Monday, May 31, 2010

3 hari. Cuti

Khamis petang telah bergegas ke Parkson carik barang-barang untuk bilik. Bilik perantin aku belom siap lagi. Tapi dekat parkson ada sale pulak tue. Menyampah sebab laen yang aku nak beli, laen yang aku TER-beli. TER maksudnya tidak di sengajakan lah kan? hehe

Hari Jumaat, Along balik. Memandangkan sekarang aktiviti mengemas rumah di jalankan secara berkala maka aktiviti wajiblah kena kemas rumah tue lagi. Makin banyak barang yang dah mula bersepah. Makin mula pening kepala nak susun.

Malam tue ada aktiviti makan-makan. Eh. Sebelom makan-makan ada kenduri kecil-kecilan antara keluarga di rumah sepupu. Sebelah rumah jek pon. Ada nasik lemak + ikan bakar+ udang + sambal sotong + macam-macam lagi lah. Aku datang makan jek. Tak senonoh punya perangai. Korang jangan ikut tau.

Hari Sabtu adalah hari menggantung langsir. Hall telah berwajah baru dengan langsir cantik jahitan Ma. Siapa nak tengok sila datang rumah aku nanti eh.. ^^

Petang tue bawak Ma & Abah ke rumah Pak Ndak. Ada kenduri akikah cucu Pak Ndak. Makan lagi. Oh. Aku memang tak diet pon untuk majlis aku ni. Apa yang ada sume aku belasah. hehe


Comel lah Safiya Khadijah ni. Aku rasa nak gigit-gigit jek pipi dia neh. hehe

Hari Ahad. Sambung kemas bilik perantin. Selagi tak majlis selagi tue lah dok ngemas. Lepas kems, sepah. Kemas lagi, sepah lagi. Aku lah tue yang tukang buat sepah. hehe

Aku dah siap pasang tapi Ma kata tak lawa pulak satu bahagian ni tak letak manik. Ma nak letak aku kata tak yahlah [Sebenarnya sebab malas nk turunkan, lepas tue kena pasang balik]. Tapi sebab tak nak jadik anak derhaka, aku kena turunkan balik langsir tue.


Ma bergegas jahitkan manik. Pastu aku naikkan balik langsir tu. Gigih tahu! Tapi, memang cantik lah langsir tue jadiknya. Tuelah.. jangan bantah cakap mak. She knows better!

Lagi 10 hari. Aku semakin pening. T__T

No comments: