Wednesday, June 23, 2010

Hantaran. Aku

Sudah bersedia untuk membaca entry kawen aku? Sila jangan muntah ijo ye sebab aku masih lagi dalam mood nak berkongsi cerita tentang majlis perkahwinan aku.^^

Aku mulakan dengan barang hantaran.

Pukul 12 tengah hari,Jumaat 11 Jun 2010, aku telah gigih ke kedai untuk amik barang hantaran. Kali ni memang tak berseksempatan nk DIY. Masa tunang dulu aku DIY jek tapi utk wedding aku rasa tempah lah pulak.

Hantaran di gubah cantik! Aku sangat lah suka!!

Hantaran aku untuk dia.

1. Al-Quran
2. Sejadah
3. Shirt & Jeans
4. Kasut
5. Belt + Wallet Set
6. Jam
7. Miniatures Set
8. Chocolates
9. Kueh Tat
10. Kek
11. Sireh Junjung
12. Buah

Untuk upacara pembatalan air sembahyang, aku hadiahkan dia sebentuk cincin suasa. Kira dari aku 13 dulang lah.

Untuk bride to be, sila beli sedikit demi sedikt barang-barang untuk hantaran. Supaya tak terasa banyaknya aliran tunai yang keluar nanti.

Barang hantaran yang pertama aku beli adelah shirt + jeans. Ni aku beli tahun lepas masa bercuti kat Bandung.

Masa tu tunang pon belom. Kompiden jek yang aku akan kawen ngan dia. hehe

Kalo dah beli kat Bandung, harganya korang tau lah kan bape punye murah. Macam-macam brand yang ada. Pandai-pandailah korang pilih nak brand ape.

Pastu aku beli wallet+belt set. Ni beli masa kat Singapore. Pon masa tengah sale. Dekat Malaysia lebih RM200. Aku beli kat sana bila dah convert tak sampai RM200 pon. Murah dan jimat.

Al-Quran aku kirim pada makcik semasa dia buat Umrah tahun lepas.

Sejadah aku beli dekat Mydin.

Jam Ted Baker aku beli secara online. Sila layarai http://www.shoppelista.blogspot.com. Aku beli sepasang. Harga berbaloi-baloi!

Kasut beli masa SALE CNY. Kebetulan butik Timberland dkt MP tengah buat sale besar-besaran. Beli kasut lepas tue dapat percuma socks + tshirt. Gumbira.

CK miniatures aku dapatkan dari supplier aku yang baek hati! Sesiapa nk order boleh ke http://www.perfumerack.blogspot.com

Chocolates aku suruh Ateh belikan masa dia ke Langkawi. Aku campurkan hersehys + choclairs.

Kek order dari secret recipe.

Kuih Tat yang sedap di sponsor oleh Mak Cik.

Buah beli dekat family store. hehe

So itulah dia kesah hantaran. Maaf ye, aku bukan niat nak menunjuk-nunjuk. Aku just nak share jek dengan korang especially dengan B2B yang laen.

Next entry tentang hari nikah pulak. Stay tune!

No comments: