Tuesday, June 22, 2010

Saat. Ini

Alhamdulillah, hari ni genap 11 hari menjadi isteri.

Perasaan? Bercampur baur. Masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan status yg baru ni.

Oh.Aku baru pulang setelah 5 hari berada di Ipoh.

Majlis sambut menantu telah selamat di jalankan pada hari Sabtu yang lepas.

Seronok bertemu dengan saudara mara sebelah hubby [Hubby? hehe. Sungguh aku masih pelik nak taip perkataan tu di sini]

Bergerak dari Ipoh lebih kurang pukul 12 tgh hari.

Kiteorang berhenti makan tengah hari di Cameron Highlands.

Tak agak2 lah kan pergi lunch kat sana. ^^

Bukan apa, dah alang-alang tue, kami naik lah kejap ikut Simpang Pulai. Turun ikut tapah.

Dah sampai Cameron, dok beli sayur bagai jelah. Strawberi tak beli langsung. Apetah lagi bunga-bungaan.

Niat nak pergi ladang teh pon tak berkesempatan sebab hujan.

Nampak gayanya kena datang sekali lagi. *wink

Berehat sekejap di RnR Tapah. Pukul 9 malam baru selamat sampai kat rumah Ateh.

Pastuuuuuuuuuuuuu ada org tue teringin nak makan kailan ikan masin + ayam padprik.

Sebagai seorang yang bercita-cita menjadi isteri mithali, aku pon bersilat kat dapur. hehe

Masak dalam kuantiti yang banyak sampai dia boleh bawak bekal pegi kerja pagi tadi.

Pagi tadi, siapkan bekal + gosokan baju + hantar dia ke rumah sewanya dan aku terus memecut pulang.

Sedey? errr... tipulah kalo tak sedey kan. ngeh.

Oklah. Nanti aku cerita pasal majlis aku pulak.

1001 cerita yang ada.

Tapi saat ini, aku rindu dia. Sungguh!

harap kamu baik-baik di sana.

2 comments:

Ms. Omey said...

anoi..congratss. gile lambat wish. soriiii takk datang. memang dah plan. tapi something else came up at the very last minute. lagi skali tahniah, semoga bahagia n kekal ke akhir hayat :)

aNoiHalim said...

Omey,
Thanks for the wishhhhhhhhhhhh!
Takpelah.. aku faham... ^^