Monday, October 25, 2010

Hobi.

Selain hobi daripada memasak, dan menjahit, hobi aku yang lagi satu adalah membaca. Tiga hobi pertama adalah hobi tipu. Aku suka memasak tapi tak adalah sampai jadi hobi. Menjahit? Lagi lah kadang-kadang, jarang-jarang jek aku buat. Tapi kalau seluar koyak, aku boleh lah jahit sendiri.

Hobi yang ketiga memang aku tak tipu. Aku memang suka membaca. Kadang-kadang suratkhabar alas roti canai pon saya baca. Itu iklan dari sinar pagi. Aku tak lah sampai tahap macam tu. Aku tahap tak keluar bilik jek kalau dah mula membaca. Tahap sampai Ma ketuk pintu bilik kuat-kuat sebab masa tu aku dah memang khusyuk membaca.

Maka semalam, hubby yang tercinta telah membawa isterinya ini ke kedai buku Popular. Besarnya Popular dekat Ampang Point tu. Banyak sangat buku cerita yang best-best. Ikut kan perasaan, aku nak duduk berjam-jam dekat situ dan beli semua novel yang best-best. Itu kalau ikut perasaan lah. Nasib baik aku ikut budget. So end up beli satu buku & satu terjemahan al-quran. Terjemahan al-quran tu hubby yang hadiakan. Aku tertarik sebab selama ni aku baca al-quran tapi tak tahu maknanya. Dulu aku belajar bahasa arab tapi setakat lulus je lah. Tak praktik kan. Sekarang rugi pulak rasanya. Terima kasih daun keladilah kepada hubby! Love u sangat banyak.




Novel kali ni dari penulis Noor Suraya. Masuk buku ni, aku dah ada 6 buah novel dari dia.

1. Nyanyian Tanjung Sepi
2. Surat Unggu untuk Nuha
3. Biru Ungu Cinta
4. Rindunya kian membara
5. Panggil aku Dahlia
6. Jaja & Din

Aku suka sebab bahasa yang di gunakan penuh jiwa. Bukanlah ayat-ayat jiwang tapi aku rasa seronoklah kalau baca buku dari Noor Suraya ni. Cerita mengikut peredaran zaman tapi penggunaan bahasa tak delah rojak. Kak Su, sila tulis lagi novel yang best-best ya!

Nampaknya aku akan mula berkurung dalam bilik lepas maghrib nanti!

3 comments:

iza said...

jaja n din itu sgt best ye makcik senah...bnyk iktibar leh amik...

aNoi said...

Iza,
Betul! Sangat best! ^^

iza said...

sungguh kelakar makcik senah panggil i iza..hihi.