Friday, October 22, 2010

Kereta.Saya

Semalam kami ke KL. Kami tu ialah saya, ma & abah. Kemudian singgah ambil lagi seorang dekat Seri Kembangan. Eh yang lagi seorang tu suami saya lah. Sampai di apartment suami saya, lampu minyak telah berkelip-kelip tanda minta di isi. Suami naik kereta kami pon cari stesen Shell.

Masa tengah beratur. Kereta tiba-tiba tak boleh start. Sudah. Time ni lah kan tak boleh start. Try beberapa kali akhirnya boleh. Sebab nak isi minyak, enjin perlulah di matikan kan? Ok. Matikan enjin. Lepas dah habis isi, sekali lagi tak boleh start. Masih lagi cool. Konon kejap lagi boleh. Cuba lagi tapi masih tak nak start. T_______T Akhirnya suami saya dan Abah saya kenalah tolak kereta parking elok-elok depan kedai Shell tu.

Suami cuba tengok enjin kereta tapi masih lagi tak boleh start. Ok. Mari telefon Maybank Auto Assist. Maybank kata 45minit hingga 1 jam baru mekanik akan sampai. Baiklah. Kami tunggu.

Duduk jelah kat kaki lima tu sambil baca suratkhabar. Semua orang macam relax jek. Tanya Ma kalau nak suruh Ateh ke ambil tapi Ma kata takpe tunggu jek. Sejam tunggu akhirnya sampailah mekanik. Seperti di jangka, bateri sudah kong. Bateri memang tak pernah tukar. 3 tahun dah bateri tu. Mana nak tau bateri dah kong kan. Ni lah baru pertama kali setelah 3 tahun kereta ni rosak. Dah ganti bateri terus bergerak ke rumah Ateh.

Kereta putih saya, jangan buat hal lagi ye lepas ni. Nanti saya bawa kamu pergi spa kereta!

Selamat berhujung minggu semua!

No comments: