Wednesday, October 13, 2010

10.Tahun.

Hujung minggu ini di nanti penuh debar. Bukan debar apa, debar nak berjumpa rakan sekolah yang telah sedekad lamanya tak bersua muka.

Sedekad bersamaan dengan sepuluh tahun. Sekejap je rasanya alam persekolahan telah di tinggalkan. 10 tahun. Kalau ada anak, sudah darjah empat dia sekarang. Itu kalau. Aku buat masa ni belum lagi di berikan rezeki yang satu itu. Sabar. Eh. Melalut dari tajuk.

Memori zaman sekolah menengah adalah antara memori yang akan aku ingat sampai aku mati. 5 tahun di asarama penuh, rakan taulan menjadi tempat untuk bersuka ria mengadu nasib. Ibubapa nun jauh di mata. Balik ke kampung cuma apabila cuti sekolah yang panjang. Nak balik tiap-tiap minggu? Sori naik lori. Nak outing tiap-tiap minggu? Silalah berebut isi borang keluar outing. Kalau lambat alamat duduk melepak sahajalah di dorm.

Ni masa Form One

Masa menengah rendah, masa beratur di dewan makan, pelajar form three selalu cut line. Kami yang junior ni terpaksalah mengalah walau dalam hati dah sebakul dengan sumpah seranah. Diaorang ingat diaorang je lapar. Kami Form One tak lapar ke? Tapi bila kami naik Form Three kami buat jugak.Cut line adik-adik junior yang lain. Sorry ye adik adik... ^^ Menu makan kami memang sedap-sedap. Sebab tu selalu berebut sebab kalau lambat takut lauk habis.

Ni masa Form Two
Naik menengah atas, form four & form five ada line diaorang sendiri. So tak adalah berebut sangat. Hari Khamis kami ada formal dinner. Kena pakai pakaian rasmi sekolah lepas tu makan guna garfu & sudu. Junior lah yang kena hidangkan. Kami senior datang makan jek. hehe

Tu kisah makan. Kisah kena denda pon banyak juga. Denda sebab buat dorm party tanpa keizinan, kami kena berdiri dekat tennis court. Bukan berdiri tegak tau. Ni berdiri dengan sebelah kaki. Tangan kiri tarik telinga kiri. Tangan kanan hulur depan ala-ala superman. Boleh bayangkan tak?

Satu sekolah tau kena denda. Warden tak bagi buat party tapi kami boleh buat serentak pasty dorm ni bila cikgu-cikgu pergi Annual Dinner mereka. Tinggal Cikgu Faridah yang jadi warden. Seorang cikgu mana lah larat nak larang 5 blok asrama. Akibatnya berdirilah kami berpanas di tenis court tu.

Denda tak siap homework? Oh. Aku pernah. Berdidi depan balkoni menghadap blok junior. Malu! Ni gara-gara tak siap homework add maths. Haa. Pak Yem lah yang tukang denda tu. Pak Yem, guru add maths yang garang tapi baik hati. Nasib ada Pak Yem. Result add maths aku memang membanggakan lah masa SPM. Kalau nak tahu, aku tak pernah lulus add maths pon masa Form 4. Iye. Aku tak tipu. Aku tak pernah lulus. Sebab tu aku bersyukur sangat dapat belajar dengan Pak Yem masa Form 5. Dia lah cikgu kesayangan aku masa Form 5 tue. eceh.

Aku join pancaragam sekolah. Dari Form 1 bertahan sampai Form 5. Jadi band girl memang kena tabah. Dulu setakat lari 2km, tak de masalah lah. Tapi sekarang kompem aku pancit. Lepas tu kalau setakat kena pumping atas jalar tar tu, aku biasa dah. Setakat kena maki hamun dengan senior, pun dah jadi makanan. Seronoknya band ni, selain jadik kan aku berdisiplin, aku dapat berjalan.

Ni dekat Australia
Form One, dapat pergi Australia. Kami menang anugerah world class perfomance. Bangganya masa tu toksah cakaplah. Seminggu kami di Australia. Berjalan sana-sini. Oh. Masa ni kena denda dengan Sir Azhar. Tak ingat atas kesalahan apa. Kena berdiri depan motel malam-malam hari. Sejuk tau. Sebab masa tu dah nak winter. Tapi takpa, bertahan!

Ni MSSD JB

Lepas tu yang dalam negeri banyak dah kami pergi sebab buat persembahan. Bertambah seronok sebab kadang-kadang lepas buat persembahan kami dapat goody bag. Kalau balik semula ke sekolah lewat, malam tu kami tak perlu pergi prep. Oh, heaven!

Form Four pulak kami ke Bangkok. Sawadeekap!

Panjang dah ni. Tunggu eh. Nanti aku sambung lagi.

Oh.

Nama sekolah aku,

Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru.

Proud to be a STFian!

1 comment:

ederq said...

sirn, slh 1 sbb aku kuar stf adalah mkn tak sedap. haha aku penah pingsan sbb tak makan. kat assembly. haha ngada2 tak akuu