Thursday, June 24, 2010

Hari. Nikah

Seperti yang di janjikan, entry kali ini adalah tentang hari nikah.

Aku pilih untuk nikah di rumah. Senang untuk saudara mara tengok. Kalau buat dekat masjid tahu sajalah kan, tak semua yang dapat tengok especially pada sesetengah orang perempuan.

Plan asal adalah hari Jumaat 11 Jun 2010 selepas solat jumaat. Memandangkan dua orang kakak aku nk buat kenduri doa selamat sebelum tu, kenapa tak teruskan shj dengan upacara nikah kan?

Oh. Sebenarnya nak suruh Tok Imam nikahkan sebelum kenduri start. So nanti Tok Imam lapar and tak soal banyak2.hehe.Bernas tak idea?

Tapi idea tak di persetujui oleh ibubapa. Takut majlis kucar-kacir nanti. Sebab ada kenduri doa selamat lagi kan.

Maka waktu yang seterusnya adalah selepas Asar.

Rombongan pihak lelaki tiba dari Ipoh dalam pukul 2 ptg. Diaorg makan tengah hari dulu kat rumah aku.

Aku memula nak tunjuk baeklah nak layan keluarga pihak sebelah tapi Ma kata duduk jek dalam bilik. [Sebenarnya nak jumpa incik tunang.hehe] So kena lah berkurung dulu.

Dalam pukul 3.30 petang MUA aku sampai. Kak Abby dari Abby Beauty Rich yang make up kan aku. Dia ni owner butik tue. Terkejut gak aku sebab aku igtkan org laen yg akan makeupkan sbb aku booking lambat. Dah rezeki agaknya dapat dia yang makeup kan, alhamdulillah..

Tak de lah lama sgt. Dalam masa 1 jam dh siap make up.

Abang aku bgtau nikah mula pukul 5 so aku pon doklah bersuka ria lagi dengan bridesmaid & OP dalam bilik.


Pastu geng-geng Danau sampai. Oh lagilah meriah suasana dalam bilik aku tue.

Nak jadik cerita, Imam dah tungguh pukul 5 tapi keluarga pihak lelaki belom sampai.

Aku call2 tapi tak berangkat. Hati sudah mula cuak.

Lepas tue kannnnnn.. tok imam ni boleh pulak balik sebab dia kata ade urusan laen.

Aku punye lah terkejut. Like what? Balik?

Oh. Kenapalah tak consider dengan tetamu yang datang dari jauh ni. huhu

Masa tue sabar je lah hati...redha jek...

5.20 pm baru lah pihak lelaki sampai. Tok Sidang pon tepon lah balik Tok Imam ni supaya dtg semula.

Tanpa berlengah majlis di teruskan. Abah tanya aku setuju ke abah nak nikahkan kamu dengan Anuar?

Setuju abah.. malu-malu tapi mahu jawapan aku.hehe

Abah sendiri yang nikahkan aku. Terharu.. T__T

Tepat 6.10 pm, dengan sekali lafaz, aku telah sah menjadi isteri kepada dirinya...

Alhamdulillah...

Aku rasa sebak tapi still cover air mata.. sampailahhhhhhh part untuk baca serahan yang macam modul sakinah.

Oh. Oh. Oh.

Kiteorang sebenarnya dah discuss sehari sebelum tue supaya tak nak buat baca-baca tue. Tahulah kan ayat-ayat meruntun jiwa. Kompem banjir. Kompem puas nk pujuk Ma [dan aku] nanti.

Tapi abah insist nak baca. Ok. Kalo abah baca tak pelah sbb abah akan baca pada hubby jek nanti & hubby akan balas.

Lepas jek abah & hubby selamat baca tiba-tiba Ma pon kata nak baca.

Oh.oh.oh

Saya tak bersedia Ma. Saya akan sedey nanti. huhu

Abah memula tak bagi sebab Abah tau mesti akan jadik sedey nanti. Tapi bila sisters kata takpelah, bg jek Ma baca baru Abah bagi..

Memang betul pon..dengar jek Ma baca, berjurai-jurai air mata keluar.


Turn aku baca toksah cakap lah kan.. nak habiskan satu ayat tue punye lah sebak..huhu

Ma, I LOVE U!

Dah selesai barulah upacara membatalkan air sembahyang di jalankan.




Pastu sesi bergambar.

Macam tak percaya dah jadik isteri dia! ^^

Oh. Nikah outfit telah di buat di Mei Ling. Cuma RM75 sahaja upah jahitnya. Murah kan? Material di beli masa gi Bandung. Tak sampai RM100...

Tudung beli dekat pasar malam- RM25 jek.

Aksesori dari mak andam.

Sila bertahan ye untuk entry yang akan datang! ^^

No comments: