Thursday, October 28, 2010

Melaka-Tg.Malim-Ipoh-Kuala Kangsar

Oh. Jauh perjalanan luas pemandangan. Dalam masa dua hari satu malam aku menjelajah tempat ni. Eh, bukan pergi bercuti ya. Pergi atas dasar kerja. Tapi adalah sikit elemen cuti sebab dapat tidur satu malam rumah mak mertua dengan dapat makan laksa buyong dekat Bukit Gantang.

Kalau dah singgah Tg.Malim tu memangtak sah kalo tak singgah kedai jahit C&M. Ala, kedai jahit sebelah kedai bata tu. Kakak aku yang sorang memang suka tempah baju kat situ. Ma & aku pon dah terjebak sama. Tapi kali ni aku hantar baju Ma & Kakak aku jek.

Tadi, pergi pula ke Muzium Adat yang dekat Jelebu Negeri Sembilan. Ekau dah ponah poei? Kalo belom, eden nasehatkan ekau poeilah. Menarik tempat tu. Macam-macam ada.

Oklah. Eden tak larat nak taip panjang-panjang. Eden nak balik rumah.

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Walau jauh beribu batu
Hilang mata di hati jangan


Eden suko pantun ni! :) Eden balik dulu yo!

No comments: