Friday, April 30, 2010

Kad Kawen yang tabah

Tajuk macam tak boleh blah. Tapi tuelah hakikatnya nak menyiapkan kad kawen yang satu ini memerlukan tahap ketabahan yang maksima.

Kad ni beli tahun lepas masa bercoti-coti di Bandung. Tak ingat dah berapa harganya tapi below 50 sen kalo tak salah.
Dengan keyakinan hati bahawa dekat Malaysia boleh jumpa envelope & boleh buat printing sendiri, maka tanpa segan silu terus beli 1000 keping.

So agak lama lah jugak kad ni terperam. Sampailah bulan dua hari tue baru terhegeh-hegeh cari envelope & carik tempat printing.

Sekali kau.....amik, envelope ni bukan termausk standard size yang boleh jumpa kat kedai buku ataupun kat Mydin. Mulalah rasa cuak kan. Suggest kat Ma kata ikat reben je lah. Tak yah guna envelope. Tapi Ma kata kalau nk post untuk orang jauh cam mane? Maka bergegas lah email kesana-kemari. Sampai supplier envelope pon aku email tau sbb nk tanya ada ke tak size ni. T___T

Tapi satu hari tue telah terjumpa blog ni:

http://kadkahwinstore.blogspot.com

Wah... kad yg macam aku pon dia ada jual lah. Harapan setinggi gunung semoga envelope pon dia ada jual.

Terus sms andddddddd sukaaaaaaa sebab kompem dia ada envelope tue.

Rupanya pemilik blog ini adalah Cik Nad dari Ole-Ole Manis.

Thank you NAD! You save my day! hehe

Kebetulan ke KL haritue maka berjumpalah dengan Cik Nad. Meeting point dekat RnR Kinrara. Punye lah jauh kan. Tak kesah sebab hal envelope dah settel! Siap buat lagi satu rubber stamp sebab nk cop cop atas envelope.

Selesai envelope, bahagian dalam kad ni pulak ramai yang tak mahu print sbb takut bunga-bunga tue putus. Adeh.....cobaan betul lah.

Tapi alhamdulillah..lastly jumpa satu kedai ni dekat ngan area2 opis yang sanggup print. Nama kedai tue EKO PRINTING. Tokei kedai nama Ah Boon. Baek hati woo uncle ni walopon hari-hari terpaksa ngadap muka aku sebab aku hari-hari pergi kedai dia nk tengok progress macam mana.

Setlah berpenat lelah...ini lah hasilnya:




Maka rakan taulan sekalian, silalah emailkan alamat korang kepada aku supaya aku dapat poskan kad kawen yang tabah ini kepada korang...

Selamat Hari Jumaat!