Friday, June 25, 2010

Malam.Berinai

Nak tempek gambar pelamin kesukaan dulu eh...

Nanti aku cite pasal pelamin plak..^^

Acara berikutnya adalah malam berinai.

Lepas solat maghrib & bersihkan muka Kak Abby makeupkan semula.

Suka pulak aku rasa ada orang make up kan muka aku ni. hehe

Untuk persalinan malam berinai, aku pilih baju melaka dan sanggul lintang.

Kisahnya kalau nak pakai sanggul lintang tak boleh pakai tudung.

Oh. No No No.

Aku kureng setuju. Aku nak gak pakai tudung.

Aku dah siap-siap beli tudung syria yang RM10 tue. So kalo dia nk koyakan sebb nk sepit jarum suma, aku takde hal. Janji aku pakai tudung.

Dalam pukul 9 kitaorg pon berarak. Siap ada kompang. Mercun jek tak ada sebab sepupu aku lupa nak bawak balik. Oh!
Aku rasa masa ni aku excited sungguh sampai makcik aku cakap "Kau ni duduk lah diam-diam atas pelamin. Aku cubit ko karang baru ko tau!"

Haha. lagi lah aku nak tergelak-gelak atas pelamin tue.

Tapi kena cover gak lah control ayu bagai.

Kata perantin kan.

Aku tak tukar-tukar baju pon. Memang tak minat. Nanti badan aku gak yang letih. Esok dah hari langsung lagi nak guna banyak tenaga kan? ^^

Pastu bermulalah acara menepung tawar.
ni keluarga hubby


Untuk berkat tepung tawar malam berinai, aku bg special sket. Ala..untuk family gak. Aku bg cekelat dalam bekas macam sangkar neh.

Bekas ni boleh beli kat Cowboy. Kalo orang melaka tau lah cowboy tue kat mane. Harga bekas is RM2.50. Ada warna gold & silver.

Cokelat pulak as usual aku kirim kat Ateh. Kebtulan Ateh kena pegi kursus a few days before majlis aku. Ambil peluang lah beli cekelat banyak2.

Oklah. Esok hari Sabtu. Malam kang hubby aku pulang dari perbatasan. hehe.

Taklah memaen jek.

Buat masa ni terpaksa lah PJJ.

Hope sgt dia dpt keje kat melaka ni cepat2. Sapa tau ade vacancy kat melaka ni, sila roger aku eh!

Selamat berhujung minggu!

No comments: