap lah suruh Ateh & sms kat sume org tanye cane nk kuarkan duet dri ATM. Lawak plak rase. hehe

Akhirnya masa tgh dok berjalan dari satu atm ke satu atm jumpalah ATM OCBC yang ada simbol BANKCARD.

Dengan doa & harapan..HOOORAY!!!! Duet dapat dikeluarkan. Bergegas kembali ke kedai tue and beli 30 pasang. Pergh.. beratttt giller!





Pastu jalan-jalan carik baju kebaya untuk bride-maids . Silalah beli di kedai ini kerana design cantik2 and boleh bayar dalam RM! haha

On the way nak balik tue nampaklah satu tempat yang jual bunga cantik-cantik. Order dulu apa yang nak and esok baru collect.

Stay tune utk hari terakhir kami di sana ya!

Wednesday, March 3, 2010

Oh.Jakarta:Special Order

Haritue adelah a dua orang bloggers yang kirim untuk tolong belikan barang-barang diaorang.

Memula saspen gak takut tak jumpa/tak menepati citarasa korang..

Tapi harap-harapnya korang suka lah ye...


Bunga rozet ini di kirim oleh Cik Belle . Cik Belle, harapnya you suka....



Baju yang aku rasa cantik ni, aku belikan untuk cik Dewi yang gorgeous mcm Nicole PSD..Cik Dewi, harap you suka.. insyallah esok I postkan...

Monday, March 1, 2010

Oh.Jakarta:Hari Pertama

Perjalan bermula di petang Khamis yang hening menuju ke KL. Malam tue sempat pow Abg aku makan ikan stim masak lemon yang sedap menjilat gigi..ok sedapnya.ngapngapngap. Then terus shoot ke Kl sentral untuk pick up partner in crime ku, Meklah.

Hari Jumaat sesudah subuh, Cinta Hati yang baek hati telah sudi menghantar dua cewek manis ke LCCT. Sekarang ni air asia dah buat polisi baru ( tak tau lah dah lama/baru tapi dulu takde plak cm ni), untuk yang ke Indonesia diaorang bukak satu area untuk check in kaunter. Tak kira lah korang pergi mana & pukul brape flight koraang kat situ lah yang korang kena check in nanti. So pandai-pandai lah bajet masa eh. Dekat sini dah macam kat Pudu masa hari raya.
Dah boarding, bergegas pulak carik money changer sebab nk tukar ke rupiah. Mahal gak lah. 1juta = RM390 .. =.="
Tepat pukul 10am, flight QZ7691 selamat berlepas dan selamat tiba di Soekarno Hatta International Airport pukul 12tgh. Since di Indoensia lambat sejam maka waktu disana baru pukul 11pg. Konon save satu jam lah.hehe

Keluar dari airpsrt ade sorang bapak ni dok approached suruh naik teksi dia. Aku tanya berapa kalau nak ke N1 Hotel, dia caj 270k. Helllooo.... giler lah mahal. So sorry naik lorilah bapak, walopon ini baru kali pertama kami kesini tapi ilmu kami penuh di dada tau...chewahhh...
Disarankan kepada anda semua, makcik2, pakcik, tue kakak yang tengah dok kerut2 dahi tue, kalau naik naik teksi di sana, ambillah teksi yang cap BLUE BIRD. Teksi warna biru, pemandu nya pakai kemeja ade burung ala-ala mcm burung twitter tue. Teksi yang boleh dipercayai dan ikut meter. Perjalanan mengambil masa antara 30 minit-45 minit dan caj yang kiteorang kena hari tue adalah Rupiah 100k = RM37 (Mengikut kadar 1juta =RM373)

Check in di HOTEL N1. Selesa lah untuk takat buat tido. Kalau korang berhajat nk feeling2 tido hotel mewah, sila pilih hotel laen ye.hehe.
Lepas jek check in dan melepaskan lelah seminit dua, kami pon bergegas ke Pasar Jatinegara. As usual, teksi blue bird menjadi pilihan. Korang boleh suruh cewek receptionist tue panggilkan teksi. Tapi masa menunggu agak lama jugaklah dalam 10-15 minit. Jarak perjalanan ke Pasar Jatinegara adalah selama setengah jam kalao tak macet. Kalo macet dari 45 minit hingga ke satu jam jugaklah.

Tujuan utama sebab nk beli souvenier goody bag! Kat sini memang macam pasar borong. Harga semua harga borong. Macam2 souvenier pelik2 ada kat sini. Lepas survey2, akhirnya berkenan dekat kedai Etnik Souvenier.



Selaen souvenier, macam-macam lagi lah yang ada. Pasar ni lebey kurang macam Tanah Abang tapi lebeh sebok. Waktu tutup 4-5 pm. Dah berjalan-jalan, berkenan pulak dengan kedai yang jual baju perantin yang chantek2. Beli 2 pasang. Satu yg Dewi pesan, yang lagi satu belum sure sape punye.. hehe..

Oh. On the way balik tue kiteorg sesat..hehehe....tunggu next entry lah eh...