Wednesday, March 31, 2010

Entry secara pukal: oh.Bali! [Hari ke 2, 3 & Hari Terakhir]

Hari ke 2:
1. Tourist Guide kami bernama Himat(ke Hikmah?) Pertemuan. Unik bukan?

2. Destinasi utama adelah Gunung Berapi di Kintamani. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam.
3. Berhenti di beberapa tempat sebelum berjaya menuju ke puncak gunung!


4. Cuaca nyaman sejuk & mendamaikan.

5. Makan secara buffet di Restoran Kintamani. Selepas makan dan sedang menuju ke surau sudah terdengar jeritan "Ibu,beli bu.. murah2 ni bu." .. "Ibu mari pilih bu". Oh. Mamarazi sudah bersiap sedia untuk menyerang kami!

6. Betul pun! Dah macam artis diserbu oleh penjual-penjual kat situ. Dan berjln kepit-kepit ngan Omot sbb takut. hehe. Dah masuk dalam van pon dia himpit jugak.. last-last belilah segugus keychain & pensel yang berapa belas batang tue = 50k rupiah. Adelah dalam RM18. Murah!

7. Destinasi seterusnya adalah di kawasan tanaman padi yang cantik di Ubud. Wah masa ni Cik Puan kami telah menggunakan skill nya memborong barang-barang ukiran kayu yg cantik! Go!Go! Go! Buy! Buy! Buy!


8. Singgah sebentar di tempat masyrakat Bali beribadat. Kawasan di jaga bersih & cantik.

9. Pasar Ubud! Oh. Kenapalah penjual di sini garang-garang? Huhu. Garang dan kasar. Kalau tak nak beli, korang jangan lah cuba-cuba pegang2, belek-belek dan tanya harga berapa satu. Kalau tak beli memang penjual yg bermulut manis akan tiba-tiba bertukar menjadi raksasa biru. OK.tipu.ngehehe


10. Aktiviti terakhir adalah menonton Tarian Kechak! Sgt cool lah persembahan mereka.

Hari ke 3:
1. Aktivi bershopping di Pasar Denpasar. Korang boleh membeli kat sini.

2. Go go go ! Buy buy buy! Memang kami bershopping secara gigih lah! Banyak sungguh yang dapat di beli.
3. Sangat berbaloi berbanding Pasar Ubud.


4. Petang kami mandi laut lagi.


5. Malamnya telah ke spa. Bali massage + lulur + manicure selama dua jam setengah: 320k rupiah. Berbaloi!

Hari ke 4:
1. Bersiap untuk pulang!
2. Berkesempatan menghabiskan sisa-sia rupiah terakhir di kedai-kedai tepi jalan.hehe


3. Selamat mendarat di KLIA pada pukul 3.45ptg.


4. Malaysia tetap di hati!

TERIMA KASIH
yang sangat banyak untuk:

Doc Zaharim & Puan Adilah & their fantastic four!
&
Shidah,Hajar, Azi, Azim & Tony

Semoga tahun hadapan kita berpeluang untuk bercuti bersama lagi.. ^____^

3 comments:

Ichi said...

bagus skali buk. entry secara pukal!
hehe

Adillah A Nordin said...

Seronok bershopping di Bali.. Sampai last day pun sempat lari kejap beli selipar :)

aNoi said...

Ichi,
Haha... buy one free 4!

Puan,
Itulah.. selipar tue ramai yang minat! hehe