Wednesday, September 22, 2010

Pemandu oh Pemandu

Hari ni aku nak bebel pasal pemandu kat Malaysia. Sapa tak nak baca, tekan butan X kat atas penjuru kanan. Nampak? Tak nampak? Kalo tak nampak terus jek shut down PC korang. hehe

Ok..pemandu kat Malaysia ni ada macam-macam jenis. Mana yang jenis berhemah aku memang tak ada masalah lah.

Tapi ada beberapa golongan yang aku kurengggggggggg sket. Golongan itu ialah...drum roll pleaseeeeee.

Pemandu yang tak tahu perlahankan kenderaan di zebra crossing.
Tahukah anda wahai pemandu bahawa zebra crossing itu disediakan untuk pejalan kaki melintas jalan? Namanya sahaja zebra tapi takkan lah nak tunggu zebra tu nak melintas baru nk perlahakan kereta? Aku pernah jumpa ada budak sekolah nie nak melintas guna zebra crossing nie..dah elok kat tengah jalan tetiba ada satu keta lalu dengan lajunya..tak sekolah agaknya pemandu tue. Geram jek aku tengokkan. Kot terlanggar budak sekolah tu cam mana tah agaknya.



Pemandu tak reti bagi signal bila nak masuk/keluar simpang or pemandu yang lambatttt nk bagi signal.
Ooooo....ni memanglah lagi satu golongan yang buat kan my blood go upstairs.Pernah tak korang tunggu nak keluar simpang tengok kereta kiri kanan pastu ada satu kereta ni laju jek tapi tiba simpang tu terusssss dia masuk... perghhhh...sabar je lah kan? Kita ni punye lah tertoleh kiri kanan nak tengok bila dapat keluar simpang. Dia selamba badak jek tak bagi signal nak masuk simpang. Badak pon tak selamba macam tu lah.huhu



Pemandu yang kedekut.
Kedekut tang apakah? Kedekut tak mahu nyalakan lampu bila hujan lebat. Aku kompius lah, kalau kita nyalakan lampu time hujan lebat tue, minyak akan berkurangkah? Apa lah salahnya kan bukak lampu time hujan lebat . Dah lah memang tak nampak jalan. Sekurang-kurangnya kalau bukak lampu tu membantu gak untuk mengelakkan kemalangan. Tapi jangan plak nyalakan emergency lamp tue. Lampu tu untuk berlakunya kecemasan jek. Masa tak berlaku apa-apa kecemasan, tak yah lah tekan. Nanti pemandu laen ingat ade emergency case ke kat keta tu.


Pemandu yang tak tahu nk duduk lane mana.
Aku rasa ni common lah kot especially kat highway. Kalo nak bawak slow slow silalah ke lane ke dua atau lane ke tiga. Kalau nak bercinta pon tak yah duduk kat lane pertama ye. Tapiiii yang kat lane pertama pon agak-agaklah. Ni kereta berderet kat lane pertama lagi mahu high beam konon nak potong. Finelah, aku bagi potong tapi lepas tu ko sangkut plak kat belakang laen. haha. padan muka.

Ada lagi beberapa golongan tapi malas lah nak tulis lagi. Golongan tak reti parking keta. Golongan yang masuk lane touch and go tapi baru perasan yang touch and go dia dah habes. Dah buat keta laen menunggu. Lane Touch & Go shj tau. BUkan Touch & Go dan TUNAI ya...

Oklah, ni semua hasil pemerhatian aku & pengalaman aku lah. Mungkin korang tak penah jumpa dengan golongan mcm ni. Kalau ada, sila lah share..hehe..nice day ahead!

Image from Google Images. ^^

3 comments:

dyra said...

hati aku rasa mendidih membace post ko ni
tetibe terimbau semua kes2 hampeh yg pernah aku lalui
huhuhu!

aNoi said...

Dyra,
Buat entry buat entry!
Entry ni dah lama dah nk buat tapi dok tertangguh jek.. ^^

ederq said...

meh aku tambah list pemandu yg aku pun xsuka:

1. yg suka potong depan dengan kurang ajar tanpa minta laluan lepas tu orang dah bagi, tak angkat tangan cakap thanks. pantang betul.

2. lori or bus drivers yang besar ingat dorang kebal main cilok suka2 hati.

tu je la dulu. kang over panjang2. haha.

tapi weh aku penah berangan. masuk touch n go lane pastu aku guna smart tag. pastu pelik asal xbuka2 lagi ni. pastu kena reverse. maluuuuuuuu. it happened once je ok.