Friday, May 7, 2010

Dia pergi jua...

Subuh hening telefon berbunyi.

Siapa agaknya ni.

Tapi,belum sempat angkat, deringan mati.

Ma & Abah telah lama ke masjid.

Tak lama kemudian, handphone pula berbunyi.

Nombor Abah. Terus angkat.

Terdengar esakan di hujung talian.

"Nor, Abang Musa kau dah takde".

Tergamam. Kelu.

"Bila Ma?"

"Sekejap tadi. Kak Long yang telefon bagi tau".

"Nanti org beritahu yang lain".

Masih lagi sukar untuk di percaya.

Masih lagi terawang-awang.

Terus telefon saudara mara yang lain.

Allahyarham meninggal di Pasir Gudang tetapi akan di kebumikan di kampung.

Dalam pukul 3.30 petang jenazah tiba.

Jenazah sudah siap di kafan & di sembahyangkan di sana.

"Ramai jemaah yang menyembahnyangkan. Hampir penuh masjid", kata abang.

Alhamdulillah.

Jenazah di letakkan di tengah rumah. Kain kafan di buka bagi memberi peluang saudara mara yang lain melihat untuk kali terakhir.

Aku mula mencelah untuk melihat wajah arwah dengan lebih jelas.

Subahanallah. Maha suci Allah yang berkuasa ke atas hambaNya.

Wajah Arwah tenang dengan senyuman yang menampakan barisan giginya.

"Abang Musa senyum jek kan?" aku bertanaya apada kakak ku.

"Ha ah. Senyum sampai nampak gigi...".Kakak aku membalas.

Ummul Azki, anakanda yang sulung yang hampir sebulan setengah tidak bertemu ayahnya memberi kucupan terakhir.

Esak tangis memenuhi segenap ruang.

Jenazah di bawa ke masjid untuk di sembahyangkan sekali lagi dan terus di bawa ke perkuburan.

Damailah di sana wahai Abang Musa...

Kami di sini pasti akan merinduimu...

Al fatihah.

Rentetan Kisah:



1 comment:

ctradhiah said...

i miss my daddyy;(
kite nanges bace kak na py ni pasal ayah.
and teringat balik hari 6.5.2010.