Monday, May 31, 2010

3 hari. Cuti

Khamis petang telah bergegas ke Parkson carik barang-barang untuk bilik. Bilik perantin aku belom siap lagi. Tapi dekat parkson ada sale pulak tue. Menyampah sebab laen yang aku nak beli, laen yang aku TER-beli. TER maksudnya tidak di sengajakan lah kan? hehe

Hari Jumaat, Along balik. Memandangkan sekarang aktiviti mengemas rumah di jalankan secara berkala maka aktiviti wajiblah kena kemas rumah tue lagi. Makin banyak barang yang dah mula bersepah. Makin mula pening kepala nak susun.

Malam tue ada aktiviti makan-makan. Eh. Sebelom makan-makan ada kenduri kecil-kecilan antara keluarga di rumah sepupu. Sebelah rumah jek pon. Ada nasik lemak + ikan bakar+ udang + sambal sotong + macam-macam lagi lah. Aku datang makan jek. Tak senonoh punya perangai. Korang jangan ikut tau.

Hari Sabtu adalah hari menggantung langsir. Hall telah berwajah baru dengan langsir cantik jahitan Ma. Siapa nak tengok sila datang rumah aku nanti eh.. ^^

Petang tue bawak Ma & Abah ke rumah Pak Ndak. Ada kenduri akikah cucu Pak Ndak. Makan lagi. Oh. Aku memang tak diet pon untuk majlis aku ni. Apa yang ada sume aku belasah. hehe


Comel lah Safiya Khadijah ni. Aku rasa nak gigit-gigit jek pipi dia neh. hehe

Hari Ahad. Sambung kemas bilik perantin. Selagi tak majlis selagi tue lah dok ngemas. Lepas kems, sepah. Kemas lagi, sepah lagi. Aku lah tue yang tukang buat sepah. hehe

Aku dah siap pasang tapi Ma kata tak lawa pulak satu bahagian ni tak letak manik. Ma nak letak aku kata tak yahlah [Sebenarnya sebab malas nk turunkan, lepas tue kena pasang balik]. Tapi sebab tak nak jadik anak derhaka, aku kena turunkan balik langsir tue.


Ma bergegas jahitkan manik. Pastu aku naikkan balik langsir tu. Gigih tahu! Tapi, memang cantik lah langsir tue jadiknya. Tuelah.. jangan bantah cakap mak. She knows better!

Lagi 10 hari. Aku semakin pening. T__T

Wednesday, May 26, 2010

Baju. Mereka

Lama tak update. Janji tinggal janji jek konon aku nak update hari-hari.heh

Semakin banyak benda yang nak kena buat.

Semakin sedikit hari yang tinggal.

Perasaan? Entah.

Bercampur aduk seperti Ais Kacang Makcik Kenit.hehe

Berbalik pada topik.

Nanti masa majlis berarak, aku ada dayang-dayang yang akan tolong bawakan dulang hantaran.

Sajalah nak feeling ala-ala pengantin di raja kan. Eh. Tapi aku kan raja sehari. Maka tiada masalah lah kan?

Sebab dah ada dayang-dayang haruslah carik baju yang bersesuaian.

Hasilnya...



Aish.. kamera ni mmg nk kena campak. huhu

Okeh ni close up.


Aku beli 10 pasang. Sepasang lagi mestilah untuk aku.

Nanti ada kumpulan gamelan. So aku nk suruh dayang-dayang aku buat tarian jai-ho kat tengah-tengah laman nanti.

Haha. Tak lah. Aku memain jek. Hilang akal nak joget hindustan kat situ.

Aku rasa tema perkahwinan aku dah jadik macam perkahwinan Kesultanan Melayu Melaka lah.

Oh!

Friday, May 21, 2010

Cuba. Teka

Oh. berehat sebentar lah ye dari cerita persediaan mahu kawen. Nanti kroang muntah ijo pulak kang sbb bosan.

Hari ni mari main teka teki.

Cik Ichi, anda tak boleh jawap, hokeh!

Cuba teka apekah ini:



Selamat berhujung minggu dan selamat meneka! xoxoxo

Thursday, May 20, 2010

Bunting. Aku

Yeay. Adelah teruja melihat hasil dari Wanjak!


Inilah bunting yang Wanjak tolong designkan.

Sangat talented tau dia bab design ni espesially kalo guna AI. Kalo suruh aku, tak tau lah jadik macam mane.. huhu..

Niat awal nak letak gambar dari komik "Love Is" tapi Wanjak dah buat yang lagi chantek. oh.i.Loikeeeeeeeee ^^

Siapa-siapa yang berminat, sila lawati:


oh.Suka! Terima kasih Wanjak....

Tak sabar mahu hantar print.. lallalalalla

Tuesday, May 18, 2010

Bunga Rozet.Ma.

Bunga rozet ni adelah yang benda pertama yang siap. Bunga ni beli dekat Sin Yin,Semua House. B2B sure tau lah kan kat mana since kat situlah bola-bola api (read: bola yg nk buat pomander ball) senang di cari.


Kenapa bunga rozet Ma? Sebab bunga-bunga nie special untuk kawan-kawan Ma yang jadi kendarat pada hari tu. Aku tak tau lah kat area laen panggil ape tapi kalo kat Melaka panggilannya 'Orang Kendarat'. Ade yang panggil penanggah. Tak kesah lah panggilannya ape, janji tujuannya sama nk melicinkan situasi di bawah khemah tetamu.

Oh. Tadi baca blog Cik Dira (Dira, aku dah dapat kad kawen ko yg gojes tue! ^^ )

So tentatifnya:

Jumaat, 11 JUN 2010

Selepas Solat Jumaat : Kenduri doa selamat & tahlil
Menu : Ikan keli salai masak lomak cili padi + Ikan tenggiri asam pedas + pajeri + kerabu + buah-buahan


Suasana kenduri biasanya akan macam ni:

Selepas Asar: Nikah.
Menu: Tak kompem lagi.

Selepas Maghrib/Isya': Malam berinai besar
Menu: Tiada kepastian lagi.


Sabtu, 12 JUN 2010

Pagi: Khatam Al-Quran bersama anak-anak buah.

11.00 pg- 4.00 ptg: Majlis berlangsung

1 ptg: Bersanding.

Kad belum abes post lagi... sabar ye kawan-kawan.. ^^

Friday, May 14, 2010

Hati Berdebar..


Semi final of Thomas Cup

7.30 pm

Malaysia vs China...

Have faith in Malaysia Team!

Lin Dan? Bao Chun Lai? Chen Jin?

Bring it on China!!

M A L A Y S I A team is ready!!!!

grrrrrrr *roar*

Thursday, May 13, 2010

Kad Kawen yang Tabah Versi 2.

Kad kawen aku nanti ada dua versi. Satu untuk kawan-kawan & sedara mara Ma dan abah. Lagi satu versi untuk rakan taulan kenalan aku.

Sama macam kad kawen tabah yang dulu, kad ni pon di beli kosong dan buat printing dekat sini.

Ape yang tabah?

1. Masa untuk menunggu semua printing siap -Adalah sangat lama! Waiting is hurting bukan? huhu.

2. Masa untuk menyiapkan satu-satu kad - Sangat leceh sebab nak kena gunting dulu selotep. Pstu tampal bahagian hard cover. Pastu selitkan map. Tampal pulak inlay. Satu malam buat tak sampai sepuluh keping. huhuhu




So tadi berkesempatan untuk postkan 1st batch dulu kepada rakan taulan.


Kepada yang belum dapat, sabar ye.. aku akan siapkan & postkan secepat mungkin...

Tuesday, May 11, 2010

Set Katil. Aku.

Setelah beberapa minggu menungu, akhirnya sampai juga kat rumah set katil nie. Suka!

Ma aku lagilah teruja sebab dah tak sabar-sabar nk jahit kelambu bagai untuk katil ni.

Penat hokeh nak carik design yang aku nak. Sebab aku nk semua kayu solid. Tak mahu yang palang-palang atas tue dari besi dan tak mahu kerawang-kerawang.

Naseb baek lah jumpa kalo tak aku dh decide tak yah tukar katil. [konon.haha]



So inilah picturenya. Gambo tak lawa sgt sbb pakai henpon mio ni. Aku rasa henpon mio ni dh jadik miong.huhu

Mahapkan lah segala bersepah bagai dalam gambar tue. Memang lom siap berkemas lagi bilik ni. Tapi dah excited amik gambo.

Langsir untuk bilik pengantin pon Ma dah siap kan. Tapi bukan yang dalam gambo tue. Hari tu abang aku naikkan railing tempat langsir tue pastue tak dipasang balik scallop langsir . Abang aku kata nanti pasang langsir kawen terus. Baiklah Abang. Abang lah yang tolong pasangkan nanti ye? hehe

Ma aku memang pandai jahit. Tunngu lah nanti hasilnye...

Thank you Ma...sayang Ma lapan belas juta kali....

Friday, May 7, 2010

Dia pergi jua...

Subuh hening telefon berbunyi.

Siapa agaknya ni.

Tapi,belum sempat angkat, deringan mati.

Ma & Abah telah lama ke masjid.

Tak lama kemudian, handphone pula berbunyi.

Nombor Abah. Terus angkat.

Terdengar esakan di hujung talian.

"Nor, Abang Musa kau dah takde".

Tergamam. Kelu.

"Bila Ma?"

"Sekejap tadi. Kak Long yang telefon bagi tau".

"Nanti org beritahu yang lain".

Masih lagi sukar untuk di percaya.

Masih lagi terawang-awang.

Terus telefon saudara mara yang lain.

Allahyarham meninggal di Pasir Gudang tetapi akan di kebumikan di kampung.

Dalam pukul 3.30 petang jenazah tiba.

Jenazah sudah siap di kafan & di sembahyangkan di sana.

"Ramai jemaah yang menyembahnyangkan. Hampir penuh masjid", kata abang.

Alhamdulillah.

Jenazah di letakkan di tengah rumah. Kain kafan di buka bagi memberi peluang saudara mara yang lain melihat untuk kali terakhir.

Aku mula mencelah untuk melihat wajah arwah dengan lebih jelas.

Subahanallah. Maha suci Allah yang berkuasa ke atas hambaNya.

Wajah Arwah tenang dengan senyuman yang menampakan barisan giginya.

"Abang Musa senyum jek kan?" aku bertanaya apada kakak ku.

"Ha ah. Senyum sampai nampak gigi...".Kakak aku membalas.

Ummul Azki, anakanda yang sulung yang hampir sebulan setengah tidak bertemu ayahnya memberi kucupan terakhir.

Esak tangis memenuhi segenap ruang.

Jenazah di bawa ke masjid untuk di sembahyangkan sekali lagi dan terus di bawa ke perkuburan.

Damailah di sana wahai Abang Musa...

Kami di sini pasti akan merinduimu...

Al fatihah.

Rentetan Kisah:



Tuesday, May 4, 2010

Misi Hujung Minggu Lepas

Minggu lepas baru ni, semua kakak-kakak aku & abang aku balik.

Kalau dah semua berkumpul. Meriah suasana macam hari raya lah kan rumah aku tu. Happening!

Tujuan utama of course lah sebab nak mengembeling tenaga mengemas rumah.

Chef De Mission merangkap Chef tukang masak - Ateh

Jurutera merangkap Interrior Designer merangkap orang yang tahu barang tue dekat mana- Ma

Kuli- Along, Angah, Abang, Aku ngan anak-anak buah aku.

Tukang tolong belikan ais + air 100 plus- Abang Ngah (nakkkk jugak aku masukan.hehe)

Sakit-sakit woo satu badan angkat almari, kerusi, TV. Buat aku rasa nak beli TV LCD jek lepas ni. kehkehkeh




Dua hari punya kerja baru siap 50%. Langsir belum pasang lagi. Lepas ni Ma dah tak bagi aku panjat-panjat lagi dah. Aku sukaaaaaaaaaa.....hahahaha kalo tak aku lah kan yang kena panjat sana sini.

So misi mengemas rumah akan di sambung semula pada hujung bulan ini.

37 hari lgi.

Oh!

Sunday, May 2, 2010

The after 365 days

Love me in the Springtime, when all is green and new,
Love me in the Summer, when the sky is oh so blue,
Love me in the Autumn, when the leaves are turning brown,
Love me in the Winter, when the snow is falling down.

Love me when I'm happy, and even when I'm sad,
Love me when I'm good, or when I'm oh so bad,
Love me when I'm pretty, or if my face is plain,
Love me when I'm feeling good, or when I'm feeling pain.

Love me always darlin', in the rain or shining sun,
Love me always darlin', after all is said and done,
Love me always darlin', until all our life is through,
Love me always darlin', for I'll be lovin' you!


Happy One-Year-Engagement Anniversary, dear!

.one.four.three.