Monday, October 11, 2010

10.10.10

Kalau di lihat pada tarikh, tarikh 10.10.10 memang sangat menarik. Tapi pada aku, tarikh 10.10.10 menyimpan cerita tersendiri.

Ateh [Kakak aku yang no.3] telah di masukkan ke hospital pada hari Jumaat. Aku mulanya agak terkejut. Yelah, bulan puasa hari tue Ma yang berkampung di hospital. Kali ni Ateh pulak. Tekanan darah Ateh agak tinggi, sebab tu kena tahan wad.

Hubby sampai rumah dalam pukul 9.30 malam. Sebenarnya sudah seminggu aku berseorangan. Ma & Abah ke rumah Angah nun jauh di Kulim. Hubby pula baru mula bekerja di Cyberjaya. Tinggalah aku seorang di rumah. Oh. Ini bukan kali pertama. Dulu ada masa sampai 3 minggu aku berseorang di rumah sebab Ma & Abah berjalan ke rumah kakak-kakak.. T____T

Hari Sabtu, baru kami bergerak ke KL. Sampai dalam pukul 2 ptg. Ambil Ayong & Isya dan terus ke Gleneagles Medical Center. Ateh dari segi fizikal ok, tapi tekanan darah masih lagi tinggi.

Dalam pukul 6 kembali semula ke rumah. Malam tu kiteorang tapau & dinner ramai-ramai dekat wad. Ateh duduk bilik seorang maka boleh lah buat macam rumah sendiri.hehe

Ahad, 10.10.10 bermulalah kisah terkocoh-kacah. Abah, Ma & Abah di jangka berlepas pada pukul 3.00 petang. Aku pula bangun agak lambat maka memang kelam kabut buat kerja. Lepas makan tengah hari, hantar Ayong & Isya ke hospital. Aku ikut hubby ambil motor dia dekat Kg. Baru. Masa tu dah pukul 3.30 ptg. Memang dah terlambat nak pergi amik diaorang ni. Tapi tak lama lepas tu Abah telefon kata penerbangan di tunda. Bukan sikit-sikit punya tunda. 11.30 malam punya penerbangan tau. oh oh oh.

Nak ikutkan Abah & Ma boleh tunggu tapi sebab ada Amirul yang ada periksaan akhir tahun hari ni, maka Angah ambil keputusan untuk hantar dia orang ke Kl. Dari Kedah ke KL.

Pukul 12.30 tgh malam diaorang sampai dan aku, Abah & Amirul terus balik ke Melaka.

Cuak juga sebab aku yang memandu. Tapi alhamdulillah perjalanan lancar sehinggalah tiba di Pedas-Linggi.

Kereta bersusun dan bergerak dengan sangat perlahan.

Aku telefon PLUS tanya punca dan berapa jauh. Rupanya ada kemalangan maut di Kilometer 223 yang melibatkan 6 kenderaan.

Terkejut dengar masa tu. Mata yang agak kuyu terus jadi besar.

Dengan lori, bas semua bergerak dengan amatttt perlahan. Banyak kenderaan yang dah berhenti di tepi-tepi jalan. Mungkin penat tak larat nak meneruskan perjalanan.


Myvi comel aku pula jenis manual. Lenguh di buatnya.

Sampai di tempat kejadian, nampak pekerja-pekerja PLUS sedang sembur air untuk bersihkan jalan. Aku perasan ada satu kereta memang dah remuk terpenyek berada kat tepi jalan. Kenderaan lain dah tak nampak.


Angah telefon kata dah sampai Kulim. Kitaorang masih lagi belum sampai.

Lebih 2 jam juga kami tersangkut. Pukul 4 lebih selamat sampai di KYS. 4.30 pagi alhamdulillah selamat sampai di rumah.

Rupanya kemalangan tu dah berlaku dari petang tu lagi. Dalam pukul 6.45pm.

Tengok dalam berita memang ngeri. Ada yang putus kepala, putus tangan. Cuba bayangkan suasana sedang memandu kereta tanpa ada masalah tiba-tiba kereta di hempap bas. Sekelip mata je nyawa Allah ambil semula. Subahanallah. Ngeri bila mengingatkan.

10.10.10 mungkin menjadi kenangan manis kepada sesetengah orang tapi tragedi 10.10.10 mungkin akan lebih di ingati.

Ni gambar dari Amazingnara.com. Thanks to Abang Nara.











Dan ini gambar paing ngeri..



Al fatihah untuk mangsa yang terkorban.

1 comment:

wacom tablet said...

alfatihah~
10.10.10..ade yg manis dan ada yg pahitnye kn kak~