Friday, October 15, 2010

Tentang.Sekolah.Saya

Semasa Tingkatan Empat, kami merasakan 'dunia ini ana yang punya'. Adalah tidak bagus sebab sepatutnya kami dah ready untuk SPM. Bukan dah masuk Form 5 baru nk terhegeh-hegeh. Ok tak semulah yang malas. Ramaiiii jek yang rajin. Aku tergolong dalam golongan yang agak malas[cheh tak mahu mengaku yang memang pemalas!].

Masa Form 4 seronok dengan aktiviti Ko-kurikulum. Aktiviti dengan band lah terutamanya dan juga bola tampar. Dua benda ni + kawan-kawan lah yang menyeronokan aku masa sekolah tu.

Ni kelas 4 Jujur.Tahun 1999.

Masa ni kami masih duduk satu dorm yang ada F1-F3 & Form 5 yang lain. Dorm mate aku, Gee & Isma. Masa Form 4, aku kelas 4 Jujur. Cikgu yang aku ingat Pak Awie, Puan Hazizah Harun (Garang ooo cikgu ni. aku memang takut!), Pn. Rohaiza pastu tak ingat lagi dah sape.. (T_____T)

Kelas 5 Bersih 2000.
Dalam kelas Kimia Pn. Lim. Kebanyakan kami suka tidur bawah meja masa kelas kimia.

Mata pelajaran yang agak kurenggggggggggggg adalah Add Maths. Tak tahulah kenapa subjek ni tak boleh di terima oleh otak ku ni. Itulah sebab bila naik Form 5 aku sangat-sangat bersyukur dapat belajar dengan Pak Yem.

Ni kelas 5 Bersih.Tahun 2000.

Masa Form 5, kami semua duduk dalam satu block. So dalam dorm semua adalah mostly adalah classmate. Bed mate aku adalah Kaydotte. Dorm D1-8. Ada 20 orang semuanya. Aku rasa warden memang pening kepala dengan dorm ni.

Jadual waktu yang cantik kelas 5 Bersih.Tahun 2000.

Yang selalu escape prep sebab terrrrrrrrtidur lepas kelas, D1-8.
Yang selalu lambat pergi senaman pagi, D1-8.
Yang selalu bawak barang-barang terlarang [laptop/fryer], D1-8. [Tapi yang ni kami tak pernah tertangkap.keh keh]


Pendek kata semuanya D1-8 lah.

Nilah Pak Yem!
Annual Dinner Form 5.

Eh. Tapi senakal- nakal kami, alhamdulillah kami jadi 'orang'. Dibah Alwa dapat 9A1 masa SPM. Sekarang dah jadik engineer petronas. Qistin dah jadi Dr Qistin. Kaydotte dah jadi Programmer dekat TNB. Aku dah jadik Exec dekat Danau. ^^ Lagi 17 orang yang lain pon alhamdulillah semua menjadi orang berjaya.

Band Girls Form 5 with Sir Azharuddin.

Cuma aku kadang rasa regret juga sebab tak belajar dengan LEBIH bersungguh-sungguh. Kalau tak musti dah boleh adi Dr. juga.. hehe Tulah..menyesal kemudian, tiada gunanya.. (T________T)

D1-8. Tapi tak cukup korum masa ni.

Dan esok, kami berjumpa semula..mengimbau kenangan lama di STF Class of 96-00, 10th Year Reunion.



Tak sabar, sungguh!!!

2 comments:

Ichi said...

same la akak..dulu kalau rajin bersungguh-sungguh mesti kite jadi Dr..sudahnya sekarang dua-dua dpt boss ade gelaran Dr. kat depan.hehe

Anonymous said...

i like azraa