Friday, April 30, 2010

Kad Kawen yang tabah

Tajuk macam tak boleh blah. Tapi tuelah hakikatnya nak menyiapkan kad kawen yang satu ini memerlukan tahap ketabahan yang maksima.

Kad ni beli tahun lepas masa bercoti-coti di Bandung. Tak ingat dah berapa harganya tapi below 50 sen kalo tak salah.
Dengan keyakinan hati bahawa dekat Malaysia boleh jumpa envelope & boleh buat printing sendiri, maka tanpa segan silu terus beli 1000 keping.

So agak lama lah jugak kad ni terperam. Sampailah bulan dua hari tue baru terhegeh-hegeh cari envelope & carik tempat printing.

Sekali kau.....amik, envelope ni bukan termausk standard size yang boleh jumpa kat kedai buku ataupun kat Mydin. Mulalah rasa cuak kan. Suggest kat Ma kata ikat reben je lah. Tak yah guna envelope. Tapi Ma kata kalau nk post untuk orang jauh cam mane? Maka bergegas lah email kesana-kemari. Sampai supplier envelope pon aku email tau sbb nk tanya ada ke tak size ni. T___T

Tapi satu hari tue telah terjumpa blog ni:

http://kadkahwinstore.blogspot.com

Wah... kad yg macam aku pon dia ada jual lah. Harapan setinggi gunung semoga envelope pon dia ada jual.

Terus sms andddddddd sukaaaaaaa sebab kompem dia ada envelope tue.

Rupanya pemilik blog ini adalah Cik Nad dari Ole-Ole Manis.

Thank you NAD! You save my day! hehe

Kebetulan ke KL haritue maka berjumpalah dengan Cik Nad. Meeting point dekat RnR Kinrara. Punye lah jauh kan. Tak kesah sebab hal envelope dah settel! Siap buat lagi satu rubber stamp sebab nk cop cop atas envelope.

Selesai envelope, bahagian dalam kad ni pulak ramai yang tak mahu print sbb takut bunga-bunga tue putus. Adeh.....cobaan betul lah.

Tapi alhamdulillah..lastly jumpa satu kedai ni dekat ngan area2 opis yang sanggup print. Nama kedai tue EKO PRINTING. Tokei kedai nama Ah Boon. Baek hati woo uncle ni walopon hari-hari terpaksa ngadap muka aku sebab aku hari-hari pergi kedai dia nk tengok progress macam mana.

Setlah berpenat lelah...ini lah hasilnya:




Maka rakan taulan sekalian, silalah emailkan alamat korang kepada aku supaya aku dapat poskan kad kawen yang tabah ini kepada korang...

Selamat Hari Jumaat!

Thursday, April 29, 2010

G L E E !


Malam ini mahu layan GLEE!

Masa kat Bali dah beli DVD sampai Episod 13.

Sekarang sudah ada Episod 14, 15 & 16!

Puan Adillah, sila jangan jeles ye. heheh ^^

Wednesday, April 28, 2010

THE INAI!

My cousins & aunt safely arrived from Mekah. Alhamdulillah the Umrah went well..wish that my turn will come soon.. :)

She bought me this purposely for me to use it during my W-Day...


.... i loikeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee it very much!!! Thank you Kak Enon!!

So I did this to my three fingers:


After one hour:

I need to touch up since there's an area that missed. It turned to bright orange! Love it! ^^

Friday, April 23, 2010

Update selepas seminggu.

Sungguh lah lama aku tak update blog. Genap 7 hari dari entry yang terakhir. Maaf blog sebab kurang memberi kasih sayang kepada ko. Aku harap ko tak merajuk.

Last entry adalah Random Hari Jumaat. Masa tu aku kat KL. Bercoti-coti dengan ibubapa kat rumah kakak aku. Abah ada appoinment dgn doktor dekat HUKM hari Khamis & Senin. So kenalah amik coti. Aku bangga sebab aku dah terer tau jalan nk pegi HUKM. Tak payah pakai GPS pon aku dah boleh sampai. hahaha.[Gelak berlagak]

Jumaat tue memang terperap kat rumah tak buat apa. Aku main piano, ma kat aku buat bising jek. [Ok-ok. Aku tak terer main.hehe] Last-last ngadap PC jelah sampai kematu punggung.Tapi malam tue Umul belanja tgk wayang...I loikeeee... kami tengok cerita Clash Of The Titans. Eh ada pagasus lah! Hahah.Boleh plak lagu pegasus dari kem alami bermain-main dalam kepala otak masa tue. Budak Danau mesti tau! ^^

Hari Sabtu adalah hari Partyyyyy Buihhhhhhhhhh! Oh. Gile ape nk buat party buih. Ada yang kena sebat ngan Hj Halim kang. Actullay dah janji nk jumpa ngan Ina & Huda. Geng Amandari. Lame oooo tak jumpa mereka. Rindu macam nak mati. Tapi yang sedeynya Huda kena bekerja la pulak. Naseb baek masih dapat jumpa ptg tue.

Pergi naik komuter yang hazab %&%*%^*$%#^%#$%#%$. Sesak + busok + harkop. Sume ade. Dengan mat bangla + mat nepal. ewwwwwwwwwwwww... takkan naek dah komuter! Dah lah tunggu lama. Gerabak penoh. Nak tak nak terpaksa gak bersesak.huhu.

Janji pukul 11pg ngan Ina. Pukul 11.30 bru terhegeh-hegeh sampai. Tempat pertama aktiviti ini adalah!


Best wooo Red Box The Gardens... Ina nyanyi lagu Korea & Jepun. Aku macam dah tak duduk kat Malaysia dah. Babe, kalo ko masok AF9. Aku sure AFUNDI ko banyak kali! hehe

Pas menyumbangkan suara, lepak2 gossip kat sini plak..



Yummeeeyyyyhhhhhhhh. Say NO to DIET! muahahhaha

Pastuuuu aktiviti diteruskan dengan menonton Shutter Island dkt GSC Midvalley..

Agak thrill ceritanya dan agak memeberatkan kepala.. Sesiapa yang minat Leo Di Caprio, boleh lah menonton.

Majlis berakhit akhir di sini...


Cik Huda belanjaaaa! Mekaseh sayang! hehe.. borak dan borak sampai lebam pastu baru lah say goodbye.

To Ina & Huda.. thanks for your time ya! Sgt seronok sampai mahu ulang 18 kali lagi.. cepat pegi tempah baju. Korang aku dah lantik jadik pengapit aku.. hehe.

Kawan.sampai.mati!

Friday, April 16, 2010

Random hari Jumaat

1. Aku cuti hari ni.

2. Semalam pon aku cuti.

3. Hari Isnin ni pon aku cuti lagi.

4. Semalam dah bawa abah pergi HUKM untuk amik darah & X ray.

5. Hari Isnin ni lagi sekali bawak pergi HUKm utk jumpaa dokter.

6. Ma tengah gigih jahit langsir/kelambu untuk katil bertiang empat aku nanti.

7. Tapi katil belum beli pon lagi.

8. Kat MITC ade pameran perabot. Siapa yang pergi, sila surveykan katil bertiang 4 aku boleh tak? hehe

9. Banyak lagi yg belom settle. Kad Kawen + Bunga pahar + gedik2 bag maseh lagi tak tahu nk bagi ape.

10. Oklah. Cukoplah sepuluh. Selamat berhujung minggu! muahx

Monday, April 12, 2010

T O L O N G!


Saya sedang mencari sampul surat atau dalam bahasa inggerisnya ENVELOPE
bersaiz

5 inci X 10 inci

jumlah yang diperlukan: 1050 keping

Maka, sesiapa yang tahu dekat mana/ kedai apa/

, sila tinggalkan komen atau email kn kpd:

anoihalim@gmail.com

Pertolongan anda amatlah saya hargai!

Friday, April 9, 2010

Hobi yang satu ini.

Selaen hobi mengemas rumah, memasak dan menjahit. Aku ada lagi satu hobi baru iaitu kumpul FM. Fridge MAgnet.

Ok aku tipu korang. Mengemas rumah, memasak dan menjahit bukan hobi aku. Kalau tido, ya! Itu hobi aku no 1. haha

Mana tempat-tempat yang aku pergi aku make sure aku beli satu FM. Eh eh bukan satu jek ek. Kadang2 sampai 4-5 buah sebab kakak-kakak aku pon suka kumpul FM ni. Kakak-kakak aku / makcik pakcik kalo g jenjalan pon, ini lah benda yang aku kirim.



Aku suka tengok FM negara neh. Pastu mula lah berangan bila lah aku nk sampai sini. Tapi manalah tau ade rezeki, aku nk round the world!

Konon nak letak kat peti ais kat umah tapi taulah kan askar aku ade 13 orang. Aku takut jek fridge magnet aku tinggal magnet.

So jalan yang terbaik adelah letak kat hopis.


Penuh dah board aku neh.




Oh yang ni baru sampai tadi. Aku beli online. So korang yang berjalan ke luar negara tue, balik nanti belikan aku FM ni ek? [Mintak dengan tak malu.haha]

Thursday, April 8, 2010

The Making of my TQTAG

Aku ada seribu dua ratus keping TQTAG yang kosong. Di beri secara percuma semasa membeli kad kawen kat Bandung tahun lepas.

Sungguh awal kan aku beli kad kawen? Tapi baru sekarang aku nk carik tempat print. Itu pon sebab ma dah bising kad kawen aku tak nampak bayang lagi.

Jangan riso wahai bonda, semuanya insyallah undercontrol. (Ayat nak sedapkan hati sendiri)

Untuk memendekkan cerita, aku pon buatlah rubber stamp kat kedai cina belakang opis aku ni.

Memula fikir mestilah mahal sebab design sendiri. Tapi murah jek sebenarnya. Utk dua design ni aku kena RM15. Murah bukan? Aku sukeeeeeeeeee.....

Pukul 5 lebih tadi adik kat kedai tu called suruh collect.

Wah. Cepat dan pantas!

Dpat jek terus cuba jaya kat atas kad ni...


Not so bad lah kan? Janji jimattttttttttt.... hehehe

Tuesday, April 6, 2010

Rumahku.syOrgaku.

Syorga idaman kami sekeluarga telah berwajah baru. At first memang tak tahu langsung yang kakak-kakak aku plan nk cat rumah. Balik jek dari Bali haritue tengok ade orang dok cat rumah. Wah.Hijau Kuning kau.. meriah kampung! haha


Dulu laen


Sekarang laen


Pilihan warna: Along, Angah & Ateh
Tukang sponsor: aaaaa.... yang pasti bukan aku! haha. Tapi share terbesar adelah Ateh.


Dahulu hijau



Sekarang dah kuning!

Skang neh tgh cat dalam umah plak dah...nanti kalo dh siap, aku upload lagi ek...^^

Monday, April 5, 2010

The Making of my Pomander Balls

Bought the rounded foam at Sin Yin Semua House and the flowers at Cowboy.

With the help from my dear sister Ateh, we did 4 pomander balls!

Hoorayyyyy....!!

Oh.66 days to go! ^^