Thursday, March 25, 2010

oh.Bali![Hari Pertama]

Tahun ni rezeki Danau ke BALI! Alhamdulillah.. ^^

Pukul 5 pagi kami telah berkumpul di Danau Kaseh. Ahli rombongan adalah seramai 12 orang dan telah selamat tiba di KLIA lebih kurang pukul 6.30 pagi. Selesai check in dan uruskan semua perkara, pesawah MH 751 telah membawa terbang ke angkasa. ewah.

Perjalanan mengambil masa selama 2 jam setengah. Dalam flight memang sangat ramai tourist yang bermata biru. Kalau yang warna lain tak berapa pasti pulak ramai ke tak. Aktiviti utama semasa di dalam penerbangan dalah tidur... tidur dan tidur lagi. Bangun bila dikejutkan untuk makan.


Hampir pukul 12tgh, kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Denpasar Bali.Shuttle telah bersiap sedia membaw ake ke Winna Holiday Villa Kuta. Hotel ni hotel halal. So tak perlu risau tentang makanannya. Sodap pon sodap. Siapa yang ada J CARD, ada special rate lagi kalau nk stay dkt hotel ni.


Selesai dapat kunci dan kemas apa yang patut ahli rombongan bergegas membuat lawatan muhibah ke sekitar Bandar Kuta. Cuaca adalah sangat panassssssss. Sila lah bawa sun block + topi yang besar kalau mahu berjalan-jalan ye. Kedai pertama yang kami singgah adalah kedai DVD. Sekeping DVD=10K(RM3.70). Beli 10 keping percuma 4 keping. TV series lah yang paling banyak. Glee, Ugly Betty, Desperate Housewives, Gossip Girl semua ada. You name you'll get it. Ok tipu. Cite Lie to me takde.huhu


Kemudian kami berjalan lagi ke pasar-pasar di Kuta. Mood untuk membeli belum ada lagi tapi dapat jugaklah kami si gadis ber empat merembat topi pelangi yang cantik berwarna-warni. Si manis Adlina turut dipengaruhi membeli. Maka jadilah kami The Rainbow Girl. Awesome bukan?



Pulang dari cubaan membakar lemak, Tony memberi idea untuk melihat sunset. Wah. Sunset di Bali kedengaran menarik. Tetapi ape yang berlaku : aktiviti melihat sunset telah bertukar menjadi aktiviti bermandi-manda bersuka-ria. Nasib baik ombak ini bukan 'ombak jahat'. Seronok!


Malamnya menikmati makan malam di cafe, berjalan-jalan di Legian Street dan kembali ke hotel menyambung mimpi.

Tunggu cerita hari kedua ye!

2 comments:

ederq said...

comelnyaaaa pakai topi rainbowww hehe

aNoi said...

aku ke yg comel derq? hahahahaha