Thursday, November 25, 2010

Sukan.Asia.Guangzhou

Sukan Asia sekarang sedang berlangsung di Guangzhou, China. Apa? Tak tau? Ambil lah tahu sekarang sebab mana tau nanti masuk soalan periksa " Dimanakan Sukan Asia 2010 di adakan?" Ha.. kalau tak tau buat malu jek! ^^

Melalut pulak. Sebenarnya nak cerita tentang acara yang satu ni. Bola tampar! My all time favourite sport!

Kenapa aku suka bola tampar? Sebab dalam bola tampar ni ada maca-macam!

1. Permainan ni boleh guna seluruh anggota badan. Kaki, tangan, guna jari pon boleh... hehe Kalau bola sepak, guna tangan kompem dah penalti.

2. Boleh 'mencederakan' pemain lain tanpa kena kad merah. Caranya? Ko spike lah kuat2. Target kat muka dia ke badan dia ke. Kalau tak elak kompem idung boleh jadi senget. T___T Dalam bola sepak, ko tackle jatuh sket dah kena kad merah. Betul tak?

3. Boleh lihat aksi terbang, 'dive' dan macam-macam aksi lagi. Aksi yang paling aku suka bila player nak buat serve. Oh oh. Kalau buat 'jumping serve' tue memang aku sangat kagum!

4. Sama juga bila player buat 'Spike'. Kalau tak ade 'blocker', tue yang bola boleh kena muka or boleh pecah lantai dibuatnya. [exaggerate.haha]

5. Kompem ada pemenang sebab main 'by set'. Kalau bola sepak tue boleh seri or by penalti. Penat-penat kejar bolaj 90 minit last-last pemenang ditentukan dengan sepakan penalti. Tak berbaloi dengan penat!.

Eh. Aku bukan tak suka tengok bola sepak. Suka jugak tapi tengok team mana lah yang lawan.

Yang baju merah tengah spike, yang baju putih tengah block...

Semalam tengok match perlawanan Jepun vs Korea (Men Semi Final). As expected diaorang main sampai 5 sets! Akhirnya Jepun yang menang hooray!! (Terpengaruh dengan cite Moero Attack yang Jepun kuat! summersault berpusing!! haha)

Final match nanti Jepun vs Iran. Kuat jugak team Iran ni. My support still with you Jepon! ^^

Petang ni final match HOki. Malaysia vs Pakistan.

Good luck Malaysia!!!

Go for the GOLD!!

Wednesday, November 24, 2010

Monday, November 22, 2010

Hi.Blog!

Blog,
Minggu lepas aku pergi Kl. Dah jadi rutin kalau bukan hubby balik Melaka, aku yang akan ke sana. Kali ni hubby ada jemputan kawen dekat Kl so aku lah yang harus kesana.

Blog,
Aku duduk rumah hubby Jumaat malam tue. Hubby duduk dengan kawan dia lagi sorang tapi kebetulan kawan dia takde so bolehlah tidur kat situ. Hubby tak nak makan kat luar, dia suruh aku masak. Tapi bahan nak masak takde so pergilah kiteorang ke kedai beli bahan. Last-lasat masak sardin + telur dadar + sayur goreng. Semua licin. haha

Blog,
Hari sabtu kakak ipar aku konvo. Dekat PWTC. Macam dua tahun lepas, aku jugaklah yang di tugaskan beli bunga dekat Petaling Street tu. Gigih tau pergi naik LRT. Sampai 3 jambak aku beli. Dari Abang, Along & Aku. Nasbe baek ada hubby yang tolong bawakan. Masa sampai dekat PWTC tue graduan dah keluar dari dewan pon. Maaflah sebab kami lambat. Apa pon, tahniah!










Blog,
Malam tue ateh belanja makan steamboat dekat Taman.Dagang. Ya Allah blog. Lama dah tak jumpa steamboat yang sedap. Dulu kalau steamboat jek kitaorang pergi Kelana Jaya Steamboat. Tapi Kelana Jaya Steamboat tu dah tutup lah pulak. Tak tahu dia pindah mana. Makan sedap, harga pon ok. Satu kepala RM22 ++. Nak duduk situ sampai pukul 2 pagi pon boleh. Tapi kiteorang pukul 10 dah balik dah. Tak larat dah nak makan.


Blog,
Hari Ahad pergi kenduri kawen kawan Hubby. Teringat masa zaman kiteorang bulan 6 lepas. Eceh. Balik dari kenduri, hubby ajak pergi KLCC. Kiteorang pergi naik LRT jek. Senang. Lepak-lepak dekat taman sambil makan Subway. Sharing is Loving!

Blog,
Pagi tadi dah kena say goodbye to hubby. T___T

Oklah blog. Bye.

Thursday, November 18, 2010

Oh!

Company saya masuk majalah wanita. Eh. Bukan company saya. Company tempat saya bekerja lah. Belum mampu nak ada company sendri ^^





Yang berbaju merah tu Pn.Adillah. Yang berbaju hitam tu, boss saya! ^^

For more info sila baca dalam majalah wanita keluaran disember ya!

Tuesday, November 16, 2010

Being. Random [again]

Sekejap je dah 5 bulan aku kahwin. Tapi tiap kali jumpa rasa macam baruuu jek kahwin. Ye. Aku dan hubby masih lagi belum duduk bersama. Hubby di Cyberjaya. Aku masih lagi setia di Melaka.

Setiap hujung minngu hubby balik lah ke sini. Tapi kalau ada agenda lain dekat KL, aku pulak yang kesana.

Jarak jauh bukan mudah. Semua kena ambil kira. Tentang hati dan perasan terutamanya. Contoh: Tengah baca buku Jaja & Din tiba-tiba ada satu part rasa sedih. Sedih sangat sampai nangis tersedu-sedu. Sedih rasa nak ada hubby dekat sebelah. Tapi tengok sebelah hubby tak de. Yang ada cuma Atam. [Atam adalah teddy bear yang hubby bagi sebagai peganti diri hubby [kononnya].]



Telefon? Telefon hanya dapat dengar suara. Tak membantu bila emosi seperti itu muncul secara tiba-tiba.

Akhirnya kena pujuk diri sendiri. Kena bagi tahu hati supaya sabar. Kena bagi tahu hati supaya tabah.

Hmm. Oklah. Sebenarnya situasi di atas bukan contoh. Benda tu memang terjadi dekat aku few weeks back.... heh

Petang ni hubby balik. Esok Hari Raya Aidiladaha.

Selamat menyambut hari raya qurban ya.

Semoga pengorbanan yang di buat mendapat rahmat dari Allah s.w.t.

Monday, November 15, 2010

Kembali.

Tadi dah tulis panjang-panjang tapi rasa tak mahu nak letak yang tulis tue sebab rasa seperti sedang membel-bebel. Not good. Not good.

So mari buat dalam bentuk point:

1. Cuti deepavali telah bercuti besama keluarga mertua ke Bukit Merah Laketown resort.

2. Makanan dekat kampung bukit merah adalah murah. Kalau nak pergi, keluar jek dari Bukit Merah Lake Town tue, ambil kiri lepas tu jumpa traffic light, terus jek. Kedai jauh kat area-area kampung. Depan kedai tu ada kedai runcit.

3. Mandi di water park dari pukul 10 pagi sampai 2 petang.

4. Compare to Sunway Lagoon, Sunway Lagoon lagi best rasanya.

5. Cuma bermalam satu hari jek, on the way balik aku & hubby singgah makan mee udang.

6. Kami pergi kedai mee udang mak jah. Rasa dia sedap lah dengan udang gemok-gemok.

7. Hari Ahad sudah pulang. Pukul 12.30 malam baru sampai rumah dekat Melaka.

Ok sekarang kita layan gambar pula







Cukuplah lima keping. ^^

Oh. Isnin tu terus pergi outstation. Next entry pasal outstation pula ya ^^

Thursday, November 4, 2010

Hati.

Ah. Melankolik pula rasa hati hari ni.

Diri merasa ada sesuatu yang kurang.

Ada bahagian yang tiba-tiba hilang dan tak tahu nak cari di mana. Tapi aku sendiri tak pasti 'bahagian' itu merujuk kepada apa.

Konflik dalaman?
Eh aku bukan lagi remaja belasan tahun yang terjerat dalam cinta anak-anak remaja. Ataupun berasa kecewa sebab tak dapat baju yang di mimpi-mimpikan.heh.Bukan bukan.

Hati Pecah?
Juga bukan. Ok tipu. Adalah sedikit. Tapi bukan itu yang hilang. Hati aku masih di sini.

Habis tu?
Entah. Kan aku dah cakap tadi aku tak pasti apa. Kalau aku tahu mestilah aku tak rasa seperti ini kan?

Tak cuba cari?
Nak cari dekat mana? Bawah katil? Dalam laci?

Cari dalam diri sendirilah. Yang pergi cari dekat tempat tu buat apa!
Dah. Tapi tak jumpa

Cari lah lagi! Cari sampai jumpa!

Oi hati, diam boleh?

Wednesday, November 3, 2010

Tuesday, November 2, 2010

Makan Sedap. Harga Murah.

Penggunaan tajuk tak boleh blah!haha. Saja nak bakar korang pergi kedai makan ni. Pada sesiapa yang makanan kegemaran adalah haiwan di laut, sila lah berkunjung ke gerai ikan bakar haji musa di Alai. Eh. Macam tak sopan lah cakap haiwan di laut. Eh. Bukan kah ikan + udang + sotong adalah haiwan. Kang panggil binatang lagi tak senonoh. ^^

Maka sempena kepulangan ahli keluarga ke rumah setelah seminggu di tinggalkan bersendirian (T__________T) Sabtu malam kami ke Alai. Kami tu aku & hubby, Ma & anak buah aku. Abah tak nak ikut sebab Abah ada kelas mengaji malam tu. Anaknda Abah yang kureng ni cuba menghasut: 'Ala Abah ponteng jelah'. Tapi ko ingat Abah aku nak ponteng? Tak da lah Abah nak ponteng. Abah kata Abah dah lama tak jumpa Ustaz tu. Tapi Abah kata nanti tapaukan jek. Eheh. Comel lah Abah.

Sampai dekat sana dalam pukul 8.30. Punyelah ramai umat manusia. Cheh. Salah timing lah. Hujung minggu pada bulan pertama. Macam mana boleh tak teringat daa. Tapi nak makan punya pasal kami tunggu juga untuk dapat seat yang best.

Sambil-sambil tu pilih lah nak makan ape. Akhirnya dapat jugak seat. Dalam setengah jam jugaklah lauk pauk siap. Layan gambar je lah ye.


Sotong Goreng Tepung


Udang goreng butter


Ikan jenahak bakar


Ikan jenahak tiga rasa & ikan pari bakar


Tiada dalam gambar: Ketam masak black paper

Total damage: RM125

Kaching!

Bagi aku berbaloi-baloi lah sebab dapat bawak balik untuk Abah lagi. So kepada sesiapa yang datang ke Melaka, sila lah ke Kedai Ikan Bakar Haji Musa di Alai.

Insyallah sedap!

Monday, November 1, 2010

143 days

Dearest Hubby,

It has been 143 days since we're together.

You're the reason for sweet yesterdays

and my promise for tomorrow.


I love you hubby for more than you know.

Happy 143 days

:)

,Wifey